KEPEKAAN (13)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila Kalian udah memahami bahwa:

1. DESTINASI Kita di Hari Muka adalah menaiki dan menaluki Bumi-bumi di Angkasa Lepas.

2. KEPEKAAN Kita ialah apa yg mesti serta perlu dilakukan untuk menjalankan tugasan (1).

3.Maka tugasan Kita di perengan (2) menjadi WAWASAN Kita.

maka yg tinggal bagi Kita ialah IQRA. Sesuai dengan firmanNya bahawa Allah swt mengajar Manusia ilmu yang tidak diketahui mereka. Dan juga firmanNya bahawa Dia memberi Manusia kelengkapan yang sesuai dari masa ke masa.

Maka turunlah ilmu-ilmu dan kelengkapan-kelengkapan tidak hentinya dari masa ke masa. Dengan ini, Manusia makin bertambah bijak serta kelengkapan mereka bertambah mutunya. Justeru itu perlu yg udah berumur harus digantikan dengan mereka yang muda dan kelengkapan-kelengkapan yg udah usang digantikan dengan yg baru. Setiap masa keupayaan serta bentuk dunia Kita ini akan mengalami pertukaran yg disebut “Sophisticated” (canggih).

Maka apabila Kita sedar akan fakta-fakta yg disebutkan di atas ini maka kita tidak dapat lari dari kesimpulan bahawa dunia kita ini adalah sebuah “Madrasah” (Sekolah) di mana dimuatturun ilmu-ilmu daripada Allah swt untuk Kita (seperti diperintahkanNya), “Iqra!”.

Maka apabila Kalian udah dapat menerima dunia Kalian ini adalah sebuah Madrasah atau Sekolah maka menjadi pula kewajipan kalian untuk belajar apa juga ilmu yg perlu demi untuk kesejahteraan Kalian.

Justeru itu, pilihan ilmu daripada ilmu-ilmuNya yg banyak diturunkan adalah amat penting demi kesejahteraan kita.

Kesemua Negara-negara Barat menekankan kepada ilmu-ilmu Sekular terutama Sains & Teknologi justeru itu mereka sejahterah dalam bidang-bidang ini terutama dalam alat-alat peperangan. Dengan ini mereka seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, France, Germany dll menjadi Negara-negara yg kuat di dunia Kita ini.

Negara-negara Islam pula banyak menekan kepada ilmu Ukrawi justeru itu mereka sejahterah dalam bidang Kegamaan.

Kerana Negara-negara Barat memilih ilmu-ilmu Sekular yg lebih menekan kepada kesejahteraan keduniaan maka Kehidupan mereka dihantui oleh bermacam-macam masalah sosial, ekonomi dll. Sayangnya masalah-masalah mereka di “export” ke negara-negara Islam dan menjadi masalah-masalah Kita juga.

Kerana Negara-negara Islam menekan kepada kesejahteraan keagamaan maka mereka menjadi lemah dalam bidang keupayaan keduniaan lalu mereka dikuasai oleh Negara-negara Barat. Terutama sekali dari segi senjata Kita terpaksa membeli dari Negara-negara Barat. Justeru Raja Salman (Saudi) ada berkata bahawa Kita asyik beli-beli maka bila Kita mahu buat, speda (basikal) pun Kita tidak buat. Begitu lemah sekali umat Islam.

Maka pilihan ilmu-ilmu Allah swt sangatlah mustahak untuk kesejahteraan Kita umat Islam. Di sini Kita lihat firman Allah swt bahawa mereka yg memilih keduniaan akan diberi keduniaan. Maka udah tentu mereka yg memilih akhirat akan diberi akhirat. Justeru itu untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat hendaklah Kita memilih kedua-duanya. Justeru perlu kesemua Institusi-istitusi Pengajian Islam mengajar ilmu-ilmu Sekular (terutama dalam bidang Sains & Teknologi) berserta dengan ilmu Ukrawi yg perlu. Sesuai dengan firmanNya bahawa kitalah umat pertengahan. Maka hendaklah bukan sahaja doa Kita memohon kedua-duanya tetapi juga pilihan Kita juga kepada kedua-duanya iaitu ilmu Sekular dan Ukrawi.


Anakku, sesudah Kita menerima:

1. Dunia ini adalah Madrasah Ilahi.

2. Allah swt mengajar Kita di MadrasahNya ini ilmu-ilmu yang Kita tidak mengetahui.

3. Maka adalah kewajipan Kita untuk “Iqra” akan ilmu-ilmuNya yang diturunkanNya itu.

Di sinilah datangnya UJIAN Allah swt menguji Kita sama ada Kita udah benar-benar “Iqra” .Hasil dari Ujian ini ialah sama ada Kita lulus atau gagal. Kalau Kita lulus ia membawa kepada kesejateraan. Kalau Kita tidak lulus, ia akan membawa kepada kecelakaan.

Kita tidak lulus Ujian kerana Kita tidak atau masih belum mempelajari ilmu itu yg udah diturunkan (kalau tidak mana bisa adanya UjianNya) atau masih belum dapat menghayati ilmu itu.

Satu-satu ilmu yg Kita pelajari yang membawa padah buruk kepada Kita ialah Dakwah Kita. Hampir keseluruh dunia Barat membenci Islam (Islamophobia). Ilmu Dakwah Kita menghasilkan Radikalisme dan Terorisme. Ilmu Dakwah Kita juga membuat 22 juta pelarian Islam ke Negara Barat (untuk mencari kesenangan ekonomi) terutama Eropah dan sesudah itu mereka tidak dapat berintergrasi dengan rakyat Negara-negara itu lalu membuahkan keganasan serta Jenayah.

Kenapa ini berlaku? Ini adalah kerana tidak menghayati dengan sebenarnya ilmu ini justeru membawa kepada buruk padahnya. Mari Kita lihat kesalahan Dakwah Kita ini:

1. Apabila kita menekan kepada Neraka dan Kesiksaan yg berkekalan maka kita tidak secara langsung mengatakan Allah swt suka menyiksa dan kesiksaanNya berkekalan.

Maka seorang yg hidup sebagai seorang Muslim selama 22 tahun dan menjadi ahli kumpulan gelap apabila umurnya 22 tahun 1 bulan. Dan di dalam bulan seterusnya, dia terlibat dalam pergaduhan di antara kongsi gelap di daerah itu di mana dia membunuh dan akhirnya dia juga dibunuh maka kerana itu dia akan disiksa berkekalan dalam Neraka? Cuba Kita pakai contoh seorang nenek menyiksa cucunya sehingga pingsan setiap hari kerana hanya mencuri satu pisang gorengnya. Apa pendapat Kalian akan nenek ini? Kalau Kalian tidak dapat menghormati nenek ini maka bagaimana dengan Allah swt? Kerana itu dalam Buku “2000 years of disbeliefs”, banyak tomahan ditujukan oleh yg bukan Islam kepada Allah swt kerana sikap-sikap ini.

Kenapa Dakwah Kita tidak menyentuh akan Sifat-sifat Allah swt yang Maha Pengasih lagi Penyayang?

Kenapa Dakwah Kita tidak menyentuh akan Sifat RahmatNya mendahului kemurkaanNya? Justeru itu Dia mengampunkan dosa-dosa seorang pelacur yg memberi minum seekor anjing yg kehausan dan menyelamatkannya dari mati dahaga.

Allah swt juga mengampunkan dosa orang yg membunuh 100 orang yg mati dalam perjalanannya untuk bertaubat.

Allah swt juga mengampunkan seorang pengali kubur yg merogol mayat seorang gadis apabila para sahabat dan Rasulullah saw mengatakan dosanya tidak akan diampunkan oleh Allah swt.

Kerana itu apabila Rasulullah saw menyatakan semasa dicederakan oleh kaum Qureshy dalam perang Uhud bahawa apakah untungnya bagi kaum Qureshy mencederakan Nabi yg dihantar untuk mereka. Maka turun Jibrail as menyampaikan wahyu Allah swt kepada Rasulullah saw bahawa kaum Qureshy itu adalah hamba Allah swt bukan hamba Rasulullah saw. Justeru rugi atau untung akan perbuatan mereka itu terpulang kepada Allah swt.

Kenapa Dakwah Kita tidak menyentuh akan Allah swt mempunyai 100 kasih-sayang. 1 kasih-sayangNya diberi kpd dunia maka kesemua MakhlukNya dapat berkasih-sayang diantara sendiri seperti ibu dan anak, sepasang kekasih dll. Di akhirat kelak, baki 99 kasih-sayang Nya menunggu Kita. Justeru itu, Rasulullah saw bersabda bahawa kalau orang kafir tahu tentang 99 kasih-sayangNya menunggu Kita di Hari Kemudian maka mereka tidak akan rasa putus untuk masuk Syurga.

Kerana itu Allah swt berfirman bahawa celakalah siapa juga yang memikirkan Dan menetapkan.

Bidangkuasa yg menentukan sesuatu ialah bidangkuasa Ilahi. Kerana itu Nabi Isa as berkata bahawa celakalah sesiapa yang mengambil bidangkuasa ini dari Tuhan kerana Dia tidak berkongsi bidang kuasa ini dengan sesiapapun.

Maka kalau Kalian lihat keampunan yg Allah swt diberikan kepada Pelacur, Orang yg membunuh 100 orang dan Pengali kubur itu maka jelas bahawa keampunan ini bukan bersandar kepada amalan-amalan keagamaan tetapi lebih kepada KEIKLASAN (Sincerity). Kerana itu Rasulullah saw bersabda bahawa seseorang masuk ke Syurga bukan dengan amalannya tetapi kerana KEREDHAAN Allah swt. Apabila ditanya begitu juga akan diri baginda, baginda menjawab begitu juga baginda.

Kesimpulannya, berdakwahlah dengan mencerminkan kasih-sayang sayang Allah swt. Jangan lupa menyentuh akan RahmatNya mendahului kemurkaanNya. Soalan Syurga dan Neraka serahkan kepada Allah swt untuk menetapkan dan jangan samasekali Kita menetapkannya kerana Kita tidak ada rahmat, hanya Allah swt sahaja yang ada RahmatNya mendahului KemurkaanNya.

Kita bisa berkata cawan itu separuh penuh (dengan air) atau separuh kosong. Begitu juga Sifat-sifat Allah swt ada yang Jalal (Menakutkan) dan ada yang Jamal (Keindahan) maka pilihlah SifatNya yang Jamal dalam Dakwah kalian.

2. Janganlah Dakwah Kita menekan kepada Jihad iaitu bunuh dan dibunuh oleh orang kafir kerana ini sudah menjadi sejarah lama di mana pada Masa itu Agama Islam baru berkuntum dan justeru mengalami banyak penindasan, kekasaran, jenayah dan sebagainya. Kerana itu turun firman-firmanNya berkenaan Jihad iaitu memerangi kaum Musyirikin.
Pada zaman itu, hampir kesemua penduduk mereka tidak berpelajaran serta buta huruf. Hidup mereka lebih cenderung kepada kemaksiatan serta jenayah. Maka Judi, penipuan, arak, Maksiat, Jenayah, percaya kepada takhyul, benci kepada anak perempuan sehingga dibunuh, sentiasa berperang di antara suku-suku dan puak-puak dll.

Itulah zaman mereka dimana firman “Jihad” diturunkan.

Pada zaman ini kebanyakan Manusia mempunyai pelajaran, setidak-tidaknya pelajaran asas (primary) iaitu dapat membaca, menulis dan mengira.

Justeru itu, Dakwah Kita mesti bertukar kepada Dakwah menerusi Ilmu. Di sini Allah swt ada berfirman supaya Kita berdialog dengan mereka secara hormat dan berilmiah. Inilah yang mesti menjadi asas Dakwah Kita pada Hari ini. Cuba Kita lihat peristiwa September 11, di mana Twin Tower di Amerika Syarikat dibinasakan oleh teroris (yg dikatakan orang Islam). Hairannya selepas kejadian itu ramai di dunia Barat membuka Mata dan ingin mengetahui akan Agama Islam. Maka larislah buku-buku berkenaan Agama Islam serta al Quran dijual. Justeru juga ramai berminat kepada Agama Islam dan ada yang menjadi Muallaf.

Begitu juga apabila Buku “Da Vinci Code” yang menceritakan bahawa Nabi Isa as berkahwin dan berzuriat, penganut Agama Kristian tidak berusuhan (riotings) namun mereka bermusyuarah secara ilmiah dan tidak hilang pun suatu nyawa pun sehubungan dengan keluarnya Buku itu.

Maka hendaklah Dakwah Kita kini berasaskan Ilmu bukan keganasan kerana itu adalah Dakwah di takuk lama. Kalau tidak ada perubahan dalam cara dakwah Kita ini maka tidak akan berakhir kegiatan Radikalisme dan Terorisme.

3. Janganlah Dakwah Kita menekankan bahawa kesemua yg dilahirkan udah ditetapkan ahli Syurga dan ahli Neraka serta perjalanan kepada tujuan masing-masing udah dipermudahkan. Ini bererti bagi siapa yg udah ditetapkan masa lahirnya ahli Neraka maka ia tiada pilihan melainkan akan masuk Neraka? Justeru kebanyakan orang yang bukan Islam akan mati masuk Neraka. Pada Masa ini ada seramai 2.4 biliun orang yg bukan Islam dan orang Islam adalah seramai 1.8 biliun.

Justeru itu, maka dipersoalkan akan Keadilan Allah swt serta timbul lagi tomahan bahawa Allah swt suka menyiksa. (Baca Buku “2000 years of disbeliefs”)

Tidakkah Kalian membaca 2 firman Allah swt bahawa Kehidupan dunia adalah senda gurauan dan main-main. Justeru Prof Stephen Hawking menulis Kehidupan dunia ini adalah “Soap-Opera” (Sandiwara).

Tanya kepada diri Kalian adakah Kehidupan di Dunia ini Sandiwara Kalian atau Sandiwara Ilahi?

Maka udah tentu jawapannya adalah Sandiwara Ilahi. Sehubungan dengan ini Dia ada berfirman bahawa segala sesuatu udah ditetapkan di dalam Kitab Loh Mahfuz dan tiada sesuatupun Dia alpakan walaupun lebih kecil dari zarrah (atom). Juga firmanNya bahawa Kita tidak Ada pilihan melainkan hidup mengikut Kitab ini sehingga Hari Kebangkitan. Kitab inilah Skrip Kita. Allah swt juga berfirman bahawa segala sesuatu bergantung kepadaNya. Dialah Direktur Sandiwara ini.

Maka dalam Dakwah Kalian mesti diingat bahawa Kehidupan dunia ini adalah Sandiwara Ilahi. Justeru itu, soal tentang Syurga dan Neraka serahkan kepada Allah swt dan jangan Kalian memikirkan serta menetapkan. Ingat akan:

i. Ini adalah Sandiwara Ilahi.

ii. Di akhir Sandiwara ini, 99 kasih-sayangNya menunggu kita.

iii. Inilah RahmatNya yg mendahului kemurkaanNya yang menunggu kita di Hari Kemudian.

iv. Bahawa Rasulullah saw ada bersabda bahawa kalau orang kafir tahu tentang 99 kasih-sayangNya menunggu Kita di Hari Kemudian maka mereka tidak akan putus asa untuk masuk Syurga.

Justeru itu kalau orang yg bukan Islam timbulkan tentang setiap bayi anak Adam udah ditetapkan ahli Syurga atau Neraka, katakanlah ini semua adalah Sandiwara Ilahi dan gunakanlah fakta di atas ini untuk memberi penjelasan.


Anakku, satu lagi yang membuat Kita gagal dalam Ujian Allah swt dan dengan itu membawa kesengsaraan keseluruh dunia ialah pemilihan dan penekanan Kita kepada ilmu-ilmu Allah swt. Disebut dalam Al Quran bagaimana Kita dapat menundukkan Lautan. justeru itu, peristiwa karam di laut yang mengorban beribu-beribu nyawa di zaman dahulu sekarang hanyalah menjadi sejarah. Sekarang kapal sebesar 5 padang bola sepak dengan muatan bekas-bekas (containers) yg berat-berat belayar di lautan-Lautan tanpa mengalami kecelakaan. Juga kapal pelayaran (Cruise) Kita yang dibina di atasnya Hotel 5 bintang belayar dengan selamatnya. Begitu juga pesawat-pesawat serta roket-roket Kita berterbangan di Langit dan Angkasa Lepas dengan selamatnya. Pendaki Kita dapat menundukkan gunung-gunung dan pemburu-pemburu Kita dapat menundukkan binatang-binatang yang buas serta dapat menempatkan mereka di dalam Kebun Binatang (Zoo). Ini semua bisa berjaya kerana Allah swt udah berfirman bahawa Dia menundukkan Langit, Bumi dan di antaranya kepada Kita. Layak Kita sebagai khalifahNya. Semua yang Kita mencapai itu membawa kesejahteraan kepada ummah seluruhnya.

Namun sayangnya pilihan Kita kepada ilmu-ilmu Allah swt yang membawa kepada kesejahteraan seluruh ummah bertukar kepada yang membawa keuntungan kepada negeri-negeri sendiri. Negara-negara ini mendapati bahawa penjualan senjata-senjata atau alat-alat peperangan menghasilkan kekayaan yg tidak pernah mereka mimpikan. Maka menjadi kaya-rayalah negara-negara ini seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, German, France, Russia dll. Justeru, penekanan dalam Negara-negara ini adalah kepada ilmu-ilmu itu. Maka buruklah padahnya kepada seluruh ummah seperti:

1. Peperangan yang meragut beribu-beribu nyawa.
2. Peperangan yang menghancurkan infrastruktur yg bernilai berbiliun US dollar.

3. Peperangan yang membawa kesengsaraan kepada orang awam terutama kanak-kanak.

4. Peperangan yang menghancurkan Hasil bumi termasuk ternakan-ternakan dan tanam-tanaman.

5. Peperangan yang membuat Negara membangun menjadi miskin papa.

Namun gejala-gejala di atas ini masih juga tidak mendatangkan kesedaran kerana penjualan alat-alat peperangan kini masih berterusan.

Selain natijah yg disebutkan di atas ini, pemilihan dan penekanan kepada ilmu-ilmu yg menghasilkan alat-alat peperangan, juga membuat Kita cuai untuk mempelajari ilmu-ilmu Allah swt untuk menundukkan bencana dunia. Justeru itu, bermaharajalelalah Tsunami, Gempa Bumi, Angin kencang (Taifun, Hurricane dll), Air Bah, Kebakaran dll.

Kecendurungan kepada pembikinan alat-alat peperangan juga mengabaikan masalah-masalah:

a. Sosial – penagihan Nakoba (dadah), Arak, Judi dll, kecendurugan kepada Kenakalan Remaja, kongsi gelap, Kemurungan dll serta keruntuhan akhlak, rumah tangga dll.

b. Ekonomi – kemiskinan hingga kepapaan terutama yg “Homeless” (tidak mempunyai apa-pun selain dari pakaian di badannya), pemuitang-pemuitang seperti pelajar-pelajar yg udah habis tuntutan (pelajaran) mereka dan dimestikan membayar kembali hutang Pelajaran mereka oleh bank-bank walaupun mereka masih belum mendapati pekerjaan ataupun mereka yg menjadi ketua rumah (Bread-winner) yg kehilangan pekerjaan yg masih menanggung hutang perumahan (mortgage) dll.
Natijah dari Maslaha di atas ini membuahkan pegerakan yg dinamakan “Occupy Wall Street” yg merebak hampir keseluruh dunia kerana ketidakpuashati 99% rakyat dunia kerana Harta dunia dimilkii oleh 1% rakyat yg terkaya di dunia ini.

Maka anakku, salah pemilihan atau penekanan akan ilmu-ilmu Allah swt bisa membawa kepada kesengsaraan dan kecelakaan ummah seluruhnya. Justeru itu, Allah swt akan sentiasa uji Kita sehingga kita sedar serta memilih dan menghayati ilmu-ilmu yg benar yg membawa kesejahteraan kepada keseluruh ummah.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Nor Fariza Shamsudin says:

    Alhamdulillah.. Terima kasih Ustadz di atas Pencerahan ini dan sebelumnya.
    Moga Tuan Ustadz dan semuanya berada di dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah swt sentiasa.
    Jzkk.

Leave a Reply to Nor Fariza Shamsudin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *