MAKRIFATULLAH (MENGENAL ALLAH SWT) 5
C) WAHDATUL SYUHUD
Fahaman ini yang dibawah oleh Syeikh Ahmad Sirhindi menekankan bahawa daripada imbasan Allah swt, ciptaan yang tidak wujud kini seolah-olah wujud dan wujudnya terasing daripada Allah swt.
Apa yang terjadi ialah daripada imbasan Yang Ada, yang tiada kini seolah-olah ada: Muhammad Abdul Haj Ansari, Sufism and Syariah, 113, (1986)
Allah swt adalah wujud yang terasing daripada wujudnya ciptaan, kedua-duanya tidak ada hubungan langsung: Muhammad Abdul Haj Ansari, Sufism and Syariah, 111, (1986)
Kerana ciptaan adalah imbasan maka wujud yang sebenarnya adalah Allah swt: Muhammad Abdul Haj Ansari, Sufism and Syariah, 111, (1986)
Fahaman in tidak dapat diterima kerana ia menekan kepada dua kewujudan yang berasingan iaitu wujudnya Allah swt dan wujudnya ciptaan (yang tidak ada perhubungan langsung dengan Allah swt).
Fahaman ini daripada satu sudut menekan kepada kewujudan yang berasingan di antara Allah swt dan ciptaan dan daripada sudut yang lain berbau “wahdatul wujud”. Sirhindi tidak menolak bahawa Fahamannya berbau wahdatul wujud asalkan kewujudan Allah swt dan ciptaan diasingkan.
Sirhindi tidak menolak sekiranya fahamannya di kaitkan dengan Fahaman Wahdatul Wujud asalkan kita faham akan pandangannya (kewujudan Allah swt dan ciptaan diasingkan): Muhammad Abdul Haj Ansari,Sufism and Syariah, 111, (1986).
Fahaman ini ada juga berkait dengan pandangan yang berpendapat bahawa kesemua ciptaan telah dijadikan daripada tiada. Ini adalah sifat jaiz Allah swt iaitu Berkuasa membuat sesuatu daripada tiada. Dengan ini, hakikat kesemua ciptaan adalah “tiada” ataupun “kosong”.
Allah berkuasa menciptakan sesuatu daripada tiada: Syed Abdillah Al Jufri & others, Islamic Religious Knowledge, 12 (1986).
Pandangan ini jelas menunjukkan pada permulaan ada dua kewujudan iaitu Allah swt Yang Ada dan ada sesuatu yang tiada. Ciptaan bersumber daripada sesuatu yang tiada. “Tiada” bererti “kekosongan” maka pada permulaan ada Allah swt dan disampingNya ada “kekosongan”. Ini menunjukkan dua kewujudan dan seperti dikatakan oleh Imam Imran Hoesin (di atas), ini meruntuhkan tauhid. Muhammad Said Ramadhan Al Buti ada berkata:
Sesungguhnya Allah swt telah sedia ada sebelum wujudnya segala sesuatu dan sebelum wujudnya zaman dan tempat: Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).
Sekiranya Allah swt didahului oleh tiada nescaya ada yang memberi kesan pada kewujudan-Nya. Jika demikian halnya, maka Dia tidak layak menjadi Tuhan kerana yang berhak menjadi Tuhan ialah yang wujud sebelumnya dan yang mengadakannya. Jika tiada yang lain selain Dia, maka Dialah yang disifatkan Qadim dan Dialah Tuhan sebenarnya: Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).
D) DZATIYAH
Kefahaman ini menekankan bahawa apabila Allah swt berfirman “Kun” kesemua ciptaan terjadi daripada DzatNya.
Rasulullah (saw) ada bersabda yang bermaksud:
Engkaulah Dzat yang mendahulukan….tidak ada tuhan selain Engkau: Sunan At Tirmidzi Bk.5,342 (1993).
Mengikut istilah dalam kamus yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Malaysia), “Dzat” juga boleh di sama ertikan dengan “Unsur ” ataupun “Pati”iaitu:
Sesuatu yang menyebabkan wujudnya sesuatu benda atau pati atau inti daripada sesuatu. Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1558 (2000).
Namun DzatNya yang digunakan olehNya untuk menjadi unsur kesemua ciptaan adalah sangat kecil. Mengikut sain lebih kecil daripada atom.
Mengikut teori “the Big Bang”, kesemua ciptaan terjadi dari sesuatu yang kecil lebih kecil daripada sebiji atom (zarrah): Reader’s digest Knowledge Quest: Planet Earth and the Universe, 40 (?).
Mengikut Nabi Isa (as) DzatNya yang digunakan adalah lebih kecil daripada sebiji pasir dan di hari kemudian kita akan lihat DzatNya ini seperti setitik air masin kita ketahuilah ianya daripada lautan.
Segala sesuatu tidaklah sebesar daripada sebutir pasir kepada Tuhan.
Di akhirat kelak kamu akan melihat Tuhan seperti kamu tahu setitik air masin itu datangnya dari lautan.
Gospel of Barnabas 132 (?).
Berkenaan Gospel of Barnabas, mengikut Prof. Anwar Musaddad, Rektor IAIN “Sunan Gunung Jati” merangkap Dean Fakultas Usuluddin serta Dozen Mata Kuliah Ilmu Perbandingan Agama:
Injil Barnabas sejajar dengan hadith dhaif tetapi isinya dikuatkan oleh Al Quran, iaitu dalam soalan-soalan ketauhidan dan memelihara kesegaraman agama dan kepercayaan terhadap Nabi Muhamad (saw) maka ia dapat diterima oleh kaum muslimin sebagai berita-berita israiliyat yakni berita-berita disekitar Bani Israil (Yahudi) yang terdapat daam kitab-kitab mereka:
Prof. KH Anwar Musaddad, Kedudukan Injil Barnabas Menurut Pandangan Islam, 30 (1981)
Mengikut Nabi Muhammad (saw) di hari kemudian kita akan melihat DzatNya ini seperti bulan purnama di langit (yang boleh ditutup dengan ibu jari) tetapi Allah swt lebih besar dari itu.
Tiap-tiap sesuatu pasti binasa melainkan Dzat Allah: Al Qashash (28):88 [Tafsir Al Quran, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 1985].
Abu Razin al Uqail bertanya Rasulullah (saw), “Adakah setiap kami akan melihat Allah swt.” Baginda menjawab, “Abu Razin, adakah kamu semua melihat bulan purnama?” Saya menjawab, “Benar”. Baginda berkata, “Kamu semua tidak akan ada masalah melihatNya seperti bulan purnama tetapi itu hanya kecil sahaja Allah lebih Mulia dan lebih Besar daripada itu.” :Translation of Sunan Abu Dawud Vol 3, 1324 (1990)
Kesimpulannya, DzatNya yang digunakan untuk menjadi unsur atau pati kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) adalah sangat kecil. Dengan ini, ciptaan tidak boleh menjadi Allah swt. Sebiji pasir tidak boleh menjadi Padang Pasir ataupun setitik air tidak boleh menjadi Lautan.
Prof. Ramadhan ada menulis:
Allah swt mengurniakan manusia sedikit daripada limpahan sifat-sifat-Nya sebagai alat persediaan atau kelengkapan yang dapat dipergunakan oleh manusia untuk memikul beban taklif yang kerananya manusia diciptakan… Sifat-sifat yang tersebut adalah sifat Zatiyyah nisbah kepada Allah swt. Adapun nisbah kepada manusia maka sifat-sifat tersebut bukan sifat Zatiyyah kerana pada hakikatnya sifat-sifat tersebut hanyalah limpahan Ilahi kepada manusia. Jauh sekali kiranya pengertian atau kefahaman seperti ini memastikan manusia menjadi sekutu Allah swt. Muhammad Said Ramadhan Al Buti, Keyakinan Hakiki, 124 (1996).
Subhanallah…walhamdulillah
Analogi antara Dzat dan ciptaannya spt Laut dg setitik air.