RINGKASAN 3

Sepatutnya kita dapat mencungkil ilmu, pelajaran dan manfaat-manfaat lain yang terdapat dalam sesuatu genjotan yang datang daripada Qadha dan Qadar namun ini tidak berlaku kerana para ulama kita berpandangan tertutup daripada terbuka.Justeru itu, mereka tidak mengadakan pengkajian mendalam berhubungkait dengan bencana alam (Tsunami, gempa bumi, letupan gunung berapi, taufan dan lain-lain) yang berlaku di seluruh dunia dan bagaimana dapat kita mencegahnya daripada berlaku. Disebaliknya mereka dengan senang mempersalahkan umat Islam bahawa bencana ini berlaku kerana keimanan umat Islam yang sangat lemah dan kerana maksiat berleluasa. Mereka kemudian memperketatkan lagi Syariat Islam yang sudah sedia ketat dan dengan itu umat Islam menderita. Pada waktu yang sama, mereka menyalahkan serta menunding jari ke negara-negara Barat (Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya) yang pada pandangan mereka adalah unsur kesemua maksiat di dunia ini.[1] Dengan itu, ada tercatat dalam Sejarah Islam pembakaran basikal [2], kemusnahan jam bandar [3], rangkaian telefon diranapkan [4], larangan mengunakan pakaian barat [5], larangan membuat senjata serupa Negara-negara Barat[6], penolakan pendidikan sekular [7] dan lain-lain perkara yang ada hubungkait dengan Kebaratan. Sesiapa pun yang tidak patuh pada fatwa ataupun ketetapan mereka akan dihapuskan tanpa pengecualian. Maka Sultan Salim III (Kerajaan Othmaniyah) telah dibunuh kerana mahu membuat senjata ala Barat apabila mereka melarangnya[8] dan utusan Raja Abdul Aziz dibelasah dengan teruk kerana naiki basikal yang kononnya dalam pandangan mereka adalah kenderaan Syaitan[9]. Hampir-hampir mereka membakar Stesyen Radio kalau tidak kerana penyiaran pembacaan Quran di Stesyen Radio itu kerana pada pandangan mereka tidak mungkin Syaitan ( yang menguasai Stesyen Radio itu) membaca Quran [10]. Wanita juga tidak dibenarkan belajar di Universiti tertua di dunia (Al Azhar ) hingga sampai tahun1956 [11].

Para ulama juga kini tidak lagi kembali kepada Al Quran dan As Sunnah sebagai rujukan utama tetapi hanya bersandar kepada kitab-kitab ulama yang sedia ada (Taqlid). Mereka bertaqlid kepada kitab-kitab yang dikarang oleh imam-imam pilihan mereka[12] natijahnya ialah tertubuhnya mazhab seperti Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki. Sesudah itu mereka menjadi tasub dan sangat fanatik kepada mahzab mereka masing-masing. Dengan ini tercetuslah peperangan di antara mereka yang mengorbankan banyak nyawa, harta-benda, infrastruktur dan lain-lain [13]. Di samping itu juga perbezaan pendapat (khilafiah) di antara mazhab membingungkan umat Islam seperti kedudukkan anjing sebagai haiwan peliharaan, jus anggur sebagai minuman, kaedah rujuk, pemeliharaan janggut, pengunaan jilbab dan lain-lain lagi.

Para ulama dalam usaha mereka untuk memisahkan dunia Islam dengan dunia Barat telah begitu terbawa-bawa dalam usaha mereka itu sehingga mereka menutup pintu ijtihad. Dengan ini, tiada perkara baru yang tidak terdapat dalam kitab-kitab 4 mahzab (Syafie, Hanafi, Hambali dan Maliki) dapat bertempat.[14] Justeru itu semua idea-idea, barangan, ilmu dan lain-lain lagi yang baru terutama yang berbau keberatan ditolak. [15] Ini sungguh-sungguh merugikan umat Islam kerana dengan pintu Ijtihad ditutup perkembangan mental umat Islam menjadi mundur [16] Lebih-lebih lagi jika perkembangan itu berkait dengan dunia Barat.[17]

Sesudah itu, muncul pula Muhammad Abdul Wahhab yang tidak menyenangi tempat-tempat suci seperti keramat-keramat. Maka dimusnahkannya ke semua tempat-tempat ini termasuk monumen-monumen Islam yang bersejarah. [18] Dengan demikian peninggalan sejarah Islam banyak terhapus dan hanya sedikit yang terselamat.

Sebelum timbul Tariqat di akhir abad ketiga Hijrah, ulama Syariah sangat menghormati ahli-ahli Tasawuf yang awal. [19] Namun setelah timbulnya Tariqat berserta pembaruan-pembaruan yang mereka ada-adakan, ulama Syariah mulai mencurigai Tasawuf. [20] Bahkan Imam Syafii [21] dan Imam Hanbal [22] dengan lantang mengutuk mereka ini. Natijahnya, ulama Syariah mengenepikan Tasawuf [23] dan memberi sepenuh perhatian kepada Syariah. Kerana perhatian yang diberi adalah inklusif (tertutup) maka Syariah menjadi ritualistik.[24] Dengan ini, terdapat jurang di antara Syariah dan Tasawuf. Namun Imam Ghazali semasa hayatnya dapat menyatukan jurang ini[25] tetapi setelah ia meninggal dunia jurang antara mereka timbul semula sehingga ke hari ini. [26] Imam Malik sangat prihatin dan susah hati tentang jurang ini. [27] Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani menyeru supaya ada kesepakatan di antara Syariah dan Tasawuf. [28] Baginya, Syariah ialah fakta luaran sedangkan Tasawuf adalah fakta dalaman yang harus digabungkan jika umat Islam ingin menjadi makmur dan berjaya.[29] Sayangnya, jurang ini masih wujud pada hari ini dan kami berharap melalui penulisan kami ini, umat Islam akan menjadi lebih berhikmah dan membuat perubahan yang diperlukan untuk menghapuskan jurang ini.. Sehubungan dengan ini, Hamka ada berkata bahawa sekiranya jurang ini tidak dapat dihapuskan keimanan umat Islam di hari muka akan bertambah lemah lagi. [30]

Ada juga Ulama yang pro-kerajaan dan akan melakukan apa sahaja supaya kedudukan mereka terjamin. Ada juga ulama yang tasub kepada sebuah parti politik serta senang mengeluarkan fatwa dan pendapat yang membantu partinya dan membendung atau mengecewakan parti politik yang lain sekalipun fatwa ataupun pendapat mereka itu bertentangan dengan hukum Islam, kepentingan Islam dan kepentingan umat Islam. Bahkan mereka berani mengkafirkan mereka yang tidak sealiran pendapat dengan mereka. Sesudah itu mereka dan pengikut mereka akan menolak kepimpinan ulama yang yang tidak bersama kem ataupun parti dengan mereka serta akan mengasingkan ulama-ulama ini dalam setiap pertemuan, agama (walaupun dalam menjalankan shalat) atau sebaliknya.

Ada juga ulama tidak boleh terima orang-orang baru atau idea-idea baru atau pendekatan yang baru selagi perkara ini tidak datang daripada mereka ataupun daripada pejabat mereka. Sehubungan dengan ini, mereka akan mewujudkan peraturan-peraturan yang menjadi penghalang kemajuan Ummah seperti semua guru agama mesti berdaftar dengan mereka, nota kuliah atau teks-teks syarahan mesti diluluskan oleh mereka dan pandangan ataupun pendapat yang akan diutarakan tidak boleh bertentangan dengan pandangan dan pendapat mereka. Dengan ini ahli agama yang berada di kem-kem politik yang lain atau mereka yang dilihat sebagai radikal atau tidak patuh kepada mereka atau dilihat sebagai sudah seleweng akan ditolak permohonan mereka untuk mendaftarkan diri untuk menjadi guru atau pensyarah agama. Mereka yang terdaftar di dalam buku daftaran guru-guru atau pensyarah agama itu kebanyakan adalah kroni-kroni dan penyokong mereka yang mana pendapat dan kefahaman keagamaan setengah-setengah mereka amat dicurigai. Dengan cara ini, perkembangan umat Islam terhambat dan mundur.

Kemudian ada juga ulama yang meluluskan fatwa ataupun pendapat untuk memperkayakan diri mereka sendiri. Mereka mengistilahkan “Hadiah” dengan secara luas supaya merangkumi pemberian yang tidak diminta. Justeru itu, rasuah yang tidak diminta tetapi di beri ditetapkan sebagai Hadiah. Bila keputusan ini diterima ramai, rasuah berleluasa; bermulai dari peringkat atasan hingga keperingkat bawahan. Dengan ini, membasmi rasuah adalah satu tugasan yang sukar dijayakan. Malahan mereka yang diberi tugas untuk membasmi rasuah mendapati pekerjaan mereka tidak mendatangkan kebahagian bahkan kehidupan mereka dan orang-orang yang terdekat dengan mereka serta harta-harta mereka terancam.

Di kebanyakan negara Islam, mata pelajaran utama yang diajarkan di madrasah-madrasah adalah mata pelajaran agama. Mata pelajaran sekular bahkan pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa ke 2 tidak diberi galakan. Selain itu, Madrasah akan melakukan yang terbaik untuk melindungi pelajar-pelajar mereka daripada terdedah kepada dunia Barat. Apa yang ditekankan kepada pelajar-pelajar madrasah dari hari pertama adalah dunia Barat adalah sonsang serta menjadi unsur kesemua maksiat dan mesti dihindari sebaik mungkin. Dengan ini, pelajar Madrasah membesar dengan keyakinan merekalah bakal ahli syurga dan memandang pada orang lain yang sekongkol dengan dunia Barat dan yang bukan daripada Madrasah sebagai kemungkinan ahli neraka. Mereka juga mudah terpegaruh dengan pidato dan kata-kata yang beremosi ataupun yang merangsangkan terutama daripada guru ataupun ulama agama yang mereka puja. Jika secara kebetulan ulama ataupun guru agama ini cenderung pada keganasan maka tidak perlu kita melihat jauh di manakah pusat merekrut penganas. Mata pelajaran yang diajar di Madrasah-madrasah lebih menekan kepada ukrawi dengan itu tidak menarik dan memikat Syarikat-syarikat, Koporat-koporat dan Pengusaha-pengusaha tempatan ataupun antarabangsa sama ada awam ataupun swasta oleh kerana itulah, banyak daripada kelulusan Madrasah akan menganggur. Ini secara tidak langsung menyuburkan lagi pusat merekrut penganas-penganas. Kata-kata yang menjanjikan kemasukan ke syurga dan kemusnahan Dunia Barat menghasilkan pembunuh nekat. Mereka yang tidak sependapat dengannya akan dibunuh walaupun mangsa itu juga seorang ulama muktabar.

Bagaimana keadaan ini boleh diperbetulkan? Satu hal yang pasti, selama ada peperangan yang melibatkan askar-askar Barat di dalam negara-negara Islam, keadaan seperti yang disebutkan tadi tidak akan terhapus. Begitu juga, selagi permusuhan antara Israel dan Palestin tidak diselesaikan maka dendam kaum muslimin, khususnya di negara-negara sekitarnya, tidak akan reda.

Maka jelaslah, untuk memperbaiki keadaan yang telah disebutkan tadi, dunia perlu meniadakan permusuhan atau peperangan. Untuk melakukannya, semua Negara Islam (jika perlu, dengan bantuan Majlis Negara Negara Islam [OIC]), harus terlebih dahulu meletakkan senjata dan menyalurkan wang yang dibelanjakan untuk persenjataan kepada pembinaan fasarana seperti pembinaan Sekolah rendah, Sekolah menengah, Maktab dan Universiti, pembinaan Klinik-Klinik dan Rumah Sakit, pembinaan jalanraya, kemudahan awam dan lain-lain lagi yang dapat membantu perkembangan dan pembangunan Negara.. Sistem Pendidikan yang dilaksanakan mestilah sealiran dengan aliran Pendidikan seDunia sekarang (Dunia Islam Tak terkecuali), Sistem Penguatkuasaan Undang-undang mestilah stabil dan bebas daripada rasuah, Sistem Cukai mestilah adil dan menarik bagi pelabur, Jabatan-jabatan yang mengendalikan atau mengurus perkhidmatan dan pembangunan awam mesti boleh diharapkan serta bertanggung jawab, pilihlah orang yang berwibawa menguruskan Negara jika perlu berilah ganjaran sejajar dengan kewibaan mereka, Jabatan Perkhidmatan Awam mestilah berjalan dengan lancar, adil lagi saksama, keperluan masyarakat miskin janganlah diabaikan dan mempertingkatkanlah perhubungan Perdagangan dan Antarabangsa.

Pada masa kini Negara-negara Islam yang diporak perandakan oleh perperangan, umatnya telah cukup menderita. Makanan tiada di atas meja, tiada tempat perlindungan, tidak bersekolah, tiada klinik dan rumah sakit untuk merawat yang sakit dan yang cedera, ratapan tiada henti kerana kehilangan orang yang dicintai, penyakit menular, tiada bekalan air, tiada pekerjaan, tiada wang, persekitaran yang kotor dan berbahaya, kadar kematian bayi yang tinggi. Semua ini adalah satu gambaran yang menyedihkan.

Justeru itu, letakkanlah senjata. Mulakan pembangunan negara sekaligus mengembalikan senyuman, makanan di atas meja, kanak-kanak pergi ke sekolah sampai ke pengajian tinggi, pekerjaan dan gaji yang mengalakkan, hasil dalam negeri untuk kerajaan menyediakan keperluan asas yang baik, kesekitaran yang selamat lagi bersih dan kesihatan yang bertambah baiknya. Setelah mengharungi kesulitan yang jerih, perubahan-perubahan ini adalah satu nikmat daripada Allah. Akhirnya, tidak ada lagi pusat merekrut pengganas.

Dengan pintu kesajagatan (globalisasi) terbuka luas, pendidikan dan lapangan kerja di negara-negara lain juga terbuka kepada umat Islam. Selain itu, perdagangan, pelaburan, perniagaan, kewangan dan lain-lain khidmat daripada Negara-negara dunia juga terbuka secara meluas kepada negara-negara Islam yang dapat membantu mereka dalam pembangunan dan kemajuan mereka.

Perkembangan dan kemajuan di Negara Islam mestilah seiring dengan perkembangan dan kemajuan dunia supaya ada kesatuan. Dengan kesatuan ini, Dunia boleh maju kehadapan iaitu menundukkan Angkasa Lepas di mana terdapat kekayaan, kemewahan, yang berlimpah-luah dan planet-planet ala bumi yang tidak terkiranya banyaknya untuk diambil oleh setiap Negara di bumi kita ini tanpa perlu berperang atau bermusuhan. Mereka hanya perlu memilih satu daripada bumi-bumi yang ada itu untuk menjadikan negera berdaulat mereka. Apabila ini terlaksana maka manusia akan sedar bagaimana bodohnya mereka yang sanggup bunuh membunuh di antara kita untuk secebis tanah yang kecil di bumi kita ini.


Bibliografi

[1] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 266 (1996).
[2] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 297 (1996).
[3] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 300 (1996).
[4] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 299 (1996).
[5] Id, 266.
[6] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 298 (1996).
[7] Id, 320.
[8] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 298 (1996).
[9] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 299 (1996).
[10] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 300 (1996).
[11] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 300 (1996).
[12] Taha Jabiral Alwani, Op cit, 122.
[13] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 300 (1996).
[14] Ibid.
[15] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 262 (1966).
[16] Taha Jabiral Alwani, Etika Perbezaan Pendapat Dalam Islam, 121 (1993).
[17] Ahmad Shalaby, Masharakat Islam, 320 (1966).
[18] Ibid.
[19] Muhammad Abdul Rauf, op cit, 77.
[20] Muhammad Abdul Rauf, The Muslim Mind, 76 (1994.).
[21] Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq, Penyimpangan Penyimpangan Tasawuf, 29 (2001).
[22] Syeikh Abdul Rahman Abdul Khaliq, Penyimpangan Penyimpangan Tasawuf, 30 (2001).
[23] Muhammad Abdul Rauf, Op cit, 118.
[24] Saleh Ahmad Al-Syami, Perjuangan Menegak Al Ghazali Menghapuskan Kebenaran & Kebatilan, 168 (2001).
[25] Id, 169.
[26] Syed Sabiq, Unsur-unsur Kekuatan Dalam Islam, 113 (1978). Dia bahkan menyapa mereka sebagai “Dajjals”.
[27] Sulaiman Hj Mohd Yasin, Mengenal Ilmu taswuf 2, 55 (1992).
[28] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Sirrur Asrar, 17 (1997).
[29] Ibid.
[30] Hamka, Lembaga Hidup, 313 (2001).

—–

artikel dikutip dari gnosticman.org

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *