MAKRIFATULLAH (MENGENAL ALLAH SWT) 4

B) KEFAHAMAN NUR MUHAMMAD

Mansur Al Hallaj telah membawa konsep Nur Muhammad. Beliau menerangkan bahawa Allah swt telah mencipta Nur Muhammad daripada NurNya dan daripada Nur Muhammad diciptakan segala ciptaan. Syekh M Nafis Bin Idris Al Banjarie ada menulis:

Nur Muhammad adalah daripada Nur Dzat Allah swt: Syekh M. Nafis Al Banjarie, Ad Darrunnafis,158 (?).

Allah sendiri berkehendak untuk menciptakan sesuatu ini dengan lebih dahulu menciptakan Nur Muhammad sebagai sumbernya: Syekh M. Nafis Al Banjarie, Ad Darrunnafis,159 (?).

Maka apabila Allah menciptakan bahan baku daripada Adam dan segala sesuatu ini, tentulah “bahanbaku” itu dari Diri-Nya sendiri bukan dari sesuatu yang lain kerana yang lain pada tingkat itu belum ada… Yang kita maksudkan dengan istilah “bahan baku” ini, tentulah Nur Muhammad: Syekh M. Nafis Al Banjarie, Ad Darrunnafis,159 (?).

Fahaman ini menekankan bahawa Hakikat kesemua ciptaaan adalah Nur Muhammad. Syekh M. Nafis bin Idris Al Banjarie  ada menulis:

Allah swt tidak dapat dikenal melainkan dengan… wasitah Nur Muhammad saw: Syekh M. Nafis Al Banjarie, Ad Darrunnafis,154 (?).

Tidak ada wasilah (perantaraan) yang paling baik dan mulia hanyalah Muhammad saw. Dan beliau juga sebagai wasitah (pengantar) bagi hamba yang ingin mengenal Allah: Syekh M. Nafis Al Banjarie, Ad Darrunnafis,152 (?).

Para Nabi dan Para Auliyah yang sempurna makrifatnya kepada Dzat Allah swt dengan musyahadahkan Nur Muhammad: Syekh M. Nafis Al Banjarie, Ad Darrunnafis,154 (?).

Tentang Fahaman Nur Muhammad, Hamka ada menulis:

Beliaulah (Mansur Al Hallaj) yang mula-mula sekali menyatakan bahawasanya kejadian alam ini pada mulanya ialah Hakikat-Muhammadiyah: Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 124 (1976)

Dia (Nur Muhammad) adalah Hakikat: Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 110 (1976)

Asal mula segenap kejadian ini ialah “Al Hakikatul Muhammadiah.” Hamka, Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 37 (1976)

Adapun hakikatnya ialah Esa dan tangkai segenap kejadian ialah: Hakikat Muhammadiah: Hamka,Perkembangan Tasauf Dari Abad Ke Abad, 37 (1976)

Bersinambungan dengan Kefahaman ini  ialah konsep “Insanul kamil” iaitu manusia yang sempurna. Konsep insanul kamil telah dikenalkan di dalam Tasawuf Jalan Wali-wali oleh Abdul Karim Jili yang berpandangan bahawa seseorang boleh mencapai taraf insanul kamil sekiranya dirinya diserap oleh Roh Muhammad: Haji Muhammad Bukhari Lubis, The Ocean Of Unity, 86 (1993).

Berkenaan kefahaman kesemua ciptaan ini adalah daripada Nur Muhammad, ini tidak dapat diterima kerana sebab-sebab berikut:

Ulama mengatakan bahawa konsep Nur Muhammad ini tidak ada asalnya daripada hadith ataupun Al Quran: Mahmood B Daud, Akidah Ahli Sunnah Wa Al Jama’ah, 110 (1996).
Ada juga ulama mengatakan bahawa konsep Nur Muhammad ini sabit daripada Hadith palsu:Mahmood B Daud, Akidah Ahli Sunnah Wa Al Jama’ah, 110 (1996).

Dr Yusof Al Qhardawi dalam kitab Fatawa Muasirah berpendapat  bahawa ahadith berkenaan Nur Muhammad tidak sabit, tidak betul dan tidak boleh dipegangi sebagai Akidah: Mahmood B Daud,Akidah Ahli Sunnah Wa Al Jama’ah, 110 (1996).

Ahadith Nabi Muhammad saw menunjukkan bahawa jin dijadikan daripada api, malaikat daripada cahaya dan manusia daripada tanah. Dengan ini, konsep Nur Muhammad bercanggah dengan ahadith ini  maka tidak boleh diterima: Mahmood B Daud, Akidah Ahli Sunnah Wa Al Jama’ah, 110 (1996).
Nabi Muhammad saw tidak lebih daripada seorang  manusia biasa yang dipilih oleh Allah swt untuk menjadi utusan-Nya yang terakhir. Allah swt ada berfirman yang bermaksud:
Katakanlah, “Sesungguhnya aku (Muhammad) ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Esa.”: Al Kahfi (18):110.

Katakanlah, “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?” Al Israa’ (17):93

Tatkala hamba Allah (Muhammad) berdiri menyembahNya hampir sahaja jin-jin itu mendesak mengerumuninya. Al Jin (72):19.

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul: Ali Imran (3):144.

Dam mereka menjadikan sebahagian dari hamba-hambaNya sebahagian dariNya. Sesungguhnya manusia itu benar-benar peringkar yang nyata. Az Zukhruf (43):15

Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya kamu membawa kesengketaanmu kepadaku maka ketahuilah aku hanyalah seorang manusia biasa dan barangkali sebahagian di antara kalian lebih tangkas dalam menyampaikan hujjahnya daripada sebahagian yang lain. Dan aku memberi keputusan kepada kalian atas dasar apa yang aku dengar daripada kamu. Dan barangsiapa yang aku beri  keputusan dengan (mengambil) hak saudaranya maka janganlah dia mengambilnya. Kerana dengan ini, kamu telah mengambil daripadaku sepotong api neraka yang akan kamu rasakan di hari kemudian:Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk. 3, 146 (1993).

6.              Mengikut pandangan Imam Imran Hoesin, Nabi Muhammad saw adalah manusia biasa dan tidak ada bukti yang menunjukkan baginda lebih daripada itu. Beliau berkata:

Tidak ada apa-apa keterangan dalam wahyu Illahi yang dapat menyokong pandangan bahawa Muhammad saw adalah lebih daripada manusia biasa yang telah diciptakan oleh Allah dan dengan itu termasuk dalam golongan ciptaan: Imran Hoesin, Islam and The Changing Order, 8 (1991).

Rasulullah saw ataupun Nur baginda kedua-duanya dijadikan dan tidak kekal abadi serta termasuk dalam golongan ciptaan: : Imran Hoesin, Islam and The Changing Order, 9 (1991).

Kesimpulannya ialah walaupun Rasulullah saw adalah ciptaan yang pertama dijadikan dan berhubung terus dengan Nur Illahi namun baginda tetap dalam golongan ciptaan. Dengan ini, baginda juga pada satu masa tidak wujud dan setelah itu, Allah swt menciptakannya: Imran Hoesin, Islam and The Changing Order, 9 (1991).

7.              Lebih daripada 124,000 nabi-nabi dihantarkan oleh Allah swt  kepada umat manusia supaya mengenalkan-Nya bukan Nur Muhammad. Begitu juga Nabi Muhammad saw dan para sahabat baginda tidak pernah mengajar ataupun menyuruh seseorang itu untuk mencari ataupun mengenal Nur Muhammad. Kalau ini adalah satu perkara yang penting dari segi akidah sudah tentu ini sudah diajarkan oleh baginda dan sahabat-sahabat baginda dan tersirat di dalam banyak ahadith ataupun di dalam Al Quran. Malahan Sayidina Abu Bakar ra ada berkata yang bermaksud:

Barangsiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah itu hidup dan tidak akan mati. Barang siapa menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad sudah wafat: Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk. 2, 423 (1992).

Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah pada hal Rasul menyeru kamu supaya beriman kepada Tuhanmu. Dan sesungguhnya Dia telah mengambil perjanjianmu jika kamu adalah orang-orang yang beriman. Al Hadid (57):8

Berkenaan konsep “Insanul Kamil”, tidak dinafikan oleh sesiapapun bahawa Rasulullah (saw) adalah seorang Insanul Kamil. Tetapi mengatakan apabila roh Rasulullah (saw) masuk kepada seseorang itu dan orang itu menjadi Insanul Kamil ini tidak dapat diterima. Ini dikeruhkan lagi, apabila orang-orang yang dikatakan diserap oleh roh Rasulullah (saw) hanyalah dari kalangan orang-orang Tariqat Tasawuf. Konsep ini juga tertolak kerana tidak sewenang-wenangnya roh Rasulullah (saw) masuk ke badan orang kerana baginda ada bersabda bahawa roh baginda hanya dikembalikan ke jasad baginda apabila orang-orang memberi salam kepada baginda supaya baginda dapat menjawabnya: Imam Habib Abdulllah Haddad, Nasihat Agama Dan Wasiat Iman,250-251 (2000).

Seperkara lagi, tidak masuk di akal roh Rasulullah (saw) yang suci dan mulia masuk ke badan orang yang tidak sesuci baginda. Sehubungan dengan ini, mengapa tidak roh Rasulullah (saw) masuk ke badan sahabat-sahabat? Konsep ini seperti praktis dukun-dukun yang menurun tetapi yang masuk ke dalam badan mereka adalah syaitan-syaitan.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *