Q&A: ARAHAN LM?

Mohd Zainothman: Aslkm ustaz.. Maaf kalau-kalau saya mengganggu ustaz. Saya ada kemuskilan untuk di tanya kepada ustaz.

Pertama: Jasad kita berfungsi melalui arahan dari hati setelah mendapat ilham dari LM. Pertanyaan saya ialah: adakah ilham itu datang terus dari al-mustawa (di mana pena di tempatkan) di dalam LM.
Kedua: tentang skrip kita yang tergantung di leher kita apakah yang ini juga diilhamkan kepada hati melalui LM? Atau bagaimana cara nya ustaz. Harap dapat pencerahan ustaz, terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Wlkm slm pak Zain. Makna hati mendapat arahan dari LM merujuk kpd skrip yg udah tergantung di leher kita iaitu buku Takdir kita yg datang dari LM sesuai dengan firmanNya bahawa hendaklah kita hidup mengikut kitab ini sehingga hari kebangkitan.

Arahan di al Mustawa adalah untuk malaikat-malaikat (untuk dijalankan) kerana Allah swt tidak berhubung langsung dengan mereka seperti nabi-nabi walaupun kekadangkali, wahyu itu turun melalui al Mustawa untuk disampaikan ke nabi-nabi seperti Jibrail as menyampaikan wahyu kpd Rasulullah saw.

Mohd Zainothman: Ada satu lagi kemusykilan saya ustaz.
Allah itu bersifat Maha Besar, Maha Tnggi dan Maha Luas. Dia tidak diatas, tidak di bawah tidak di kiri tidak di kanan dan tidak juga di tengah2.
Apabila Dia berfirman “KUN” maka sedikit dari diriNya menjadi Dzat dan LM.
Segala ciptaan atau makhluk terjadi daripada Dzat LM. Oleh kerana Allah bersifat Tidak Bertepi, maka saya berpendapat LM itu sendiri berada di dalam Diri Allah. Apakah dapatan saya ini betul ustaz? Mohon jawapan ustaz. Terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila Dia firman “Kun” sedikit DiriNya menjadi Dzat ciptaan dan ciptaan yg pertama-tama ialah Pelan IndukNya iaitu Loh Mahfuz. Dari LM terzahirlah ciptaan termasuk tempat, ruang dan masa.

Yang kita tahu, Dzat ciptaan ini terjadi daripadaNya dan Rasulullah saw pula ada bersabda, “Demi diriku dalam genggaman Dzat” bererti memang benarlah bahawa LM ada di dalam bukan di luar atau ditepi. Seperti seketul Ais atau Air batu dalam perut Lautan.

Mohd Zainothman: Terima kasih sekali lagi ustaz. Semuga saya dapat tidur tentram. Alhamdulillah.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *