MATI-HIDUP-MATI
[9:00 AM, 7/18/2020] Azri Acong: Salam Ustaz
Di sini ada pertanyaan daripada jemaah Malaysia mengenai surah Al anaam ayat 2
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن طِينٍ ثُمَّ قَضَىٰٓ أَجَلًا ۖ وَأَجَلٌ مُّسَمًّى عِندَهُۥ ۖ ثُمَّ أَنتُمْ تَمْتَرُونَ
Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu.
Allah cipta kita dari tanah – mati.
Soalannya ialah Satu Ajal lagi yg tertentu di SisiNya. Apa maksudnya dari sudut tasawuf adakah ni menunjukkan kiamat kedua?
[12:29 PM, 7/18/2020] Ustadz Hussien Abd Latiff: *Ayat Al An’aam (6):2 yang Di beri hendaklah dibaca dengan Surah ini:
Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-Nya-lah kamu dikembalikan:
Al Baqarah(2):28
Maka dapat Kita lihat 2 ajal seperti berikut:
1. Mati lepas itu hidup.
2. Mati lepas itu hidup. .
Untuk merujuk kepada kiamat kedua, maka susunannya mestilah hidup (Di Dunia) Lepas itu mati dan hidup (Dalam Syurga) Lepas itu mati
Mengikut Surah Al Baqarah bahawa selepas Kita hidup Yang kedua kali maka kepadaNya Kita dikembalikan untuk dihisab, Syurga dan Neraka .
Pengikut Buddhist mengatakan ayat ini menunjukkan bahawa
kepercayaan mereka berkenaan “Reincarnation” adalah benar. Ini tidak benar kerana situasi kedua kita dihidupkan semula untuk berada dalam Syurga bukan untuk dikembalikan hidup di Dunia yang udah hancur semasa kiamat pertama.
KOMENTAR