Q&A: MENGAPA RAKYAT PALESTINE TERSENYUM MESKI TERLUKA?

[2/19, 10:43 AM] Datin Hjh Gayahsaid: Ustaz.. dari pengalaman anak saya Sani Araby semasa menziarahi sebuah hospital di Gaza, dia sendiri rasa terpegun dgn beberapa org mangsa bom yg dlm keadaan parah dan badan hancur.. dikira x akan hidup lagi hampir mati tapi tiada jeritan maupun meraung kesakitan.. malah mampu mengukir senyan kpd anak saya…ustaz boleh tolong jelaskan situasi ini…

Yg kedua sejarah menceritakan Saidina Ali RA.dipanah bhgian betis ketika solat wajib..beliau meneruskan solat..dan panah itu dicabut semasa beliau bersolat sunat…Subhanallah..adakah khusyuknya semasa solat hingga beliau tidak rasa sakit.. atau beliau betul2 Naik keadaan Tidak Wujud

[2/19, 1:06 PM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Datin. Pengalaman yg menyedihkan dialami oleh rakyat Palestine memang disengajakan oleh pihak zionis kerana mereka berniat untuk menjadikan rakyat Palestine, rakyat yg putus asa (defeated people). Justeru itu mereka tidak akan buat tuntutan lagi keatas tanah-tanah atau daerah atau wilayah mereka yg ambil oleh Israel. Maka di bom bukan sahaja rakyat Palestine juga segala infrastruktur yg diperlukan seperti saluran air, sistem drainage & sewage (longkang dan najis), klinik, hospital, sekolah, masjid-masjid, rumah-rumah, jalan raya dan sebagainya.
Namun apa yg diharapkan si Zionis tidak menjadi kerana walaupun rakyat Palestine menderita hebat tetapi tetap tidak menjadi rakyat yg putus asa.
Kenapa ini boleh berlaku iaitu walaupun menderita hebat rakyat Palestine masih tidak menjadi rakyat yg putus asa lagi bisa tersenyum walaupun dalam kesakitan dan penderitan hidup? Ini adalah kerana bila sedar dunia (UN, USA & OIC) tidak dapat.menolong mereka maka yg tinggal bagi mereka untuk berharap ialah Allah swt.

Maka makin lama mereka menderita makin kuat mereka berpaut kepada Allah swt. Dengan itu Datin, mereka bisa tersenyum dalam penderitaan – mereka ada tali yg kukoh!
Yang kedua, kalau kita bisa naik dan duduk diatas maka lama kelamaan kita rasa kita berada di suatu tempat yg aman damai serta melupai bukan sahaja kita udah duduk berjam lama, tetapi kita sedang duduk bertimpuh. Kita langsung tidak merasa apa-apa kesakitan pada masa itu. Itulah yg dibuat Sayidina Ali (ra) dia NTD (Naik Terus Duduk)dan tak turun.
Selamat mencuba!


 

*) yang dimaksud dengan naik ialah “Dzikrullah”. [Baca Disini]

Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *