Q&A : CIPTAAN DAN TUHANNYA ?
Tanya jawab dikopi dari gnosticman.org
khairul
June 1st, 2012 at 6:05 pm
assalamualaikum,
saya ingin bertanya kepada Tn Hj Hussien, setiap Zat yang telah dibentuk menjadi ciptaan yakni manusia itu sendiri adalah dari kehendak Allah swt. Adakah Zat yg telah dijadikan manusia tadi mempunyai hubungan terus dgn Allah swt? Iaitu Segala baik buruk terikat dgn Zat ataupun selepas Zat dijadikan satu ciptaan, ia boleh diistilahkan seperti sesuatu yang betul-betul berlainan dan tidak terikat lagi dgn Allah swt?
Ust. Hussien Abd Latiff
June 2nd, 2012 at 2:25 amOrang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya.
Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).Akulah yang zahir dan batin
Al Hadid (57):3Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.
Qaaf (50):22.Mereka ini tahu bahawa keselamatan terletak dalam “diam” dan berkhalwat.
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Pembukaan Kepada Yang Ghaib, 94, 96 (1990).(Perkataan) “Kenapa” adalah pintu ke neraka.
Gospel of Barnabas, 114 (?).Berlaku warak adalah kerja satu jam, bersederhana dalam segala hal adalah kerja dua jam; tetapi makrifat Allah ialah kerja sentiasa.
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 189.
Catatan:
Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR