SIFAT BERKASIH SAYANG

25/10/20 08.18 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Adakah Allah swt mendiskriminasi hambaNya yang Muslim dan Yang bukan Muslim (termasuk Munafik & Fasik dan Yang bukan Munafik & bukan Fasik)?

Atau, Dia mencintai kesemua hamba-hambaNya justeru apa juga nikmat dan rahmat yang diberiNya pada yang Muslim juga diberi pada yang bukan Muslim.

Kalau Allah swt mencintai kesemua hamba-hambaNya tidak kira mereka Muslim atau bukan Muslim maka mereka yang mencintai kerana Allah swt mestilah mencintai kesemua hamba-hambaNya tidak kira mereka itu Muslim atau bukan Muslim.

Ini pandangan seorang Ahli Sufi dan cinta mereka juga tidak berbelah bagi kepada lain-lain ciptaanNya yang sentiasa bertasbih kepadaNya.

Qualitas ini perlu ada dalam setiap orang, terutama Ahli Sufi kerana Kita udah dilantik Khalifah Allah swt dan kesemua ciptaan tanpa pengecualian dibawah kekuasaan (Khalifah) Kita yg diberi oleh Allah swt.

25/10/20 08.52 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Rasa kasih Sayang untuk kesemua ciptaan Allah swt kalau dikaji  didapati, ini lebih kepada Ahli-ahli Sufi kerana Mata mereka udah tajam, Allah swt udah menyingkap tutup yg menetupi Mata mereka (Qaf (50):22).

Sifat kekarasan (violence) mereka Allah swt gantikan dengan Sifat Kasih Sayang seperti yg dapat di dalam firmanNya bahawa Allah swt akan menanamkan Sifat Kasih Sayang kedalam hati orang-orang yg takwa (Maryam (19):96)

Justeru ramai kalian sebagai Ahli Sufi mengalami peristiwa-peristiwa berkesinambungan dengan ciptaan-ciptaan Allah swt.

Alhamdullilah, syukur kepada Allah swt menganugerah Kita Sifat sensitif ini iaitu Sifat Berkasih Sayang.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *