Q&A: NAFI-ISBAT DAN KETIDAKWUJUDAN
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, Insya-Allah hari ini Ayah mahu terangkan berkenaan tiada kewujudan kita.
1. Dia berfirman yang bermaksud,”Aku Yang Awal dan Yang Akhir”. [1]
Maknanya sebelum ada apapun Allah swt sahajalah yang Wujud lagi Tunggal.Prof Ramadhan berkata Allah swt tidak boleh didahului oleh Tiada kalau tidak Dia tidak boleh jadi Tuhan kerana Dia tidak tunggal. [2]
Imam Imran Hoesin berkata Pencipta dan ciptaan tidak boleh ada kewujudan bersendirian atau berasingan kerana ini meruntuhkan tauhid bahawa Allah itu tunggal kerana pada permulaan udah ada dua kewujudan iaitu Pencipta dan ciptaan. [3]
Lalu Dia ciptakan ciptaan justeru itu, Dialah Yang Awal (sebelum ada ciptaan). Maka mesti difahamkan bahawa Dia yang awal bukan dimaksudkan Dia berawal kerana Dia tidak berawal.
Walaupun Dia tidak berawal namun kesemua ciptaan diciptakan berawal.
Apabila sampai masanya (kiamat) maka kewujudan ciptaan berakhir maka yang tinggal hanyalah Allah swt maka Dialah Yang Akhir (sesudah berakhirnya ciptaan) bukan Dia berakhir kerana Dia tidak berakhir. Yang berakhir ialah ciptaanNya yang diciptakan berawal dan berakhir.
Harap anakku ingat ciptaan adalah Sifat, disebalik ciptaan adalah Dzat itulah Hakikat, dan disebalik Dzat adalah “DiriNya yang sedikit” itulah Makrifat.
Namun tidak bercerai DiriNya yang sedikit dari kesemua DiriNya seperti (Luli berkata) tidak bercerai ekor gajah dengan gajah.Namun bagaimana Diri Allah swt itu kita tidak bisa mengetahuinya kerana hanya terpandang Dzat kita udah binasa.
Apabila terjadinya kiamat pertama maka musnahlah kesemua langit dan bumi serta kesemua mahkluk-maklukNya (termasuk malaikat-malaikat dan juga malaikat maut) maka yang tinggal hanyalah Dzat.
Namun prihatin [perhatikan] Ruang dan Masa (yang meliputi langit dan bumi) tidak musnah bila terjadi kiamat pertama. Justeru itu [karena itu] walaupun Dia berfirman bahawa semuanya binasa yang tinggal Dzat, namun Dzat pada masa ini masih diselubungi oleh ruang dan masa. Kerana Dzat yang tinggal itu diselubungi oleh kegelapan selama 40 tahun. Dzat hanya bisa tajjali (menzahirkan dirinya) apabila terjadi kiamat kedua justeru kesemua ciptaan, tempat, ruang dan masa musnah [4]. Sesuai dengan sabda Rasulullah saw bahawa di hari kemudian (kiamat kedua) kita akan lihat hanyalah selaput Dzat yang seperti bulan mengambang di malam yg gelap. Kita melihat ini dari syurga dan apabila cahaya Dzat yg memusnahkan tempat, ruang dan masa datang kepada kita di syurga maka musnahlah kita serta syurga maka yang tinggal hanya Allah yang tunggal. Di sini musnahlah Sifat serta Hakikat dan yang tinggal hanyalah DiriNya yang sedikit (Makrifat) yang tidak bercerai dengan kesemua DiriNya. Seperti Ais (Sifat) yg di dalam perut Lautan, cair dan kembali menjadi Air (Hakikat) dan Air kembali kepada Lautan yang tersedia ada (Makrifat).
2. Dia berfirman bahawa Dialah Yang Zahir dan Yang Batin.
Maksudnya, Sifat serta Hakikat, ini semua terzahir daripada DiriNya yang sedikit (Makrifat).
Namun tidak bercerai Sifat, Hakikat dan Makrifat. Seperti tidak bercerai Ais (Sifat) di dalam perut Lautan dengan Air yang di dalam Ais (Hakikat) dan tidak bercerai Air di dalam Ais dengan Lautan yang di luar (Makrifat)
Maka yang udah bermakrifat tidak lagi melihat kepada Sifat dan Hakikat. Mereka udah memusnahkan (Nafikan) Sifat serta Hakikat dan melihat terus (Isbatkan) kepada Makrifat. Maka tidak dilihat kepada Meja Kayu melainkan dia nampak pokok. Atau, tidak dia melihat kepada baju melainkan dia melihat kapas. Atau, tidak dia melihat kepada kesemua ciptaan melainkan dia melihat kepada DiriNya yang sedikit.
Maka fahamlah dia maksud Allah bahawa Dialah yang mengangkut anak Adam di daratan dan di lautan atau, bukan Muhammad yg membunuh yang membunuh adalah Dia.
Sehubungan dengan ini Imam Ghazali berkata maksudnya bahawa kalau kamu kenal dirimu dan kamu kenal Tuhanmu maka kamu tahu kamu itu tidak wujud. Hanya mereka yg bisa menafikan Sifat serta Hakikat dan mengisbatkan Makrifat bisa mengetahui akan maksud kekata Imam Ghazali ini.
Dengan kefahaman ini maka sedarlah kalian bahawa segala lakonan Sifat sebenarnya adalah lakonan Makrifat. Justeru itu, fahamlah kalian bahawa Dia bermain dengan DiriNya. Ini yang Dia firmankan bahawa hidup ini senda gurauan dan main-main. Berhubungkait dengan ini baru kalian faham apa juga yang kalian lihat, semua ini adalah mengikut satu kehendak iaitu KehendakNya.
Sesudah kalian faham bahawa Dia bersenda gurau dengan DiriNya dan juga kalian tidak wujud maka seperti Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa keselamatan itu terletak dalam DIAM.
Begitu juga dengan puisi melayu yg berbunyi, “Si Luncai terjun dengan labu-labunya.” Maka jawapannya, “Biarkan, biarkan!”
Juga pak Pandir berkata:
Ada mata lihat
Ada telinga dengar
Ada mulut Diam
Tepoklah tangan
Buatlah seperti tidak tahu.Nabi Isa (as) bersabda maksudnya, “Kenapa?, itulah pintu Neraka.” Sesuai dengan firman Allah swt bahawa Dia tidak akan ditanya akan af’alNya.
Pengertian semua ini adalah denganNya. Kita tidak bisa mengerti dan tidak akan bisa mengerti kerana kalau kita mengerti akan perbuatanNya walaupun sedikitpun bererti:
i. Kita wujud
ii. Kita setanding dengan Dia kerana Dia mengerti kita pun mengerti.Harap anakku semua dapat pencerahan, insya-Allah.
Yusdeka Putra: Mohon bertanya Pak ustadz, dengan keterangan hari ini berarti semua ayat makrifat seperti Dia Yang Awal dan seterusnya, maknanya adalah ditujukan kepada Makrifat atau Diri-Nya yang sedikit. Bukan kepada Dzat. Begitu juga dengan gajah yang menggoyangkan ekornya. Maksud gajah itu adalah Diri-Nya yang sedikit atau Makrifat. Mohon petunjuk ustadz kalau pemahaman saya ini salah.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Pak Deka kita udah sampai peringkat bisa mengatakan Dzat kalau kita mahu menyatakan berkenaan Hakikat disebalik semua ini,atau kita bisa mengatakan DiriNya yang sedikit disebalik semua ini jika kita mahu menyatakan berkenaan Makrifat.
Kerana saya yakin kalian udah tidak pusing lagi kerana udah sangat faham akan ilmu ini. Justeru itu, kalian bisa mengisbatkan Dzat dan bisa juga mengisbatkan DiriNya yang sedikit tertaluk [tergantung] kepada apa yang hendak disampaikan iaitu hakikat atau makrifat.
Walaupun kita mengisbatkan DiriNya namun ini tidak sama dengan WW [Wahdatul Wujud] kerana kita tekankan kepada DiriNya yang sedikit, bukan kita mengatakan disebalik semua ini adalah Allah swt. Kalau tidak, bisa sahaja kita menyembah bulan dan bintang kerana bila dinafikan disebalik itu adalah Allah swt.
Namun bagi perjalanan Tasawuf kita, disebalik semua ciptaan adalah DiriNya yang sedikit sebab itu Allah swt tidak mahu kita menyembah bulan dan bintang kerana disebalik itu adalah DiriNya yang sedikit.
Allah swt mahu kita menyembahNya bukan sedikit DiriNya seperti kamu memegang jari kecil saya dan berkata, “Ini Ustaz”. Justeru kamu dapati benjol di kepala. Dan kerana kita tidak ada informasi atau maklumat berkenaan rupa Allah swt maka Dia memerintah kita supaya ingat namaNya (tanpa dieja, atau dirupa atau diumpamakan) justeru itu kita tidak akan mensyirikkanNya.
Baru-baru ini kamu lihat kekeliruan di AP [Group Ada Pertanyaan] ada yang tidak dapat menghilangkan kewujudan mereka. Kenapa begitu, kerana mereka masih belum mengerti berkenaan Nafi serta Isbat. Apa yang mesti dinafikan dan apa yang mesti diisbatkan.
Maka penerangan yang diberi sebelum ini adalah untuk menerangkan bahawa kalau kamu nafi Sifat, kamu akan berjumpa (isbatkan) Hakikat dan apabila kamu nafi Hakikat kamu akan berjumpa (isbatkan) Makrifat. Sama ada kamu Isbatkan Hakikat atau Makrifat, dalam kedua-kedua keadaan itu kamu tidak wujud. Inilah syarat utama untuk menerima keredhaan yang ilmunya lebih tinggi kerena kita menerima pula Af’alNya sesudah mengenalNya.
Contoh ekor dan gajah ialah untuk menerangkan bahawa tidak berpisah ekor yang kecil itu dengan gajah, serta kalau ekor itu bergerak makna gajah yang bergerak.
Yusdeka Putra: Alhamdulillah… insyaallah paham pak Ustadz..
Mohd Zainothman: Alhamdulillah. Terima kasih di atas pencerahan terkini ustaz berhubung dengan sifat, hakikat dan makrifat (makrifat yang di rujuk kepada diriNya yang sedikit ( atau Dzat yang sedikit sebagai unsur kepada ciptaan).
Cuma yang terbaru saya dapati ustaz menyatakan bahawa dzat yang sedikit itu adalah ‘makrifat’ ) dan bukan nya ALLAH itu makrifat sebenar nya. Saya rasa saya dapat memahami maksud ustaz tentang pencerahan yang terkini itu.
Cuma di sini saya ingin mendapatkan kepastian ustaz bahawa dalam kita beribadah ( termasuk berdoa) apakah tujuan atau tumpuan mata hati kita kepada ALLAH atau kepada ‘makrifat diri Allah yang sedikit itu’ saya ada sedikit kekeliruan tentang ini ustaz. Terima kasih.
Ustadz Hussien Abd Latiff: Maka apabila kita naik dan tumpukan matahati kita kepada ingatan Allah swt itu maka itulah Link kita kpdNya kerana Dia berfirman bahawa kau ingat Aku, Aku ingat kau.
Makifat pada DiriNya yg sedikit ialah ilmu supaya kita tidak sesat seperti fahaman WW [Wahdatul Wujud].
Rio: Makrifat = sedikit diriNya di sebalik dzat. Berarti hanya sebatas itulah pengetahuan kita sampai. Ya ustadz?
Baru setelah tahu -bahwa kita hanya tahu sebatas yg sedikit itu-, tahulah kita bahwa kita tak pernah tahu apa-apa tentang Yang Besar.
Begitukah ustadz?
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar tahu setakat itu sahaja menerusi ilmu, namun sedikit itu pun kita tak dapat menjangkau besarnya sedikit itu.
Rio: Baik ustadz. Tahu menerusi ilmu. Tapi we cannot validate apakah benar seperti ilmu kita itu? Terimakasih ustadz 🙏🏼
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar kerana pengertian hanya denganNya
Dia tidak serupa makna jangan merupakanNya, seperti Rabitah atau mengingati Ka’bah dll dalam ibadah kita.
Dia tidak boleh diumpamakan, makna jangan membuat perumpaan berkenaan Dia seperti perumpaan yang dibuat dalam WW (manusia tuhan) atau NM (Ahmad tanpa “m” menjadi Ahad) dll
Syofian Husin: Ya ustadz, kami ingat kata ustadz, Allah itu, itdak berupa dan berumpama apapun……. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Ustadz Hussien Abd Latiff: Alhamdulillah
Syofian Husin: Tanya sikit ustadz..Bagaimana, ketika saya memandang, begitu indahnya bintang gemintang, yang miliaran banyaknya, ingat itu akan kebesaran ciptaanNya…. Apakah…. Ini termasuk.. WW… Itu..? 🙏🏻🙏🏻🙏🏻
Ustadz Hussien Abd Latiff: Tahulah itu Bioskop Ilahi supaya tidak syirik [Maksudnya, saat memandang keindahan ciptaanNya, sadari bahwa itu adalah bioskop ilahi, lakonan dzat mengikut apa yang tertulis di LM, dan disebalik ciptaan adalah dzat (ciptaan)Nya -dari sisi Hakikat- atau sedikit diriNya – dari sisi Ma’rifat-, bukan disebalik ciptaan itu Allah]
Syofian Husin: Oh… Alhamdulillah..🙏🏻🙏🏻
Ref :
[1] Terjemah QS Al-Hadid : 3
[2] Muhammad Said Ramadhan Al buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).
[3] Imran Hoesin, Islam and The Changing World Order, 9 (1991).
[4] Kiamat kedua adalah “istilah”, yang maksudnya adalah semua sandiwara di dalam Lauh Mahfudz memiliki akhir, nantinya semua akan musnah kembali pada Nya.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR