KEPEKAAN (7)

Ustadz Hussien Abd Latiff: 

Anakku, Ayah akan sambung pencerahan berkenaan KEPEKAAN.

C. Peringkat Ketiga – Penerokaan dan penalukan bumi-bumi di Angkasa Lepas yg dalam.

1. Sesudah penalukan bumi-bumi di Angkasa Lepas yg terdekat maka Kita akan menjajah mereka (syaitan-syaitan) mengikut sistem ala bumi Kita.

2. Kita dapat menguasai mereka yg tidak bertamaddun, tidak beriman, kasar lagi bermaksiat dengan mengenakan dan menguatkuasakan Undang-undang Hudud dan Qisas. Di masa-masa ini baru Kita dapat melihat keberkesanan Undang-undang ini. Segala pujian bagi Allah swt.
Sesuai dengan firman Allah swt bahawa umat Islam akan hidup berkasih-sayang di antara mereka namun bersikap tegas kepada yang bukan beriman. Kita Tegas dalam menguatkuasakan hukum Hudud dan Qisas yg sangat ditakuti oleh yg belum beriman di antara mereka. Rasulullah saw pernah bersabda kalau anakanda baginda (Fatimah) mencuri baginda akan melaksana hukum Hudud terhadap anakandanya itu iaitu memotong tangan. Sebegitulah hebatnya umat Islam pada masa itu menjalankan Hukum Hudud terhadap syaitan-syaitan yg tidak beriman lagi bermaksiat.

3. Kita membimbing mereka mencapai tammadun yg Kita udah pun menikmatinya menerusi sistem pelajaran, sosial dan sebagainya.

4. Berbandung-bandung mereka akan memeluk Agama Islam kerana tertarik dengan sifat kejujuran kita, sifat Keadilan kita, kekuatan Iman kita, sifat persahabatan serta kasih sayang di antara kita dan sifat sabar kita dalam membimbing mereka di dalam keagamaan serta mencapai tammadun.

5. Anak-anak mereka membesar di bawah asuhan sistem pentadbiran Kita dan dengan itu mendapat pekerjaan-pekerjaan dibawah Pemerintahan kita dan ada juga menjawat jawatan yg tinggi dalam kerajaan kita.

6. Kita hidup dalam satu Masyarakat majmuk yg beragama Islam yang bukan sahaja hidup aman damai namun juga bersifat kasih sayang.

7. Kita akan mendapatkan tenaga dari bintang-bintang until keperluan bumi-bumi Kita sesuai dengan firman Allah swt bahawa Dia akan tundukkan Matahari, Bulan dan Bintang-bintang kepada Kita.

8. Pada masa ini Imam Mahdi bukan lagi Muhammad Ibnu Abdullah yg udah wafat tetapi digantikan dengan Imam Mahdi yg lain.

9. Bumi-bumi yg Kita taluki mempunyai kekayaan yg amat banyak. Sesuai dengan firman Allah swt bahawa di Angkasa Lepas (Bumbung kamu) ada rezki dan pembendaraan.

10. Kita akan meneroka bumi-bumi yg lebih jauh di Angkasa Lepas. Ini semua akan berlaku di akhir Fasa ke 4.


Anakku, kini, alhamdulillah dan insya-Allah, Ayah akan sambung KEPEKAAN terhadap diri sendiri.

Pencerahan di bawah ini bersandar pada Surah An Nur.

Apabila Allah swt berfirman,”Kun!”:

1. Sedikit DiriNya menjadi “Lobang yang tidak tembus”.
Contoh:
Lautan berkata,”Go!” maka sedikit dalaman dirinya (airnya) menjadi sebentuk buih (a bubble).

2. Dalam Lobang ini àda “Pelita Besar”. Itulah Loh Mahfuz.
Contoh:
Dalam bubble ini ada air.

3. Pelita itu berada dalam “Kaca yang bersinar-sinar seperti bintang.” Kaca itulah Tirai Nur.
Contoh:
Air dalam bubble itu diselubungi oleh ais.

3. Sinaran cahaya itu datang dari minyak dari pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah kiri atau pun kanan. Pohon zaitun itulah “ekor gajah” atau sedikit DiriNya yg meliputi
Contoh:
Apa jua dalam buih itu adalah hasil dari air lautan yg sedikit itu.

Kalau dilihat gambaran contoh yg diberi sepenuhnya:

Dalam perut lautan ada satu buih yg kecil. Dalam buih ini ada air. Air ini diselubungi oleh ais.

Begitu juga apabila Allah swt berfirman, “Kun!”, sedikit dari DiriNya menjadi satu Lobang yg tidak tembus (bubble) yg kecil. Dalam Lobang itu ada LM yang diselubungi oleh Tirai Nur.

Mengikut Sayidina Ali ra bahawa semua terjadi serentak apabila sahaja Dia berfirman,”Kun!”.

Anakku, apa yang kalian mesti PEKA ialah penerangan atau contoh yg diberi berputar HANYA kepada Satu Subjek (Subject)

Nah, kalau Allah swt itu zalim, zalim kepada siapa? Atau, kalau Lautan itu zalim, zalim kepada siapa?

Begitu juga kalau Allah swt beri Kasih dan Sayang maka kepada siapa Dia berikannya?

Inilah pepatah Ayah untuk kalian anakku:

Udah gaharu, cendana pula,
Udah tahu, diam sahaja.
Jangan ada rungutan dan sungutan,
Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berpesan.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *