DAKWAH MAKRIFATULLAH SEBELUM DAKWAH SYARIAH
DAKWAH MAKRIFATULLAH SEBELUM DAKWAH SYARIAH
Anakku,
Mana pergi kaum Nabi Ibrahim as yg beriman? Kemana pergi ahli-ahli Syariah mereka? Yang ada sekarang adalah Umat mereka yang berada dalam kesesatan.
Kemana pergi kaum Nabi Musa as yg beriman? Yang tidak menolak kenabian dan kerasulan Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw? Kemana pergi ahli-ahli Syariah mereka? Yang ada sekarang hanyalah kaum Zionist yg memerintah dengan penuh kekejaman.
Di manakah kaum Nabi Isa as yg beriman? Yang ada hanya penyembah salib. Di manakah ahli-ahli Syariah mereka? Yang ada hanyalah, mereka yg menjunjung tinggi kebebasan memilih. Maka lelaki bisa kahwin lelaki, wanita bisa kahwin wanita, Agama adalah hak peribadi maka semua berhak untuk beragama atau ngak mahu agama tanpa paksaan, kaum wanita udah setaraf dengan kaum lelaki justeru Nusus hanyalah satu impian, Arak, Judi, Berzina atau Meliwat menjadi cara hidup Masa kini
Maka mana pergi Syariah mereka?
Sepatutnya udah ada ramai orang beriman dari kaum-kaum Nabi-nabi terdahulu sedia menunggu datangnya Rasulullah saw sebagai nabi yg terakhir dihantar oleh Allah swt. Namun Rasulullah saw terpaksa berdakwah dengan mengalami penyiksaan, penganiayaan, pembunuhan, peperangan dan sebagainya oleh ramai kaum yg tidak beriman. Tiada ada mereka yg beriman dari kaum Nabi-nabi dahulu atau Ahli Syariah mereka menunggu atau membantu Rasulullah saw.
Yang ada hanyalah ahli-ahli Sufi yg bertawaf semasa kaum Quresh keluar dari Makkah untuk berniaga dalam zaman pra Islam dan yang turun dari bukit dan lembah (menyembunyikan keimanan mereka seperti penghuni Gua kahfi) berjumpa Rasulullah saw di Madinah lalu memeluk Agama Islam di tangan baginda. Lalu baginda menempatkan mereka di dalam Masjid Baginda (Nabawi) bersama sahabat-sahabat yg berhijriah dan.memanggil mereka Ahli Sufah. Sayang nya Rasulullah saw kepada mereka sehingga baginda bersabda bahawa makanan 2 orang cukup untuk 3, makanan 3 orang cukup untuk 4 orang dan seterusnya dengan harapan supaya Ahli-ahli Sufi ini dijemput makan bersama.
Justeru di dalam dunia sekarang ini jumlah orang yg tidak beriman ialah 2.4 biliun berbanding dengan orang-orang beriman berjumlah 1.8 biliun. Keadaan ini diburukkan lagi kebencian kpd Islam di seluruh negara barat, Cina, India dll yg dinamakan Islamophobia. Juga menakutkan kefahaman kebebasan memilih (Freewill) kini mengikis kekebalan Agama Islam. Baru-baru ini berlaku lelaki Islam bermikah dengan lelaki Islam di London. Wanita menjadi imam di masjid di Amerika Syarikat, pendedahan aurat oleh kaum wanita diterima di kebanyakan negara Islam. Disco Halal terbesar udah dibuka di negeri Saudi dll. Yang paling menyedihkan orang Islam membunuh sesama Islam leluasa di dalam peperangan di antara Negara-negara Islam. Lagi menyedihkan peralatan perang mereka dibekalkan oleh Negara-negara kafirun yg menjadi kaya kerananya.
Juga Hukum Syariah dipinda sesukahati dan dilihat di kebanyakan negara Islam lemah atau lebih lemah dari perundangan Sivil.
Sedarkanlah, Syariah tidak dapat membendung maksiat seperti nakoba (dadah), Arak, Judi, Penzinaan, Jenayah dan sebagainya. Bagaimana kerasnya hukuman yg dikenakan namun tidak akan berjaya menghambat manusia melakukannya.
Hanya menerusi keimanan yg kuat baru manusia bisa keluar dari gejala-gejala itu. Kerana itu Rasulullah saw bersabda:
1. (Kepada para sahabat) Apabila kamu berjumpa dengan kaum Yahudi pujuklah mereka beriman kpd Allah swt. Sekiranya mereka setuju beriman maka kenalkanlah mereka kpd Allah dan sesudah mereka mengenal Allah swt (Makrifatullah) beritahu Shalat 5 waktu Wajib.
2. Ibadah yg paling tinggi di sisi Allah swt ialah Dzikrullah iaitu mengingati Allah swt. Maka Kita diperintah mengingatiNya dalam ibadah Kita, di luar ibadah dan dalam hidup kita keseharian.
Ini hanya tercapai sekiranya Kita mengenal Allah swt. Kerana itu imam Ghazali berkata bahawa wajib bagi kamu mengenali siapa yg kamu sembah sebelum menyembahNya.
Maka Ulama lama dan baru menekan, “Awaluddin Makrifatullah!”
Sayangnya dakwah sekarang ini di kesemua negara Islam memempromosikan mazhab-mazhab tertentu. Maka dakwah Islam adalah dakwah Mazhab seperti Wahabi, Salafi, Maliki, Syiah, Syafii, Hanafi dan Hambali. Sepatutnya dakwah yg mesti dijalankan ialah “Awaluddin Makrifatullah”. Kesemua Nabi-nabi dan Rasul-rasul berdakwah mengenalkan Umat mereka kepada Allah swt Tuhan Yang Satu dan menyembahNya. Kerana itu ayat, “Tidak Aku jadikan jins dan manusia melainkan untuk meyembahKu!” ditafsirkan oleh Ibnu Abbas dan Syeikh Abdul Qadir Al Jilani sebagai “Tidak Aku jadikan jins dan manusia melainkan untuk mengenaliKu!”
Semoga Anakku mendapat pencerahan dari Tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin
—
DAKWAH MAKRIFATULLAH SEBELUM DAKWAH SYARIAH (2)
Anakku, sebelum Nabi Muhammad saw, Agama tidak bernama hanya dikenali sebagai Agama Nabi Ibrahim as, Agama Nabi Musa as dan Agama Nabi Isa as. Hanya selepas kedatangan Nabi Muhammad saw baru Allah swt menamakan Agama sebagai Agama Islam yg di terima dan redhai di sisiNya.
Walaupun begitu, setiap Agama-agama itu disertakan oleh Allah swt Syariah masing-masing untuk ditaati.
Namun anakku, kalian bisa saksikan pada masa ini bagaimana hancurannya Syariah-syariah dalam Agama- agama ini sehingga ngak ada bekas-bekasnya langsung. Ini juga terjadi kepada Ulama-ulama Syariah mereka, hilang entah ke mana?.
Maka perkara yang sama akan terjadi kepada Syariah dan Ahli-ahli Syariah Kita. Inilah peringatan yang diberi oleh Rasulullah saw bahawa Kita akan ikut masyarakat lama tapak demi tapak sehingga mereka masuk ke lobang biawak Kita akan masuk juga. Bererti, Syariah dan Ahli-ahli Syariah Kita juga akan terhapus di Hari Muka seperti Agama-agama sebelum Kita ini.
Sayangnya, kita tidak lihat Ahli-ahli Syariah Kita peka akan perkara ini dan membuat sesuatu rancangan atau Pelan untuk mengatasi perkara ini?Mereka mestilah bersatu dan berijtihad mencari jalan untuk mengelakkan atau mengatasi tragedi yg berkemungkinan besar akan berlaku di Hari Muka nanti berdasarkan peringatan yg diberikan oleh Rasulullah saw seperti yg disebutkan sebelum ini.
Walaupun kehancuran mereka tidaklah sangat menjejas Kita Ahli Sufi kerana seperti Penghuni Kahfi, Kita akan bersembunyi di gua-gua membawa keimanan Kita. Serta bermastautin di lembah-lembah menunggu munculnya Imam Mahadi.
Perasaan Ayah, seperti Ayah berada di atas sebuah bukit yg tinggi dan melihat ke bawah kepada perkampungan yg berada di tepi pantai, di mana penghuni-penghuninya sibuk menjalankan Kehidupan keseharian mereka tidak nampak atau menyedari Tsunami sedang menuju kekampungan mereka yang dapat dilhat oleh Ayah dari bukit yg tinggi itu.
Apapun anakku, semua udah tertera di LM justeru Kita berkata, “Inna lillahi Wainna Ilahi Rajiun!”
Fiamanillah anakku sehingga berjumpa lagi, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!
Taufik : Ayah, mohon maaf izin bertanya:
Hancurnya syariah-syariah dalam agama sehingga tidak ada bekasnya langsung. Contohnya seperti apa?
Mohon pencerahan :pray:
Terimakasih banyak Ayah atas pencerahan maksud dari Hadist setapak demi setapak mereka masuk ke lobang biawak.
Selama ini, di ulama syariah dipahami sebagai umat Muslim mengikuti perilaku orang-orang kafir setapak demi setapak sehingga masuk ke lobang biawak pun (diikuti).
Ustadz Hussien Bin Abdul Latiff: Dalam Agama Nabi Isa as satu ketika Syariah mereka digelar Ecclesiastical atau Canon Law. Mereka juga ada Mahkamah Syariah yg dipanggil Ecclesiastical Court atau Church Court. Mereka mentadbirkan Undang-undang dalam negeri sama ada Jenayah, Munakahat atau muamalat.
Lama kelamaan Undang-undang ini dan Mahkamah mereka lenyap di ambil alih oleh Undang-undang Sivil dan Mahkamah Sivil sehingga ke hari ini. Kini Syariah mereka hanya dipraktikkan dalam upacara pernikahan dan kematian sahaja.
Di Singapura Undang-undang Syariah Kita hanya berfungsi dalam;
1. Hukum berkenaan harta pusaka namun dalam pentadbirannya ditakbirkan oleh Makamah Sivil (Letter of Administration atau Letter of Probate)
2. Dalam Undang-undang pernikahan.
3. Dalam pengurusan jenazah.
4. Dalam Undang-undang penceraian namun udah bercampur baur dengan Undang-undang Sivil (Women Charter)
Tidak hairan suatu hari nanti Mahkamah Syariah (yg membicarakan atau persidangan penceraian) yg dianggap adalah hanya berperingkat Tribunal (bukan Mahkamah) akan menjadi “Seksyen Syariah” di bawah Mahkamah Tinggi Sivil kerana ini lebih berkesan kerana pada masa ini penguatkuasaannya (enforcement) adalah dibawah Mahkamah Sivil.
Saya lihat Malaysia juga condong kepada keadaan ini juga. Dan pada masa ini, Mahkamah Sivil bisa membatalkan keputusan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Maka ciri-ciri peringatan yg disampaikan oleh Rasulullah saw udah berbutik kalau tidak ditangani dengan Bijaksana maka lesap Undang-undang Syariah berserta mereka yg mentadbirkan Undang-undang ini. Apabila ini terjadi maka natijahnya Umat Islam akan terikut bersama.
KOMENTAR