DZIKRULLAH DENGAN RASA MAU (REDHA)
Anakku Anakku yg sayangi lagi dirindui.
Dzikrullah berhubungkait dengan firmanNya:
1. “Kau ingat Aku, Aku ingat kau.” Dan
2. “Mereka redha kepada Allah dan Allah redha kepada mereka.”
Firman yg ke2 menekan kepada MAHU. Makna mereka mahu kepada Aku maka Aku mahu kepada mereka.
Anakku yg disenangi. Apabila kalian berdzikrullah dalam Shalat, selepas Shalat dan dalam hidup keseharian, hendaklah Kalian sertakan rasa Mahu untuk bersama Allah swt.
Begitu juga apabila Kalian munajat atau berdoa kepada Allah swt hendaklah Kalian sertakan rasa Mahu untuk bersamaNya. Bermakna bila Naik hendaklah bersama dengan rasa Mahu untuk bersamaNya.
Justeru itu, terpalitlah keredhaan Kalian dengan keredhaan Ilahi. Lalu ia mendtangkan rasa kesinambungan serta keeratan pertalian dengan Allah swt seperti terasa lemak lagi merdu.atau lemak merdu. Baru tercapai kepada mereka redha (mahu) kepadaKu dan Aku redha (mahu) kepada mereka. Anakku, apabila dua orang bercinta maka bukan sahaja mereka ingat satu sama lain tetapi juga mereka rasa mahu bersama sentiasa.
Anakku, ingatlah apabila Kalian sertakan rasa Mahu dengan Dzikrullah, Kalian udah menaik taraf ibadah Kalian ke satu taraf yg lebih tinggi.
Cubalah anakku apa yg Ayah ajarin kalian ini dan saksikan dan rasakanlah lemak merdu di dalam amalan Kalian itu. Sesudah itu, istiqamah sentiasa, aamin Ya Rabbil alamin
Anakku yg Ayah sayangi. Apabila Kalian diuji dan ujiannya sangatlah berat untuk dipukul, tidak terkira air mata yg terus menerus berjatuhan dan fikiran buntu tidak dapat mencari jalan keluar. Maka anakku kembalilah (naiklah) kepada Allah swt dan hendaklah Kalian rasa Mahu bersamaNya. Seperti Nabi Ayub as yg sentiasa merujuk kepada Allah swt. Seperti Nabi Yakub as sentiasa Naik dan mahu bersama Allah swt menceritakan penderitaanya.
Pada masa-masa begini anakku akan Kalian merasakan keberkesanan dari apa yg Ayah udah sampaikan.
Kerana Kalian mahu bersamaNya sesudah Kalian Naik maka Allah swt pun mahu kepada Kalian. Justeru itu, Kalian akan merasa tenteram, selesa, gentaran bertukar menjadi keamanan dan kedukaan bertukar menjadi penyerahan sepenuhnya. Justeru Kalian akan merasa kalian berada di dalam pelindunganNya. Sesuai dengan firmanNya bahawa taada kekhuatiran bagi orang-orang Allah iaitu orang-orang yg Naik dan mahu bersama Allah swt dalam apa jua keadaan.
Maka duduklah Kalian bersama Ilahi beribadah sambil bertawakal dengan penuh kepasrahan serta sabar sehingga Allah swt menghindari Kalian dari ujian berat yang Kalian hadapi.
Istiqamahlah Kalian dalam keadaan ini kerana tiada apa pun Kekal melainkan Allah swt. Justeru itu, ujian itu pun akan hilang kerana ia tidak Kekal. Dan apabila Kalian Naik dan mahu bersama Allah swt, syaitan juga terhalang dari terus menggoda kalian seperti firmanNya bahawa syaitan tidak dapat menggoda orang-orang yg Hati mereka sentiasa Dzikrullah. Maka terkeluarlah Kalian, seperti yg difirmankan dalam Al Quran, dari kumpulan yang dihadkan untuk syaitan menggoda.
Maka istiqamahlah anakku untuk sentiasa Naik dan mahu bersama dengan Allah swt. Lihat sahaja Rasulullah saw bagaimana berat beban kenabian baginda, baginda tetap mahu bersama Allah swt. Baginda bersabda bahawa walaupun ditaruh Matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku tetap aku akan bersama Tuhan serta menjalankan dakwah yg diperintahkanNya.
Semoga anak-anakku yg berada dalam ujian yg berat kini dapat mengambil iktibar dari tazkirah Ayahmu ini.
Fiamanillah, anakku
Abd Razak Malaysia Makrifat: Assalamu’alaikum Ustaz Hussein. Jumaah Mubarak.
Saya ada persoalan tentang tips mengenai keyakinan.
Seringkali di lecture Ustaz, Ustaz berkongsi pengalaman Ustaz, dimana Ustaz akan “terjun botol” dan berserah diri bulat2 apabila NST. Dan juga kalau ada gangguan-gangguan makhluk asing, disarankan kita memerintah mereka untuk tunduk, kerana kita adalah khalifah Allah, dan Allah terlah berfirman semua yang ada di langit dan bumi akan tunduk kepada kita. Yang penting kita mesti ada *yakin* .
Persoalan saya, ada tips untuk kita mantapkan keyakinan itu tak Ustaz?
Kerana secara ilmiah memang saya tahu semuanya dari Allah, dan kita berserah seluruhan kepadaNya.
Tapi ia seringkali hanya “lip service”. Bukan dengan kegementaran dan keyakinan yang kukuh seperti apabila Ustaz “terjun botol”.
Adakah ini perbezaan antara ilmu yakin, ainul yakin dan haqqul yakin? Dan bagaimana kita boleh meningkatkan keyakinan kita?
Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Wlkm slm. Untuk AT, ini memerlukan bukan sahaja Immul Yakin tetapi juga Haqqul Yakin. Hanya menerusi ujian barulah ini.
terserlah.
Seperti. Udah diterangkan dalam Masa & Gambar 16, menyusuli pertanyaan dari Pak Mansyur adakah selepas ketiadaan Arif Billah beban dahwah “Awaluddin Makrifatullah” jatuh kepada setiap sahabat AT. Jawapannya ialah kepada sahabat AT yg Haqqul Yakin. Ainul Yakin tidak mencukupi. Sahabat Rasulullah saw seperti Sayidina Abu Bakar, Umur, Othman, Ali, Abu Hurairah, Bilal dll (ra), mereka meneruskan dakwah Rasulullah saw (sehingga Islam merebak luas) kerana ke yakinan mereka kepada apa yg disampaikan oleh Rasulullah saw adalah bertaraf Haqqul Yakin.
Maka hanya dengan ujian terselahlah sahabat yg berperingkat Haqqul Yakin yg bukan sahaja mempetahankan dakwah ini dari dicemohi tetapi juga bergiat memperluaskan dakwah ilmu ini.
Saya ingat dalam ujian tahun 2008, terselahlah Marhama maka dianugerahi Ilahi atasnya dengan tertubuhnya IPA International. Pada ujian 2015 (kalau tidak silap) terselahlah Tuti dan dianugerahi Ilahi atasnya dengan tertubuhnya Yamas Indonesia.
Akhir Kalam, hanya dengan ujian baru Kita dapat melihat mereka yg benar-benar berkemampuan kerana ada pada dalam dirinya Haqqul Yakin. Sesuai dengan firman Allah swt bahawa jangan kamu kata kamu udah beriman sebelum Kami menguji kamu. Juga firmanNya bahawa hanya dengan ujian baru dikenali orang-orang yg benar-benar beriman
KOMENTAR