ARAH UMMAH (PANDANGAN UNTUK GOLONGAN SYARIAH)
Anakku, dalam hening pagi yg suram ini disaluti rintihan hujan pagi, terkedu hati memerhati nasib ummah dan apablia mengingati sabda Rasulullah saw bahawa kamu akan mengikut jejak langkah masyarakat lama tapak demi tapak sehingga mereka masuk ke lubang biawak kamu akan masuk juga.
Perhatikan, bagaimana berkembangnya Umat Islam dari segi tamaddun, ilmiah, peralatan dll. Nampak beda benar keadaan masa-masa Islam baru bertatih dan pada zaman Kita ini.
Setiap ummah Allah swt memberi Syariah tertentu untuk menjadi bimbingan mereka. Namun apabila ummah menjadi bertamaddun dan Syariah tidak dapat berkembang sama dengannya maka terjadilah tragedi (kecelakaan) yg tidak dapat diterima sama sekali.
Kita lihat apabila Syariah Agama {Nabi Ibrahim) tidak berkembang sama dengan ummahnya maka pegangan kepada agamanya menjadi luntur hingga akhirnya masyarakat kembali semula keaesatan. Maka dikatakan Agama Hindu itulah bekas-bekas Agama Nabi Ibrahim as.
Begitu juga apabila Syariah Nabi Musa as tidak dapat bertamaddun bersama Agamanya maka terjadi golongan yang tidak dapat menerima keadaan Syariah mereka mengambil Kuasa serta mentadbir negara mengikut pandangan dan Kefahaman mereka sendiri. Golongan ini yg sekarang berkuatkuasa dalam Agama Nabi Musa as dan mereka dikenali sebagai Zionist.
Begitu juga apabila Syariah Nabi Isa as tidak dapat menampung tamaddunnya ummah mereka maka terjadilah Kebebesan memilih menjadi hak asasi lagi hak mutlak setiap Umat. Justeru timbullah tanpa ada apapun kesulitan: Freethinker, Athiest, LGBT, Women rights dan sebagainya. Inilah kehebatan Dunia barat pada masa ini. Syariah Nabi Isa hanya diperlukan Masa perkahwinan dan.kemarian.
Kita lihat kini Umat Nabi Muhammad saw. Jauh beda Kita sekarang ini dengan masa Islam baru bertapak di Mahkah.
Anakku Agama Islam.kini bertemu dengan gejala-gejala yg udah merosakkan Syariah Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as dan Nabi Isa as.
Kalau Syariah Kita tidak mahu bertamaddun maka terjadilah seperti sekarang Terorisme, Radikalisme, kaum fanatik dll yg percaya mereka mesti berjihad membunuh orang-orang kafir.
Namun bagaimana Kita bisa bertamaddun kerana panduan dari Agama-agama terdahulu amat mengecewakan.
Di sinilah Ayahmu menyatakan bahawa hanya gabungan dengan Dunia Tasawuf dapat menyelamatkan keadaan. Sayangnya mereka dalam Dunia Syariah masih angkuh dan tidak menyedari fakta yg utama ini. Mereka tidak mengambil iktibar cerita dalam Al Quran di mana Allah swt menyuruh Nabi Musa as belajar dari Khidir as.
Selagi tidak ada gabungan Syariah dan Tasawuf akan kecundanglah Islam di Mata Dunia sehingga datangnya Mahdi. Namun berapa lamakah Umat Islam akan tersiksa sebelum golongan Syariah sedar perlunya gabungan Syariah dan Tasawuf untuk mencapai kesejahteraan ummah.
Tazkirah ini di dedikasikan kepada golongan Syariah.
KOMENTAR