Q&A: TANGGA LANJUTAN SELEPAS NAFI ISBAT

Mohd Zainothman: Maaf ustaz di sinilah kekeliruan saya, yaitu, kalau yang Zahir dan Batin itu adalah Dia (DzatNya) apakah yang zahir ( sifat) itu perlu kita nafikan atau binasakan sebelum kita isbatkan DzatNya.

Atau apakah sifat yang zahir kelihatan yang tidak mempunyai kebatinan itu sahaja yang perlu kita nafikan; tetapi ini pasti tidak mungkin kerana Dzat dan Sifat tidak bercerai

Bagaimana yang benar nya ustaz agar dapat saya ikuti. Terima kasih.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apa yang kita nafikan adalah rupa atau sifat, apa yang kita isbatkan adalah isi atau unsur yang mengambil rupa itu. Makna jangan lihat pada rupa tetapi pada isinya kerana rupa itu sebenarnya isi yang berupa.

Gambar ilustrasi dari Pixabay.com

Contoh, lihat pada blangah di atas ini. Kalau lihat dari segi isi ia adalah lumpur namun kalau lihat dari segi rupa ia juga adalah lumpur tetapi dalam bentuk blangah. Kerana itu Allah swt berfirman kalau kamu dari batin itu DzatKu namun kalau kamu lihat dari zahir, itu pun DzatKu dalam bentuk ciptaan. Harap setakat ini kalian udah faham.

Nah, kalau kalian udah faham Yang Zahir dan Batin ciptaan adalah DzatNya. Perlu apa lagi mahu nafi & isbat?

Maka apa yang perlu di buat : i. Ada mata lihat, ii. Ada telinga dengar, iii. Ada mulut diam, iv Tepuk tangan v. Make don’t know (buat tak tahu) vi. Masuk Pintu Belakang dan vii ROC Brother. Sekarang kalian ( dan pak Zain) ada masalah lagi. Nafi dan Isbat adalah bagi mereka yg belum tahu.

kalau kamu lihat dari batin

Anak – Ayah lihat burung itu cantik berwarni-warni!
Ayah – (Lihat dan diam)
Anak – Ayah sedapnya siulan burung itu!
Ayah – (Dengar dan) diam)
Anak – Heh, pandai ia menari ayah.
Ayah – (Diam)
Anak – Kenapa Ayah diam? Tidak kah Ayah melihat kecantikan, kesedapan suilan dan tarian burung itu.
Ayah – Ayah hanya melihat Pak Dalang sahaja anakku!


Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila kalian udah bisa nafi & isbat maka di sudut pandangan kalian yang wujud hanya Dzat (Hakikat). Seperti melihat Lautan tanpa ketulan-ketulan ais.

Bagi yang ngak [belum] mantap lagi maka mereka melihat Dzat bukan keseluruhannya tetapi seperti melihat Lautan dalam ketulan-ketulan ais yang banyak iaitu melihat Lautan dalam batasan Sifat ketulan-ketulan ais yg banyak.

Justeru itu, bagi yang belum mantap, mereka melihat Dzat bertempat-tempat iaitu melihat Dzat disebalik setiap ciptaan bukan keseluruhannya.

Kerana tidak dapat melihat Dzat keselurannya tetapi disebalik ciptaan justeru timbul pertanyaan:

1. Kenapa Dia masukkan DzatNya dalam neraka?

2. Kenapa Dzat membunuh atau melakukan perkara-perkara jenayah?

3. Kenapa Dzat berzina?

Maka anakku apabila kamu udah bisa nafi & isbat, jangan keluar masuk lagi, faham!


Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, maka perlulah kamu prihatin, janganlah memandang Dzat berbahagi-bahagi iaitu di sebalik semua ciptaan. Hendaklah memandang Dzat secara menyeluruh iaitu tidak lagi nafi & isbat. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa semua binasa yang tinggal DzatKu.

Sesudah itu sesuai pula dengan firmanNya bahawa di mana kamu memandang di situ DzatKu (WajahKu) ada.

Namun anakku, ada satu tangga lagi di atas ini. Contoh, selagi ada seketul Ais maka keseluruhan Lautan masih belum sempurna.

Anakku, kamulah seketul Ais itu.

Maka apabila seketul Ais dihapuskan barulah yang tinggal keseluruhan Lautan. Sesuai dengan kata-kata Imam Ghazali bahawa apabila kamu mengenali Tuhan mu dan mengenali diri mu maka kamu tidak wujud.

Apabila tingkat ini kamu fahami maka diamlah anakku kerana kalau kamu tahu kamu tidak wujud buat apa bertanya.

Anakku, apabila udah tiada lagi nafi & isbat maka hilanglah “Yang Zahir dan Yang Batin” yang tinggal hanya “DzatKu”.

Justeru fahamlah kalian bahawa di sebalik rupa “Badut” (Clown) itu adalah seniman yang bernama “Dzat”. Seniman ini yg taat berlakon mengikut skrip dari Awal hingga ke Akhir.

Skrip ini juga dipanggil “Takdir” dan ia sempurna tidak perlu ubahsuai. Sesuai dengan firmanNya bahawa tiada apapun dilupakanNya dan kerana itu skrip itu sempurna, teguh dan tiada akan ada perubahan.

Maka ditanya oleh para sahabat kpd Rasulullah saw bahawa kalau skrip itu sempurna maka tidak perlu kita berbuat apa-apa serta pasrah sahaja. Rasulullah saw menjawab supaya jangan berbuat begitu, hendaklah hidup macam biasa (beramal) kerana itu pun Takdir.

Dari sabda Rasulullah saw dibl atas ini, kita bisa membuat rumusan:
1. Jangan pasrah sahaja.
2. Beramal iaitu berusaha atau hidup macam biasa. Contoh, kalau lapar maka makanlah; kalau haus maka minumlah; kalau sakit berjumpa doktor; kalau rindu ustaz, hantar durian dan nasi briyani lah.😜😂
3. Apa jua keputusan kalian, semua itu adalah juga Takdir.

Di sini kalian lihat contoh Nabi Yusuf as. Dia meramalkan bahawa negara mereka akan mengalami 7 tahun menuai. Nah, ini udah pasti berlaku maka adakan rakyat mereka berpeluh tubuh (pasrah sahaja).
Tidak, mereka berusaha (beramallah).
Akhirnya mereka berjaya mendapatkan 7 tahun penuaian.

Semua itu adalah Takdir.

Contoh lagi, seorang yg sedang lapar, di taruh sepingan nasi dihadapannya. Di sini rezki udah pasti.

Dia bisa pasrah menunggu orang menyuapnya atau menggunakan tangannya menyuap mulutnya. Di sini dia mesti membuat keputusan sama ada pasrah atau beramal (berusaha).Di sini, apa jua keputusan sama ada menunggu orang menyuapkannya atau menyuap sendiri adalah Takdir.

Anakku, walaupun semua udah ditakdirkan namun ikutlah nasihat Rasulullah saw supaya berusaha.

Tetapi anakku, mesti diingat bahawa apa jua keputusan yg dibuat sama ada berusaha atau pasrah, itu juga udah ditetapkan dalam Takdir.

Takdir itulah rukun Iman ke 6. Rasulullah saw bersabda bahawa:

1. Seseorang itu belum beriman kalau ngak percaya kpd Takdir dan segala sedeqahnya tertolak.

2. Siapa mengatakan dia bisa merubah Takdir, tempatnya di Neraka.

Harap kesemua anakku mendapat pencerahan, aamin ya Rabbil alamin!


Artikel Terkait:


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. sy kurang dapat membaca kerana tulisan terlalu halus di paparan

    • YAMAS says:

      Salam. apakah tulisan yang terlalu halus itu pada bagian penanya, atau pada bahagian ustadz? nanti admin akan coba mengganti warna tulisan, jika tulisan sulit dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *