Q&A: MEMPRAKTIKKAN NAFI DAN ITSBAT

ustadz Hussien Abdul Latiff : Anakku, apabila seseorang ataupun situasi (keadaan) ataupun haiwan ataupun diri kamu sendiri membuat kamu marah maka pakailah “Nafi & Isbat” dan kamu akan melihat Kebenaran lalu ini akan membuat kamu tersenyum lebar lagi bersyukur.

Kebenaran yang kamu lihat adalah Allah swt sedang bergurau denganmu menerusi DzatNya lalu ini membuat kamu berhati senang lagi tersenyum lebar. Justeru kamu terus bersyukur kepadaNya di atas nikmatNya ini iaitu sudi Dia bergurau denganmu, hambaNya yang kerdil ini.

Maka sedarlah kamu akan Kebenaran FirmanNya, “Manakah nikmatKu yang kau nafikan” serta bersyukurlah kamu setinggi-tinggi syukur lalu fahamlah kamu akan firmanNya bahawa: 1. Tiadalah Dia berbuat sesuatu itu sia-sia. 2. Tiadalah Dia menzalimi hambanya. Maka kamu akan bermohon semoga Allah swt mencatatkan kamu dalam golongan yang menyaksikan akan Keagungan dan KebenaranNya ini.

Dengan ini, bertitislah air mata mu jatuh ke pipimu. Semoga anakku kamu mengambil iktibar akan nasihat ayah ini. Ini akan membuat mereka yg sekeliling kamu bingung kerana kamu tersenyum (gelak) apabila mahu marah dan kadangkali diikuti dengan titisan air mata kegembiraan.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *