DEGRADASI SYARIAH

Anakku, keruntuhan akhlak ummah sedunia tidak dapat Kita tahan hanya dengan peruntukkan Undang-undang sama ada Sivil ataupun Syariah.

Keruntuhan akhlak ini menjadi lebih hebat apabila diturut campurtangan Ahli-ahli politik terutama yg memegang teraju kerajaan. Selalunya arah tujuan Ahli-ahli politik ini berganding-bahu dengan orang-orang ternama, Ahli korporat, Pelabur-,Pelabur ternama, NGO-NGO atau Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) dan lain-lain yg berpegaruh. Maka Undang-undang dengan sewenang-wenangnya diubahsuai mengikut atau untuk menghambat Hati kesemua mereka ini. Maka Rasulullah saw udah peringatkan bahawa masyarakat dahulu hancur musnah kerana Undang-undang bisa diubah memihak atau menyebelahi orang-orang atasan tetapi menindas orang-orang bawahan. Rasulullah saw ada bersabda, “Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’”
(HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no. 1688)

Anakku, lama.kelamaan Undang-undang manusia akan membayangi (overshadowed) Syariah lalu mengerhanakannya (eclipsed) dan akhirnya hilang seperti masyarakat lama. Dahulu hukuman mati dikenakan kepada mereka yg tidak shalat, membayar zakat dan berzina. Sekarang Undang-undang yg keras ini rangkanya pun tidak dilihat lagi di seluruh Dunia barat dan dalam kebanyakan Negara-negara Islam.

Apabila Syariah dicairkan dengan kesemarakkan Undang-undang Manusia atau Sivil maka keruntuhan akhlak akan berleluasa. Apabila ini terjadi maka Haram menjadi halal, halal dipandang mual dan meronta keluar dari gengaman Agama dipandang kemodenan dan canggih (sophisticated)
.Akhir apa yg Rasulullah saw ingatkan Kita bahawa Kita akan ikut masyarakat lama tapak demi tapak sehingga ke lobang biawak akan terjadi. Justeru hilanglah Syariah berserta dengan ulama-ulamanya sekali seperti masyarakat-masyarakat lama. Mereka hanya diberi tugas untuk menjalankan upacara perkahwinan atau kematian sahaja.

Namun begitu anakku, kenapa sih, walaupun ngak ada hukuman Syariah dikenakan sekiranya orang itu makan babi, berjudi, minum Arak, tidak bayar zakat, Berzina dan lain-lain yg dilarang, mereka ngak mahu melakukannya. Ini adalah kerana keimanan mereka. Maka anakku, Ayahmu berkata kepadamu bahawa hanya keimanan sahaja yg dapat menyelamatkan ummah dari kemusnahan akhlak secara keseluruhan. Maka adalah mustahak Dakwah utama bagi Kita mestilah kepada membina keimanan bukan mengajar Syariah. Untuk mencapai ini maka hendaklah Kita berdakwah.”Awaluddin Makrifatullah!” Dan ini adalah dasar atau fundamen Ilmu Tasawuf yg dianuti oleh ahli-ahli Sufi. Ingat Rasulullah saw ada bersabda kpd para sahabat bahawa sekiranya mereka bertemu dengan orang-orang Yahudi pujuklah mereka beriman kpd Allah swt. Sesudah itu makrifatkan mereka sebelum beritahu shalat 5 waktu itu Wajib.

Anakku, ingatlah permulaan dakwah Rasulullah saw ialah kepada kaum baginda yang masih belum beriman lagi. Akhir ramai sahabat memeluk Agama Islam justeru itu mereka berkorban nyawa, harta, meninggalkan ratusan berhala-berhala penyembahan mereka, menceraikan ramai isteri-isteri mereka dan yg tinggal hanya empat, memecah tong-tong Arak mereka yg mahal-mahal, menghentikan perniagaan mereka membiak babi, berhenti dari berjudi, minum Arak dan bermaksiat dan lain-lain lagi.

Justeru Rasulullah saw bersabda bahawa Umat baginda yg terbaik adalah di zaman baginda, sesudah zaman baginda dan sesudah zaman mereka.

Anakku, hanya keimanan dapat mengatasi keruntuhan akhlak ummah. Untuk mencapai ini Syariah memerlukan Tasawuf. Inilah ilham yg Ayahmu dapat dan tuliskan untuk tatapan anakku semua yg dirindui lagi disayangi. Fiamanillah anakku!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *