Q&A: PERKEMASKAN DIRI UNTUK BERIBADAH LEBIH BAIK

Rio : Assalamualaikum ustadz. Izin bertanya ustadz. Dalam pandangan makrifatullah, apakah makna dari surat Al Hijr :99 ini ustadz?

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّىٰ يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ

dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal). Quran: 15:99-99

Al yaqin, dimaknai sebagai “kematian”, oleh ulama. Betulkah begitu atau sebenarnya ada makna yang tersembunyi ustadz?

Apakah maksudnya beribadah-lah terus sampai ajal menjemput?

Atau maksudnya adalah beribadahlah terus sampai datang Haqqul Yaqin, ustadz? Keyakinan yang bukan lagi bersandar semata-mata ilmu?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Dari sudut syariat, ramai ulama mentafsirkan “yang diyakini” sebagai sehingga datangnya kematian. Maka hendaklah kita beribadah sehingga datangnya kematian. Kerana itu, dikatakan di alam bazakh, tidak ada lagi ibadah.

Dari sudut makrifat ada mentafsirkan teruskan ibadah walaupun kamu tidak mengenaliNya. Dan mengikut Imam Ghazali sesudah kamu mengenaliNya maka perkemaskanlah dirimu untuk beribadah lebik baik atau bagus kepadaNya.
Maka dari sudut makrifat “yang diyakini” bermaksud “Makrifatullah”

Dari sudut pandangan WW sesudah mencapai Baqabillah maka tidak payah lagi menjalankan syariat kerana udah menjadi Tuhan. Maka dari sudut pandangan mereka, “yang diyakini” bermaksud apabila mencapai peringkat kesatuan dengan Allah swt (baqabillah) atau besi panas udah menjadi api tidak berbeza besi dan api. Justeru itu, tertanggallah syariat dari mereka atau tidak payah mereka menjalankan suruhan syariat seperti shalat, puasa dll maklumlah udah jadi tuhan.

Rio : Berarti kita pakai cara pandang nomor dua ya ustadz? Teruskan ibadah meskikita belum paham benar. Dan setelah makrifat, teruskan ibadah dengan lebih baik dan kepahaman yg baru. Begitukah ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Maknanya teruskan ibadah tetapi kali dengan lebih baik kerana udah mengenaliNya (Makrifatullah)

Rio : Terimakasih banyak ustadz atas pencerahannya 🙏🏼

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Darman syah says:

    Terima kasih ustad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *