Q&A: ADAB : JANGAN BERDAKWAH SUNGSANG (NERAKA MELULU)

[2/17, 1:01 PM] Masturah: Assalamualaikum.. Ustaz..

Ada soalan:

Apa pandangan ustaz tentang dakwah Islam selama ini yang.menekan-nekan tentang hal Neraka?

[2/17, 6:16 PM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Kerana udah begitu lama kita menekan kan tentang neraka dalam dakwah kita maka setiap orang Islam bila ditanya kenapa kamu tidak mahu melaku dosa terutama dosa yg berat-berat. Mereka akan jawab,”Ouii.. Jangan cari pasal… Masuk neraka.. Tak balik modal!”

Banyak akan berkata mereka tak buat dosa berat- berat kerana tak mahu masuk neraka. Jadi image (pandangan kepada) Tuhan kita adalah Tuhan yg suka menyiksa orang. Sukar kita berjumpa orang yg berkata yang dia tidak buat dosa kerana sayangnya pada Allah kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Kenapa ini berlaku kerana kebenaran tidak dicerita dengan penuh.

Benar kita buat dosa berat masuk neraka tapi yg kita tidak terangkan bahawa Allah ada menyatakan RahmatNya mendahului kemurkaanNya. Dengan itu, pelacur dan orang yg bunuh 100 orang pun dimasukkannya ke dalam syurga. Serta kita tidak menyatakan bahawa 99 rahmatNya menunggu kita di Hari Kemudian. Satu rahmatNya diturunkan ke bumi semua ciptaan dapat berkasih sayang di antara mereka, inikan.lagi 99 rahmatNya. Kerana itu Rasulullah saw bersabda bahawa orang kafir tidak akan putus asa masuk syurga kalau mereka tahu tentang 99 rahmat yg menunggu kita di Hari Kemudian.

Kalau kebenaran diatas ini didedahkan dengan benar insya-Allah, dakwah kita tidak akan songsang seperti sekarang. Insya-Allah akan kita dengar ada orang yang tidak mahu melakukan dosa kerana cinta kepada Allah yang Maha Pengasih.lagi Maha Penyayang.

Contoh – Ada anak tidak buat jahat kerana sayang kepada kedua ibu-bapanya yg baik lagi penyayang. Ada anak tidak buat jahat kerana takut kena belasah oleh bapaknya yang bengis lagi menakutkan.

Harap ada perubahan pada dakwah kita kerana dalam keadaan sekarang bukan sahaja dakwah kita songsang (tidak telus) malahan mahu berdakwah ke agama lain pun terbantut kerana image Tuhan kita (yg kita bena) yg bengis lagi suka menyiksa.


2/18/17, 5:36 AM – Masturah: Assalamualaikum ustaz…
Soalan:
Kalau berdahwah menekankan tentang rahmat Allah swt mendahului kemurkaanNya dan 99 rahmatNya menunggu kita di Hari Kemudian, ini boleh buat manusia mengambil enteng tentang agama dan adakah cara ini baik untuk berdakwah?

[2/18, 8:36 AM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Ini macam orang inggeris berkata,“Spare the rod and spoilt the child” maknanya kalau kita tidak bersifat keras maka anak-anak kita tidak akan terbimbing ataupun, “You need to be cruel to be kind” maknanya Kekerasan itu sebenarnya sayang. Maka inilah corak. Dakwah Islam.dahulu dan sekarang.

Tetapi adakah ini benar ? Dan kalau kita tunjukkan sebaliknya iaitu Allah itu Maha Penyantun, Maha Lembut, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Menerima Taubat, Maha Pemberi (Kebaikan) dan lain lain lagi sifatnya yang baik-baik adakah natijahnya manusia akan ambil enteng tentang agama?

Jawapan in ada dalam firman Allah swt bermaksud bahawa bagaimana kamu berfikir dan menetapkan, celakalah kamu. Bagaimana kamu menetapkan celakalah kamu.

Kamu belum cuba bagaimana kamu tahu dan menetapkan? Kerana apabila kita membesarkan anak-anak kita dengan sifat kekerasan dia akan membesar hanya mengenal kekerasan. Inilah sifat yang dikaitkan kepada Terorisme dan radikalisme yang tiada bersifat kemanusian langsung.

Mungkin dengan pendekatan yg lembut Islam akan lebih menarik pada yang bukan Islam, yang sedang duduk di atas pagar (sitting on the fence) lagi bingung (pusing) dan yg berjalan dalam ketakutan kerana neraka (the Walking Zombies) dan mungkin insya-Allah, bisa kita berjaya dalam dakwah Islam kita.
Maka janganlah kita menetapkan tetapi mengapa tidak kita cuba berdakwah secara lembut dan lepas itu biar Allah swt menetapkannya.



[2/21, 8:11 PM] Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Ayah, adakah Allah swt akan menyiksa seseorang itu selama-lama dalam neraka kerana dosanya yg tidak berapa lama dilakukan sebelum ia meninggal dunia?
Ayah : Bila kau lari dari rumah anakku dan selepas berapa lama kau menjadi hamil dan keguguran. Sesudah itu kau dijumpai oleh pihak polis pengsan kerana mabuk arak, siapa yg mengambil kamu kembali dan mengasuh kamu sehingga pulih walau kau sudah melukai hatinya bila kau lari dari rumah?
Anak : Ibu.
Ayah : Maka adakah kau ingat Allah swt lebih zalim dari ibu mu bila Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

[2/21, 8:17 PM] Mujiburrahman: 😭😭😭😭

[2/21, 8:22 PM] Mujiburrahman: “Dari Umar bin Al Khaththab RA berkata: Didatangkanlah para tawanan perang kepada Rasulullah SAW. Maka di antara tawanan itu terdapat seorang wanita yang susunya siap mengucur berjalan tergesa-gesa – sehingga ia menemukan seorang anak kecil dalam kelompok tawanan itu – ia segera menggendong, dan menyusuinya. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: Akankah kalian melihat ibu ini melemparkan anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak, dan ia mampu untuk tidak melemparkannya. Lalu Nabi bersabda: Sesungguhnya Allah lebih sayang kepada hamba-Nya, melebihi sayangnya ibu ini kepada anaknya” (HR. Al Bukhari dan Muslim) [1]

[2/21, 8:26 PM] Ustadz Hussien Abd Latiff: Marhaban ..ya al fadhil kiyai Mujib!

[2/21, 8:27 PM] Yel De Souza: 😂😂😂😂.syukur..mekasih..Ustaz TH1.


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

[1] Dalam riwayat lain : “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah memperoleh beberapa orang tawanan perang. Ternyata dari tawanan tersebut ada seorang perempuan yang biasa menyusui anak kecil, apabila dia mendapatkan anak kecil dalam tawanan tersebut, maka ia akan mengambilnya dan menyusuinya, lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada kami: ‘Menurut kalian, apakah perempuan itu tega melemparkan bayinya ke dalam api? ‘ Kami menjawab; ‘Sesungguhnya ia tidak akan tega melemparkan anaknya ke dalam api selama ia masih sanggup menghindarkannya dari api tersebut.’ Lalu beliau bersabda: ‘Sungguh, kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya melebihi kasih sayang perempuan itu terhadap anaknya.’ (HR. Bukhari: 5540)

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *