MENGENAI NAFSU
Bapak Yusdeka: Assw Pak Ustadz, mohon dijelaskan tentang NAFSU sebagai ciptaan. Bagaimana Ia berhubungkait dengan NAFS ?.
Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Anakku, maka nafikanlah Ciptaan dan terselahlah Dzat maka Nafikan Dzat maka terselah Yang Maha Halus. Inilah Sifat, Hakikat dan Makrifat. Contoh yg selalu diberi adalah sandal cepit (Slipar jepang). Sifatnya Sandal (Slipar), Hakikatnya Karet (getah) dan makrifatnya Pokok Karet.
Allah swt ada berfirman bahawa bukan Rasulullah yg membunuh tetapi Dia-lah yg membunuh. Kenapa Allah swt tidak berfirman bahawa DiriNya yg Maha Halus yg membunuh?
Anakku lihat penerangan ini semoga faham:
1. Ali menolak Kadir hingga tersungkur. Maka Kadir berkata kenapa kau menolak ku? Kenapa tidak ia berkata kenapa kau menolak badanku hingga tersungkur?
2. Ali berkata bahawa aku menolak Kadir hingga tersungkur. Kenapa dia tidak berkata bahawa aku menolak badan Kadir sehingga dia tersungkur.
Begitu juga kalau Kita memukul ekor gajah, gajah bisa berkata kenapa kau pukul aku?
Sama juga Kita berkata aku yg masak Fish Head Kari itu. Kenapa Kita tidak katakan tangan aku yg memasaknya.
Maka Allah swt bisa berfirman bahawa Dia yg membunuh walaupun yg menjalankan pembunuhan itu adalah DiriNya yang Maha Halus.
Yang Ayahmu mahu sampaikan ialah dengan Yang Maha Halus itu ada kudrat, iradat dll Sifat Allah swt yg sesuai untuk membantu Kita menjalani hidup Kita mengikut Kitab Takdir yg udah disiapkanNya. Justeru dengan Yang Maha Halus itu udah tentu adanya Kudrat, Iradat dll Ilahi namun hanya kecil-kecilan sahaja untuk membantu Kita dalam hidup Kita keseharian.
Anakku, nafs adalah Kehendak (Kemahuan) atau Iradat yg ada pada Kita. ia adalah satu ciptaan yg membantu Kehidupan Kita keseharian.
Kehendak ini bisa tercela atau termulia dan sebagainya bersandar kepada apa yg diilhamkan kepadanya dari LM sama ada kefasikan atau ketakwaan.
Anakku, nafs adalah Kehendak dan pelbagaiannya adalah Nafsu seperti Amarah, Muthmainnah, Lawwamah dll.
Kesilapan Akbar oleh mereka yg cuba menghuraikan berkenaan nafs ialah Kita bisa mengendalikannya.Maka Kita bisa membuat ia menjadi mulia atau tercela. Maka di sini terjadinya kebingungan hingga nafs ditafsir sebagai, roh, Jiwa, nyawa, ego, nafas dll lagi.
Pendekkata, kamu tidak akan dapat huraian malahan kebigungan (pusing) dalam mencari huraiannya.
Maka disini Ayah nyatakan nafs (Kehendak atau Kemahuan) adalah satu ciptaan yg diberi kpd Kita supaya menjalani hidup Kita mengikut Kitab Takdir dan pelbagaiannya adalah Nafsu.
Sampai di sini sahaja anakku, fiamanillah!
MENGENAI NAFSU (2)
Kak Zuraidah Malaysia makrifat: As Salam Ustaz
Mohon pencerahan daripada uztaz mengenai perkara-perkara di bawah :-
1. Adakah nafs akan menyusuli kita ke alam barzakh.
2. Apakah bahasa perantaraan semasa di alam barzakh.
3. Bagaimanakah untuk kita unjurkan rasa bahagia di alam barzakh ke alam dunia.
Terima kasih UTH1
Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Nafs hanya perlu untuk menjalani hidup Kita di Dunia ini sahaja.
Mengikut firman Allah swt ada tembok (Partition) di antara Dunia Kita dengan Alam Bazakh justeru selama ini tiada sesiapa walaupun Nabi-nabi yg dapat mengkabarkan bagaimana Kehidupan (serta Bahasa yg digunakan) di Alam Bazakh.
D
KOMENTAR