Q&A: LARANGAN MENGUMPAMAKAN DZAT

[2/16, 4:37 PM] Shaiful M: Assalamualaikum ustaz dan sahabat2 semua. Ada soalan ustaz. Mohon maaf terlebih dahulu sekiranya soalan ini out-of-line. Seringkali kita mengatakan “Zat yg Sedikit itu adalah sebahagian dari diriNya, lebih kecil dari sebutir pasir”. Bukankah itu seakan “mengumpamakan” diri Nya kerana Zat yg Sedikit? Dan kita tidak boleh menyerupakan atau mengumpamakan Allah, apatah lagi memahami diri Nya.

[2/16, 5:04 PM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Mengumpama ialah merupakan ataupun membayangkan. Tiada siapa boleh buat begitu kerana tiada siapa dapat melihat Dzat kalau tidak pasti binasa. Sampai sekarang tiada siapa yg dapat memahami Dzat.
Kristian kaji dzat dan akhirnya termasuk dalam konsep Tritunggal.
Saya ada dengar ada tempat kosong kat biara mereka. yg mengkaji dzat. Cam Shaiful mahu apply?

[2/16, 5:07 PM] Shaiful M: Hehehe ustaz, taknak. Jadi ungkapan tadi tidak sama dgn mengumpamakan. Terimakasih ustaz.

[2/16, 5:23 PM] Ibrahim Hashim: Sila Rujuk ceramah
“Rahsia Dalam Rahsia 10”
Tajuk: Pintu Belakang&Gaji

Dia bermain dengan diri Nya, hanya senda gurauan main mainan. Segala yg terjadi adalah dengan kehendak Dia. Sejak dulu lagi rencananya kukuh, bila Dia kata “Kun” terjadi storyline dan tidak bole berubah. Jika berubah pun dah ada dalam skrip cerita dalam jalan cerita sejak awal lagi. Segala yg kita rancang pun dalam rancangan Dia. Kamu adalah dalam rancangan lautan Nya yg dilambung ombak ke sana ke sini.
Oleh itu sesungguhnya orang Makrifat berpegang kepada 10 perkara iaitu:
1. Segala ciptaan Allah penuh HIKMAH, 2. Allah Maha SEMPURNA
3. Segala BAIK&BURUK dari Allah,
4.Segala jalan cerita bermula dengan firman “Kun” TIDAK BOLEH DI UBAH,
5.Makhlok TIDAK BOLEH BERTANYA “Kenapa?”
6. Kita TIADA PILIHAN
7. Segala jalan cerita mesti IKUT SEPENUH NYA dalam kitab Allah hingga hari kebangkitan,
8.ARAHAN NYA telah bermula dengan skrip masing2 di Loh Mahfuz
9.PERANAN telah disiapkan sejak lahir ,
10. UJIAN sentiasa menanti dengan nikmat yang baik2 dan buruk2 dari Allah walau pun kita tanpa mempunyai kesalahan.
Terima kasih Ustaz.

[2/16, 5:31 PM] Ibrahim Hashim: Saya sekadar imbas kembali kenangan manis kata2 dan penyampaian Ustaz yg kita kasihi dalam ceramah yang lalu. Subhanallah


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *