Q&A: MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH

Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Ayah, bagaimana pula dengan fikiran? Selalu saya dengar, “Ini hasil dari buah fikiranku!”

Ayah: Anakku, fikiran juga kepunyaan Allah swt. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa semua di langit dan bumi dan  di antaranya adalahl kepunyaanNya.

Anak: Oh begitu ya Ayah! Ini bererti fikiran itu juga adalah ciptaan kepunyaan Allah swt.

Ayah: Benar anakku. Kerana itu kita tidak boleh berkata,”Aku berfikir” itu menunjukkan kita boleh mencipta. Bukan sahaja itu, ini juga boleh bermaksud seolah-olah kita ada kuasa tersendiri untuk berfikir. Berkata, Aku berfikir” atau “Ini hasil dari fikiranku” juga bererti LM tidak sempurna.

Anak: Oh.. Sampai begitu, ya Ayah!

Ayah: Juga bererti rencana Allah swt tidak teguh dan bisa diubahsuai dengan buah fikiran seseorang!

Rio: Ustadz. Saya ingat ustadz mengatakan bahwa “perasaan” harus tunduk pada kita. Karena kita adalah “khalifah” Berarti yang sebenarnya khalifah itu adalah “hati”-nya ustadz?
“Yg mengerti, melihat, dan mendengar itu” yang khalifah.
Selain itu, sama ada perasaan, jasad, fikiran yang datang, semua adalah tunduk dibawah khalifahnya.

Begitukah ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Rio sahabatku, perasaan dan sebagainya termasuk diri kita adalah ciptaan Allah swt. Di antara ciptaan-ciptaan semua yg di langit & di bumi, Allah swt melantik manusia menjadi Khalifah (Ketua) atas kesemua ciptaanNya itu. Kerana kita ketua di atas semua ciptaan maka mereka mesti tunduk kepada kita.
Itu maksudnya, Rio.

Taufiqurrahman: فكشفنا عنك غطاءك فبصرك اليوم حديد 😭😭

Rio : Terimakasih ustadz 🙏🏼

Bayu Teguh Prakoso: Ustadz , apa yg menyebabkan manusia begitu istimewa sehingga diletaknya manusia khalifah / ketua diantara semua ciptaanNya ? Termasuk malaikat kah? 🙏🏽

Ustadz Hussien Abd Latiff: Bayu, kerana beban yg berat yang diamanahkan kepada langit, bumi dan gunung semua menolak tetapi kita menerima.

Bayu Teguh Prakoso: Apa yg menyebabkan manusia menerima amanah atau beban tsb ustads?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Bayu, itulah jalan cerita drama Ilahi yang ada awal dan akhir. Kerana itu iblis boleh bertanya sebelum aku jadi iblis siapa goda aku supaya tidak sujud kpd Adam.
Kalau mahu lebih tahu dengar syarahan ustaz berkenaan Loh Mahfuz.

Bayu Teguh Prakoso: Terima kasih, Dalam pemahaman sebelumnya (tasawuf), apakah benar ustadz bahwa manusia itu sebagai penyempurna atau jalan / media penyempurnaan bagi mahluk ciptaan yg lain yg menghubungkan antara mahluk/hamba dgn Tuhannya?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Bayu, Tasawuf adalah satu bidang ilmu yg di akhir perjalanannya insya-Allah yg mengikutnya akan dapat mencapai makrifatullah.

Tasawuf ialah ilmu yg mengajar manusia mengenal Allah swt.

Yg pertama mengajar Tasawuf ialah Allah swt. Lihat ayat Al Araaf (7):172, “Bukankah Aku, Tuhanmu!” kpd semua jiwa di alam roh.

Setiap Nabi juga mengajar tasawuf mengenalkan umat mereka kpd Allah, Tuhan yg tunggal.
Kita juga boleh mentelaah Tasawuf Nabi Isa as dalam kitab Gospel of Barnabas.
Dalam sirah Islam ada rekod menunjukkan ada ahli sufi tawaf sekeliling kaabah sebelum adanya Islam (Pra Islam).

Juga seramai 300 ahli-ahli sufi turun dari lembah dan gunung pergi ke Madinah serta memeluk agama Islam di tangan Rasulullah saw.

Abu Hurairah ada mencerita bahawa dia tidak bisa menceritakan apa yg udah diajar Rasulullah saw kpd nya kalau tidak mahu lehernya dipenggal. Inilah ilmu Tasawuf.
Inilah yg diajar dan dilanjutkan oleh kami di dalam Tasawuf Jalan Nabi-Nabi.

Justeru itu Bayu, ngak ada fahaman sebelum Tasawuf. Kerana itu dikatakan, “Awaluddin Makrifatullah”

Manusia bukan menyempurnakan atau menghubungkan makhluk lain dengan Allah. Kerana Allah swt ada berfirman bahawa setiap ciptaan bertasbih kpd Allah swt dengan secara mereka tersendiri. Serta mereka tidak dihisab seperti manusia terkecuali nabi-nabi.

Bayu Teguh Prakoso: Terima kasih ustadz🙏🏽

Noriah M Ali: Ustaz, boleh bagi rujukan  pengakuan Abu Hurairah 👆utk direkodkan. Jzkk. Dalam syarahan Makrifatullah asas no 1, tidak dinyatakan rujukan

Ustadz Hussien Abd Latiff: Cuba dalam buku-buku ustaz  insya-Allah ada rujukan.

Noriah M Ali: 👌 InsyaAllah ketemu

Ustadz Hussien Abd Latiff: Noriah, Abu Hurairah hanya mengatakan dia tidak boleh menceritakan ilmu ini kalau tidak mahunya lehernya dipenggal. Dia tidak kata ini-lah ilmu Tasawuf. Saya yg menekan ini ilmu Tasawuf kerana ahli-ahli Tarikat mengatakan inilah Tarikat. Ini tidak mungkin kerana Tarikat timbul 300 tahun selepas Hijriah di mana masa itu para sahabat udah tiada. Ilmu Tasawuf udah ada dalam zaman pra Islam dan di zaman Rasulullah saw.

Noriah M Ali: Alhamdulillah saya faham maksud ustaz sebegitu. Cuma mahu direkodkan sbg nota kaki sumber rujukan akan kata2 Abu Hurairah itu.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Salam buat seorang utusan yang the handsome one, moga allah memuliakan mu. Selama ini saya telah maklum tentang peranan sebagai khalifah, alhamdulillah.. cuma pada sudut pandangan saya sebelum ini saya hanya tahu dimana peranan khalifah itu merujuk kepada titlenya untuk menjadi pemimpin dibumi ini, dalil yang disandarkan:

    Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kalian ketahui.” (QS. Al-Baqarah: 30)

    Manusia sebagai khalifah ialah pokok pangkal utama dimana keingkaran sang iblis untuk sujud telah menjadi satu titik point bagi sandiwara yang berlaku dengan kita pada ketika ini. Walaupun pada pemahaman saya, bersandarkan dalil tersebut tidak dinyatakan title khalifah itu merangkumi semua ciptaan termasuk malaikat dan kaum jin, apabila titik point itu berlaku manusia itu seakan telah mendapat satu tugas tambahan didalam peranannya sebagai khalifah untuk membawa kaum jin (iblis,syaitan,minah rock dan sekutunya) untuk kembali mentauhidkan Allah. Itu boleh dianggap sebagai sekadar pandangan peribadi namun keperluan kepada hujah dan penjelasan lain yang mungkin amat dititikberatkan.

    Mohon ustaz kongsikan sesuatu yang telah meyakinkan ustaz untuk disandarkan sebagai rangkuman title khalifah untuk umat manusia. Insyallah..

    • YAMAS says:

      Ustadz Hussien Abd Latiff : 1. Fahamkan Syarahan IQRA insya-Allah tidak akan bermasalah kalau benar-benar faham.

      2. Kalau kita benar-benar menyembah Allah swt dan yakin dengan haqqul yakin Dia Maha Bijaksana maka yakinkah kita bahawa:

      i. Pada satu hari sebelum.kiamat semua jin dan manusia akan menyembahNya sesuai dengan firmanNya bahawa tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya.

      Kalau ini tidak terjadi maka firmanNya ini menunjukkan Dia adalah Tuhan yg lemah dan tidak boleh dipercayai.

      Kalau memang terjadi semua jin dan manusia akan beriman kepadaNya sebelum kiamat, maka siapa yang akan berdakwah kepada jin yg ramainya 9 (mereka ):1 ( kita)di angkasa lepas (yg menyembah taghut) untuk mengembalikan mereka beriman kepada Allah swt dan menyembahNya. Kerana Nabi yg terakhir ialah Rasulullah saw.

      2. Pada satu hari sebelum kiamat, bumi akan menjadi bumi Islam sesuai dengan firmanNya bahawa Dia udah sempurnakan agama Islam serta Dia hanya redha Islam agama (sebagai agama kita) di sisiNya.

      Maka kembali kepada soal pokok, siapa akan bawa jin kembali kepada agama Islam memandangkan Rasulullah saw adalah Nabi terakhir?

      (Jawapan yg lain ada dalam.syarahan Iqra)

      3. Kedudukan Arif-Billah:

      i. Syeikh Abdul Qadir Al Jilani:

      Hati mereka gedung ilmu Allah dan dilapangkan untuk.menerima rahsia-rahsia ilmu-ilmu yg tinggi.

      Allah memimpin dan menghiaskan mereka dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalah hijab yg melindunginya dari rahsia-rahsia Allah yang Maha Agung.

      Ilmu yang pelik-pelik akan dapat diketahuinya dengan kurniaan Allah jua

      Mereka sentiasa mendapat taufik dan hidayah dari Allah yang Maha Agung.

      ( Semua dari IQRA 9)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *