Q&A: PENGALAMAN RUHANI: GELOMBANG DI ULU HATI

[3/10, 10:56 AM] Rio : Ustadz. Kadangkali ada macam gelombang di dada. Semacam rasa keharuan. Lalu biasanya minda terasa gampang naik dan selalu di atas.

Tetapi tidak selalu. Datangnya kadang-kadang.

Gelombang apa itu ustadz?

Datangnya bersama kesejukan di ulu hati

[3/10, 10:59 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Rio jangan gunakan tenaga dalaman mungkin kamu pernah mempelajari sesuatu sebelum ilmu ini.

[3/10, 11:10 AM] Rio : Oh itu tenaga ya ustadz?
Bagaimana supaya tidak ada tenaga itu ustadz? Sebelum ini pernah belajar beladiri saja.

Kungfu ustadz. Tapi tak ada amalan. Hanya latihan fisik.

Dulu sebelumnya ikut belajar seperti pak Deka ustadz. Dan belajar istighfar (jawa).

Mohon arahan ustadz apa yg sebaiknya dilakukan agar tidak muncul tenaga dalaman seperti itu 🙏🏼

[3/10, 11:58 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Ayahku, bagaimana impak dari Naik ini.

Ayah: Anakku, tadi ayah udah terangkan Naik itu ialah menumpukan segala perhatian (bukan tenaga) dari lantai satu (di bawah minda) ke lantai dua (minda). Contoh impaknya: Satu hari Ayah ngak ada lagi. Maka kamu terasa sunyi lalu minda kamu teringat-ingat Ayah, masa teringat Ayah, kamu teringat masa-masa kemesraan kita bersama sebelum peninggalan Ayah, maka nangislah kamu dan setiap kali kamu ingat Ayah dan teringat kemesraan kita bersama maka nangislah kamu selalu.

Begitu juga apabila kamu menumpukan semua perhatian untuk mengingati Allah swt dalam minda kamu maka ada ketika Dia ingatkan kamu tentang Kebesaran atau KewujudanNya, maka nangislah kamu (seperti Mono). Setiapkali kamu ingat Allah dan setiap itu Dia ingatkan kamu Kebesaran atau kewujudanNya maka nangislah kamu selalu.

[3/10, 11:59 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Harap di atas dapat menjawab kemuskilan Rio

[3/10, 12:02 PM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Kenapa setiapkali apabila ingat Allah swt dan Dia ingatkan kita Kebesaran atau KewujudanNya kita nangis, Ayahku?
Ayah: Itulah parut yang berdarah semula.

[3/10, 12:37 PM] Ifrikiya Gibran: makasih banyaaak Ustadz😭😭😭

[3/10, 12:46 PM] Rio : Terimakasih Ustadz. Perumpamaan yang terang

[3/10, 12:46 PM] Rio : 🙏🏼

[3/10, 12:50 PM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Ayah, adakah ingatan itu parut?

Ayah: Bukan anakku. Parut itu ialah rasa yang terbit dari ingatan itu. Seperti kamu meRASA sedih teringatkan kemesraan kita dahulu. Juga seorang anak boleh menangis kerana meRASAkan ketakutan mengingat Ayahnya yg garang.

Maka rasa yg di alami itu yang tidak dapat dilupakan ibarat parut, yg akan berdarah semula setiap terimbas kenangan lama.


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *