SUDUT PANDANG AS DAN AT

Ustadz Hussien Abdul Latiff:

Anakku yg diingati dan yg dirindui selalu.

Ahli Syariah [AS] dan Ahli Tasawuf (yg. udah mencapai makrifat)
[AT] amat berbeda sekali di antara satu sama lain. Perbedaan ini ialah seperti berikut:

1. Pandangan:
i. AS – melihat pada sifat. Justeru lihat kpd rupa. Pandangan mereka tidak mempunyai “Nafi & Isbat”.
ii. AT – Melihat pada Hakikat. Justeru melihat kpd Dzat. Pandangan mereka sentiasa “Nafi & Isbat”

2. Kewujudan:
i. AS – Sentiasa melihat 2 kewujudan iaitu Mahkluk dan Tuhan. Justeru itu melihat akan kewujudan dirinya.
ii. AT – Sentiasa melihat pada satu kewujudan iaiitu Dzat meliputi semua termasuk Ruang dan Masa. Justeru itu tahu bahawa dirinya tidak wujud.

3. Perbuatan
i. AS – semua adalah lakonan Mahkluk.
ii. AT – semua adalah lakonan Dzat.

4. Pilihan:
i. AS – manusia mempunyai akal justeru boleh membuat pilihan.
ii. AT – Tiada pilihan kerana semua udah ditakdirkan dan ketetapanNya tidak akan berubah justeru itu, RencanaNya teguh.

5. Doa:
i. AS – doa boleh merubahkan nasib atau Takdir.
ii. AT – doa serta perubahan udah ada di dalam Takdir (semenjak “Kun”) menunggu masa untuk terjadi. Maka seseorang itu bukan (bebas) berdoa tetapi kena doa.

6. Perubahan:
i. AS – berpendapat kalau Kalian tidak usaha maka Allah swt tidak akan menolong Kalian. Maka usaha bisa membawa kpd perubahan.
ii. AT – usaha dan perubahan udah ada dalam Takdir (semenjak “Kun”) menunggu masa untuk terjadi. Maka bukan berusaha tetapi kena usaha.

7. Menghukum:
i. AS – sentiasa menghukum seperti pahala/dosa, Neraka/Syurga dan sebagainya.
Ii. AT – tidak mahu menghukum serta menyerah semua perkara kpd Kebijaksanaan Allah swt.

8. Ibadah
i. AS – Fardhu dan Sunat.
ii. AT – Fardhu tetap Fardhu namun ibadah Sunat dipraktikan seperti Fardhu juga seperti Shalat Malam Hari serta Puasa Sunat di
siang hari

9. Ganjaran:
i. AS – sentiasa mengharapkan Pahala dan Syurga.
ii. AT – sentiasa mahu mendekatkan diri kpd Ilahi, menundukkan nafsu.serta redha dengan apa jua ketentuanNya di Hari Kemudian.

Perbedaan diatas menunjukkan bahawa Ahli Syariah dan Ahli Tasawuf berbeda seolah-olah mereka berada di dalam 2 Alam yg berasingan. Dengan ini, Ahli Syariah merasa pelik melihat akan Ahli Tasawuf dan Ahli Tasawuf pula melihat Ahli Syariah dengan berkata, “Apa yang mereka tahu!” Maknanya, apa yg mereka (Ahli Syariah) tahu berkenaan Bidang Tasawuf. Lalu kesemua pandangan serta fatwa daripada Ahli Syariah yg masuk ke dalam Bidang Tasawuf, mereka (Ahli Tasawuf) menolaknya.


Zainul: Ayah ,Zainul mohon izin bertanya Ayah 🙏🏻 pada massa Baginda dan sahabt..adakah terjadi dua perbedaan ini AS dan AT yg seolah oleh mereka berada 2 alam yang berbeda..atau terjadi perbedaan ini selepas massa Baginda dan sahabt ? 🙏🏻

Ustadz Hussien Abd Latiff:

Pada Masa baginda dan para sahabat memang udah ada 2 cabangan ini. Namun mereka sangat erat kerana Ahli Tasawuf pada Masa itu beribadah sangat keras hanya untuk mendekati diri kpd Allah swt serta mahu menundukkan nafsu. Namun begitu mereka tetap beroperasi di dalam rangka Syariah. Justeru itu, mereka di hormati dan disegani oleh Ahli atau ulama Syariah. Mereka ini dipanggil Ahli Tasawuf Awal spt Al Sarah, Kalabadhi, Hujwiri, Junaidi Al Baghdadi dll

Masalah timbul apabila Tarikat menjelma pada abad ke3 Hijriah. Mereka membawa amalan-amalan yg tidak disenangi oleh ulama Syariah (dan juga oleh Ahli Tasawuf Awal) spt Hulul, Fahaman Wahdatul Wujud, Fahaman Nur Muhammad, Syatahat, Rabitah dll.

Pada masa ini juga, Ulama Syariah tidak mahu lagi menerima dan menghormati Ahli Tasawuf (tidak dibedakan Tasawuf dan Tarikat) sehingga munculnya Imam Ghazali (ra) yg dapat eratkan jurang di antara Syariah dan Tasawuf. Namun apabila beliau wafat jurang ini timbul kembali.


Anakku yg disayangi.

Satu lagi arena yg memisahkan AS dan AT adalah dari sudut terjemahan Ayat-ayat dalam Al Quran

AS kerana tidak mempunyai ilmu Tasawuf maka terjemahan mereka bersandarkan kepada sudut yang zahir. Contoh:

1. Ayat “Aku yg Zahir”. AS menterjemahkan fakta adanya ciptaan yg Zahir ini membuktikan Pencipta itu ada.

2. Di mana kamu memandangkan di situ Aku ada. Atau, “Aku meliputi semua”. AS menyatakan kewujudan yg ada ini membuktikan Pencipta itu ada.

3. Ayat “Aku yg Maha Halus”. AS menyatakan diri Tuhan itu yg sangat Halus

4. Ayat “Maha Tinggi, Maha Luas & Maha Besar”, AS hanya menyatakan Tinggi, Luas dan Besarnya Allah swt tidak dapat Kita bayangkan samasekali. Justeru konsep “Maha” susah hendak diterangkan.

5. Ayat “Maha Melihat, Mendengar, Mengetahui, Mengawasi”. AS hanya menyatakan ini adalah sifat-sifat Allah swt tetapi tidak diterangkan bagaimana.

6. AS hanya menterjemahkan sahaja tetapi tidak dapat menghuraikan pencanggahan yg terdapat di antara Ayat-ayat dalam Al Quran. Contoh:

1. Ayat masuklah dalam Syurga kekal berlawan dengan masuklah dalam Syurga sehingga ada langit dan bumi Syurga itu.

2. Banyak ayat dalam Al Quran mencegah manusia membuat kemungkaran namun dalam ayat lain ada menyatakan Allah yg mengilham kefasikan. Juga kenapa Allah memerintah Khidir membunuh seorang kanak-kanak kenapa tidak Dia buat sendiri.

7. AS tidak dapat menghuraikan kenapa kalau Allah Maha Pengasih dan Penyayang kenapa diturunkan Tsunami, gempa bumi dll yg meragut banyak nyawa.


Anakku yg dirindui.

Satu perkara lagi yg AS tidak se-iring dengan AT ialah berkenaan Hati.

Bagi AS, Hati teletak di bahagian dada. Justeru itu, ramai berkesimpulan Hati yg berada di dalam dada itu bisa mengingat. Lalu dikatakan, “Ingat dalam Hati.” Maka ramai terikut akan pesanan ini.

Sayangnya, Hati di dalam dada ialah “Liver” dan “Heart” adalah Jantung. Kedua-duanya ngak ada fungsi mengingat.

Justeru itu, Imam Ghazali, seorang AT, menyatakan bahawa Hati itu merujuk kepada Hati Batin dan Mata Hati merujuk kpd Mata Batin. Ini selari dengan firman Allah swt yg Dia memberi kpd kita Pendengaran, Penglihatan dan Hati. Allah swt tidak menyatakan Telinga dan Mata kerana kedua-dua ini adalah yang Zahir. Tetapi Allah swt menyatakan Penglihatan dan Pendengaran. Kedua-dua ini adalah yg Batin. Sealiran dengan ini, Hati juga mesti diistilahkan dari sudut Batin bukan Zahir. Maka apabila Kalian mengistilahkan Hati dari sudut Batin, ini sesuai tepat dengan penjelasan Imam Ghazali yg udah dijelaskan di atas ini..

Bagaimana Imam Ghazali seorang AT bisa memberi istilah sedemikian. Ini adalah kerana ada AT udah bisa wisata jiwa. Apabila jiwanya duduk di awan atau duduk di depan Kahbah, yg hadir pada saat itu ialah Hati Batin, Mata Batin serta Pendengaran (Telinga Batin). Hati atau Jantung ada bersama jasad terbujur di pembaringan tidak mempunyai aktivitas langsung.

Maka jelaslah Hati dari pandangan AT tidak ada kena mengena dengan Hati di dalam dada kerana itu adalah “Liver”. Hati yg dimaksudkan dalam ayat yg Allah swt memberi kita Penglihatan, Pendengaran Dan Hati ialah Hati Batin yang senambungan dengan Penglihatan dan Pendengaran. Apabila ini tiga serangkai berpadu dengan roh maka terjadilah Jiwa.

Harap anakku mendapat kefahaman dari Tazkirah ini, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!!!


Anakku yg disenangi lagi disayangi.

Apabila sebagai seorang AT, Kalian sedar Hati merujuk kpd yg Batin dan ia adalah tiga serangkai iaitu Minda, Pendengaran dan Penglihatan maka sinambungan daripada itu Kalian akan Dzikrullah (mengingat Allah swt) dengan Hati Batin. Sesudah itu kalian akan fokus (tumpu) Penglihatan kalian, kpd Minda Batin Kalian serta (Seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata: hendaklah tutup segala segi) kalian akan tutup juga Pendengaran kalian dari diganggui. Maka yg ada di dalam Minda Kalian hanyalah satu penghuni iaitu ingatan kpd Allah swt (Dzikrullah).. inilah sebenar-benarnya makna Dzikrullah.

Ini juga bersesuaian dengan sabda Rasulullah saw bahawa Mataku tidur tetapi Hati ku tidak. Maksudnya Hatiku (Jasadku) tidur tetapi Hati (BatinKu) tidak.

Ini juga bersinambungan dengan Hadith Qudsi yg bermaksud bahawa apabila kau ingat Aku sejengkal, Aku ingatmu sehasta, kau ingat Aku sehasta Aku ingat Kau sedepa dan jika ingat Aku sedepa Aku akan ingat mu lebih dari itu. Jelas, Dzikrullah bisa berkembang.

Bukan sahaja Dzikrullah bisa berkembang, Hati Batin juga bisa.bebas. Kalian bisa wisata Hati Batin dengan sengaja seperti menyusuli jalan-jalan memori atau dengan tidak sengaja iaitu hayalan.

Nabi Isa (as) bersabda bahawa apabila roh di Dada bercantum dengan Hati Batin barulah manusia itu bisa berfungsi.

Allah swt berfirman bahawa apabila Hati Batin turun dan bercantum dengan Roh di Dada menjadi jiwa maka Allah swt akan pegang akan jiwa itu lalu tertidurlah orang itu. Sesuai dengan firmanNya bahawa bukan Mata yang buta tetapi Hati (yg tidur) di dalam Dada.

Bila Kita akan hidup, Allah swt akan lepaskan jiwa Kita tetapi kalau udah sampai Masa kewafatan Kita, (seperti firmanNya) Allah swt akan hantar Roh Kita ke kerongkong Kita.
Lalu roh itu akan pergi Mata dan justeru itu, masuk ke Minda. Sesuai dengan firmanNya bahawa mereka takut pada Masa Mata mereka dan Hati mereka terbalik. Apabila roh udah menterbalikkan Mata justeru itu Minda maka akan terbukalah Ruang di Dahi atas di antara kedua kening (lihat video yg menyusuli https://youtu.be/xnHzAV9vsJQ ) lalu terkeluarlah roh di Ruang itu. Sejurus itu, terjadilah gelombang sakaratul maut.


Anakku yg disayangi lagi dirindui

Satu perkara lagi yg AS tidak sehaluan pendapat dengan AT ialah berkenaan melihat Allah swt di Hari Kemudian.

AS berpendirian bahawa Kita semua yg berada di dalam Syurga akan melihat Allah swt di Hari Kemudian dan ini adalah setinggi-tinggi habuan.

Mereka di dalam Tarikat juga berfahaman bahawa Rasulullah saw udah melihat Allah swt semasa Miraj. Ini menjadi asas kefahaman Rabitah yg mereka amalkan untuk mencapai makam Ihsan.

Sebenar perkara melihat Allah swt udah dikemukan kpd Rasulullah saw sesudah baginda kembali dari Miraj. Maka dijawab oleh Rasulullah saw bahawa ada Tirai Nur dan dengan itu baginda tidak dapat melihatNya.

Justeru, Nabi Musa (as) pingsan apabila melihat Tirai Nur ini semasa berada di Bukit Thursina. Di mana juga hancur lebur sekeliling Bukit ini hasil dari terzahirnya Tirai Nurini.

Harus diingat bahawa Jibrail (as) ada berkata bahawa beliau akan binasa jika melihat sahaja Tirai Nur yg pertama.

Sinambungan dengan ini, Siti Aishah (rdh) berkata bahawa sesiapa yg menyatakan bahawa Rasulullah saw ada melihat Allah swt pada masa Miraj udah membuat satu pembohongan yg besar. Di sini juga Prof Ramadan Al Buti ada berkata bahawa kalau daya Minda kalian bisa menangkup selengkapnya Kebesaran Allah swt maka Kalian adalah lebih hebat daripada Allah swt.

Baginda juga Ada bersabda bahawa sekiranya Tirai Nur ini terangkat sesiapa juga terpandang Dzat (yg di luar) akan binasa.

Jelas di luar Tirai Nur itu ada Dzat.

Berkenaan melihat Allah swt di Hari Kemudian, Rasulullah saw ada bersabda bahawa benar Kalian akan melihat Allah swt tetapi seperti bulan mengambang di waktu malam yg gelap namun Allah swt lebih besar dari itu.

Baginda juga ada bersabda bahawa (yg dilihat seperti bulan mengambang) adalah selaput Dzat yg Kita lihat dari Syurga.

Apa yg terjadi ialah semasa Kita berada di dalam Syurga Kita minta mahu melihat Allah swt. Maka terangkatlah sedikit Tirai Nur lalu terlihatlah cahaya daripada Dzat yg di luar sebesar Bulan mengambang. Maka apa jua yg terkena cahaya dari Dzat ini akan binasa. Maka binasalah Aras lepas itu air, lepas itu Sidratul Muntaha, lepas itu 7 lapisan langit dan sesudah merintasi jarak dan masa maka sampailah cahaya kepada Kita di dalam Syurga lalu binasalah Kita (termasuk Malaikat-malaikat) serta Syurga yg Kita diami. Sesuai dengan firmanNya bahawa hiduplah kamu dalam Syurga ini selagi Ada langit dan bumi Syurga ini.

Wahasil balik asal, Allah swt sendiri lagi seperti Rasulullah saw bersabda pada permulaan Allah swt sahaja Dan taada apa pun bersamaNya. Inilah kiamat kedua di mana kesemua ciptaan binasa kerana mempunyai awal dan akhir dan Hanya Allah swt sahaja kekal abadi.


Anakku yg disenangi lagi disayangi.

Antara tafsiran-tafsiran Al Quran yg diterima adalah Tafsiran daripada AT.

Dari penjelasan yg udah Ayahmu berikan terdahulu, nampak jelas bedanya pandangan dan fahaman AT berbanding dengan AS. Ini sekaligus menerangakn pandangan AT kepada AS, “Apa mereka tahu berkenaan Alam AT.”

Alam AT bersandarkan fakta-fakta berikut:

1. Ciptaan tidak wujud dan tidak pernah wujud.
2. Yang berinteraksi atau berlakon adalah Dzat.
3. Lakonan ini mengikut yg udah tersurat di Loh Mahfuz.
4. Tersurat apabila Allah swt berfirman,”Kun!”
5. Setiap masa hanya ada satu kewujudan.
6. Ciptaan adalah sifat yg terzahir daripada Dzat. Dzat adalah Hakikat yg terzahir dari sedikit Diri Allah swt (Makrifatullah). Sedikit itu yg terzahir itu disebut sebagai Yang Halus. Dari sedikit ini timbul kefahaman berkenaan MAHA. Kalau tiada sedikit ini maka Mahanya Allah swt tidak akan dapat difahami.

Dari penjelasan di atas ini, AT hanya mempelajari satu ilmu sahaja iaitu Ilmu Ketuhanan. Justeru Tafsiran mereka akan Al Quran berkisar di dalam Ilmu Ketuhanan.

Tafsiran Ai Quran oleh AS boleh jadi dari sudut Usuludin, Usulfikah, Fikah dll.

Justeru itu, tafsiran AT tidak akan berubah kerana Ilmu Ketuhanan yang hendak disampaikan oleh setiap Nabi-nabi & Rasul-rasul ialah berkenaan Allah swt yg tidak berubah oleh zaman dan masa. Kalau ada berubahan maka itulah seperti Rasulullah saw bersabda,”Bidaah yg menyesatkan!”. Kerana itu fahaman Wahdatul Wujud (ciptaan itu Allah swt) dan Nur Muhammad (Rasulullah saw separuh Allah swt dan tidak berbeda Ahmad dan Ahad tanpa “m”), tertolak dalam Alam Tasawuf.

Berbanding, Tafsiran AS bisa berubah dari masa ke masa. Boleh jadi kerana maslaha baru, kefahaman baru, teknoloji baru, Sains dll.

Namun anakku, AT yg benar beroperasi di dalam kerangka Syariah seperti Al Sarraj, Kalabadhi, Al Hujwri, Junaidi Al Baghdadi dll. Mereka ini semua adalah AT yang Awal. Maka Junaidi Al Baghdadi menjatuhkan hukuman mati kpd Mansyur Al Hallaj kerana mengaku dirinya menjadi Tuhan. Wali Songo menjalankan hukuman mati ke atas Syeikh Siti Jenar kerana berfahaman yg sama.

Maka anakku yg disayangi ingatlah bahawa seperti AT yg Awal, hendaklah Kalian beroperasi di dalam Syariah. Hendak juga Kalian beribadat dengan keras untuk mendekatkan diri kpd Allah swt serta menundukkan nafsu.Dengan ini, Kalian akan di hormati dan disegani oleh AS seperti AT yg Awal.


Anakku yg dirindui lagi dirindukan.

Seperkara lagi yg membedakan AS dengan AT ialah AS akan meletak sesuatu masalah dalam mindanya dan berusaha mencari huraiannya. Diriwayatkan:

1. Imam Syafii pernah singgah dan tinggal beberapa Hari di rumah sahabatnya. Satu Hari anak sahabat bertanya kpd bapanya kenapa Iman Syafii di lihat hanya baring sahaja semalaman dan tidak melakukan shalat Malam kalau dia imam yg disegani ramai. Sebelum bapanya dapat menjawab, muncul imam Syafii. Imam Syafii berkata kpd sahabatnya bahawa semalaman dia ngak bisa tidur kerana memikirkan dan mencari huraiannya berkenaan sesuatu perkara fikih. Selepas imam Syafii beredar maka sahabat menerangkan kpd anaknya bahawa apa yg imam Syafii buat itu adalah juga ibadah.

2. Imam Ghazali menjadi imam dalam shalat berjemaah. Namun semasa shalat sedang berjalan adiknya meninggalkan jemaah yg sedang shalat. Sesudah shalat maka imam Ghazali diberitahu akan hal ini. Lalu dia mendapatkan adiknya dan bertanya sebab adiknya meninggalkan shalat berjemaah. Maka adiknya menerangkan bahawa dia melihat darah dalam minda imam Ghazali semasa beliau shalat sebagai imam kerana itu dia tinggalkan shalat berjemaah. Ini sungguh memeranjatkan Imam Ghazali kerana memang benar pada Masa itu dia sedang memikir tentang soalan fikih berkenaan darah. Ini titik permulaan imam Ghazali meninggalkan bidang Syariah dan masuk ke bidang Tasawuf.

Anakku, dalam bidang Tasawuf Kita tidak bawa masalah Kita di Minda Kita. Saya udah latih Kalian NST. Minda Kalian hanya ada satu penghuni iaitu (ingatan) Allah swt. Justeru Kalian aman seperti yg difirmankan oleh Allah swt bahawa dengan mengingatiNya Hati menjadi tenteram. Justeru itu, Kita akan dijemput masuk ke jemaahNya dan masuk ke Syurga Nya.

Rasulullah saw semasa berada di luar Kota Makkah ketika mahu menakluki kota Makkah, dilihat beberapa kali masuk dan keluar dari tempat rihat baginda seraya berkata belum turun arahan lagi untuk masuk dan serang Kota Makkah. Jelas baginda sedang NST.

Semoga anakku mendapat kefahaman dari Tazkirah Ayahmu ini, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!


Mansyursyah: Boleh bertanya ustadz, apa yang menyebabkan imam ghazali berpaling dari AS ke AT

Ustadz Hussien Abd Latiff: Diriwayatkan bahawa dari peristiwa dia dan adiknya, maka
datanglah Kesedarannya bahawa:
1. beliau telah menghabiskan banyak masa hidupnya atas perkara-perkara keduniaan sehingga dalam shalat beliau masih juga memikirkan perkara keduniaan walaupun pada Masa itu udah terkenal sebagai Hujjatul Islam.

2. hebatnya adik beliau seorang AT yg bisa kasyaf serta dapat melihat apa yg ada dalam Minda beliau.

Sinambungan dari peristiwa ini, beliau melepaskan keduniaannya termasuk kedudukannya yg Tinggi di dalam sebuah madrasah dan menyendiri di sebuah masjid. Bertahun beliau berada di masjid itu bertafakur berkenaan Ketuhanan sehingga beliau mencapai Makrifatullah menerusi ladunni. Sesudah itu beliau kembali ke keluarganya dan terperanjat melihat seorang pemuda di dalam rumahnya. Maka beliau bertanya kpd isterinya siapa pemuda itu maka isteri memberitahunya itulah anaknya yg masih kecil semasa beliau pergi menyendiri untuk mengenali Allah swt.

aufiqurrahman: Subhanallah Alhamdulillah

Ulamāu ummaty kaanbiyāi bani Isrāil,” ulama-ulama di kalangan umatku (umat Baginda Rasulullah Saw) setara dengan Nabi-nabi Bani Israel.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Seperkara lagi tentang imam Ghazali ialah apabila ditanya kenapa beliau menggunakan banyak hadith-hadith dhaif dalam tulisan beliau. Beliau menjawab aku akan pergi bertemu Rasulullah saw dan menanya baginda adakah hadith ini dhaif kalau baginda menyatakan bukan dhaif (sahih) baru aku tuliskan hadith itu dalam tulisan ku.

Anakku renungkan berapa banyak Kali beliau ketemu Rasulullah saw.


Anakku, Salam rindu dari Ayahmu yg akan Insya-Allah berada di Pelembang esok hari.

Banyak perkara kalian tidak perlu NST seperti:

1. perkara-perkara yg tidak perlu Pemikiran seperti:
a. Perkara-perkara kebiasaan seperti i. Jalan ke kantor, ke pasar, ke sekolah, ke masjid dll
ii. Makan, minim, tidur, rihat, mandi, melepas, ibadah dll

2. Perkara-perkara yg tidak berisko kalau dibuat pilihan atau keputusan seperti:
a. Mahu sarapan apa pagi ini? Mahu masak apa Hari ini? Mahu minim apa petang ini? Dll
b. Mahu pakai baju apa hari ini? Mahu pakai sepatu apa hari ini? Mahu pakai selendang apa hari ini? Dll

Kalau begitu dalam keadaan apa kita perlu NST?

Untuk AS mereka Shalat Istikharah apabila menghadapi situasi yang memerlukan keputusan.

Untuk AT, Kita NST. Bedanya:
1. NST tidak perlu wuduk.
2. NST tidak perlu bershalat.
3. NST bisa Naik sejenggal, sehasta, sedepa dan lebih dari itu.
4. NST bisa buat bila-bila masa.
5. NST disertai selepasnya dengan Dzikrullah membuat Hati nyaman lagi selesa.
6. NST bisa naik berbanyak Kali memohon supaya dimakbulkan permintaan atau doanya itu tanpa perlu wuduk atau shalat.

Untuk mendapatkan bantuan Ilahi, AS mendirikan shalat Istikharah dan kalau tidak kerana itu, mereka tidak akan lakukannya.

AT pula sentiasa Naik (Duduk Pintu Belakang) dengan dzikrullah. Justeru dia ingat Allah swt dan Allah swt pula mengingatinya kembali. Sinambungan dari ini, hatinya menjadi tenteram dan dengan itu dijemput oleh Allah swt masuk ke jemaahNya. Justeru itu, jika dia ada masalah kerana udah dijemput oleh Allah swt maka dia pun ST (Serah dan Tunggu).

Maka anakku yg Ayah sayangi ingatlah bahawa NST bagi AT dan Istikharah bagi AS.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *