Q&A: KONDISI MINDA SEMASA ROC

20/09/17 14.46.57:  Abdul Zaky : Ustaz yg kami kasihi, mohon penjelasan lanjut tentang tabiat di dalam melakukan ROC, apakah dibolehkan kita melakukan ROC disamping sesuatu atau melakukan sesuatu?

Menurut pemahaman saya dari Q&A YAMAS dan ceramah Youtube adalah dibolehkan, tetapi memohon diperjelaskan kerana ini akan mungkin bersangkutan dengan sesuatu tabiat yang seumpama dengannya.

Apa yang saya maksudkan sesuatu itu ialah seperti sambil nazam,puisi,syair atau mungkin sambil mendengar bunyi-bunyi kerohanian atau apa saja yang menyenangkan minda.

Sebelum ini saya beranggapan yang ianya dibolehkan kerana ustaz pernah berkata didalam ceramah dimana apabila kita berada didalam base camp ROC, hati kita akan menjadi penjaga pintunya dan apa sahaja yang cuba masuk kedalamnya akan dipenggal dengan pedang tauhid. Selain itu saya juga ingin bertanyakan tentang hadis tentang larangan meletakkan gambar-gambar pada dinding rumah kerana malaikat tak akan masuk, menurut pandangan ustaz kenapa itu berlaku. Terima Kasih.

20/09/17 15.00.37: Ustadz Hussien Abd Latiff: Semasa ROC, Minda itu tidak boleh dikongsikan. [maksudnya, jangan biarkan apapun masuk selain dari ingatan kepada Allah SWT. -admin-]

Berkenaan gambar dalam rumah, pertanyaan ini hendaklah ditujukan kepada ulama syariah.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *