KENYATAAN LAUH MAHFUDZ DAN HIDUP MACAM BIASA

Ustadz Hussien Abdul Latiff: Anakku yg disayangi, aslkm wbk. Maaf kerana Ayahmu sedang sibuk menyiapkan permulaan syarahan yg akan diadakan menerusi video pada Awal Muharram ini untuk pendengar (pemisar) yg berbahasa inggeris melalui YouTube “I find God!”, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!

Allah swt menyiapkan Loh Mahfuz dan di masukkannya dalam Masa iaitu 6 Fasa dan setiap Fasa mengikut Sains adalah 2 biliun tahun. Sekarang Kita berada di awal Fasa 3 iaitu 4.6 biliun tahun dan pada akhir Fasa ke5 (10 biliun tahun), matahari gering maka terjadilah kiamat kerana penarikan matahari menjadi lemah lalu terjadilah perlanggaran di antara bumi-bumi, bintang-bintang dll di angkasa. Di Fasa ke6 (11 hingga 12 biliun tahun) Kita akan dibangkitkan lalu dihisabkan dan seterusnya di Syurga atau Neraka. Maka diakhir Fasa ke6, tamatlah Masa sesuai dengan Allah swt yg bermaksud bahawa hiduplah Kita di Syurga selagi ada bumi dan langit Syurga itu. Ini bererti apabila hancurnya langit dan bumi Syurga yg Kita diami maka habislah riwayat Kita. Namun Allah swt ada menambah melainkan Dia menghendaki yg lain iaitu Dia ada pelan lain (Loh Mahfuz baru) untuk Kita.

Sesungguhnya semua bergantung kepadaNya dan dari Dia Kita datang dan kepadaNya Kita kembali. Semua urusan di dalam tanganNya dan tiada sedikit pun campurtangan kita dalam semua perkara.

Justeru pelan indukNya (Loh Mahfuz) teguh dan ketetapanNya tidak akan berubah. Begitu hebat Tuhan Kita yang Maha Bijaksana.

Maka Rasulullah saw bersabda bahawa seisiapa yg mati dengan iktikad bahawa dia bisa mengubah Takdir (bisa elak yang kena, dan bisa menggenakan yg tidak kena) maka tempatnya pasti di Neraka. Harap diingatin, tidak Allah swt lupa walaupun kecil dari zarrah (atom) dalam pelan indukNya (Loh Mahfuz).

Maka Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa Kita tidak ada pilihan melainkan menerima apa jua yang udah ditetapkan untuk kita.

Seperti telah dikatakan bahawa apabila siapnya Loh Mahfuz atau pelan induk Ilahi maka dimasukkannya di dalam masa. Maka anakku apa yg Kalian lihat dihadapan mata Kalian adalah Esok (dalam Loh Mahfuz) yg telah menjadi Hari ini (dimasukkan dalam Masa). Namun Kalian harus prihatin bahawa yg Esok menjadi Hari ini adalah keseluruhanya. Maka bukan sahaja yg Kalian lihat Hari ini adalah Esok namun ia juga meliputi apa jua yg Kalian katakan atau dengarin atau fikirin. Semua itu daripada Esok. Ibarat melihat adegan-adegan dari satu kepada yg lain di dalam filem di Bioskop.


Anakku yg disayangi. Apa jua udah tertera di dalam Esok akan berlaku apabila Esok menjadi Hari ini.

Maka apa yg tertera untuk dibuat di dalam hari Esok, atau kata-kata yg akan dituturkan atau pandangan yg terlihat atau fikiran yg difikirkan atau apa yg mesti terdengar dll semua ini akan berlaku atau dilakukan oleh Kalian apabila Esok menjadi Hari ini. Suka atau tidak suka Kalian kena buat tiada pilihan.

Justeru itu apa jua yg Kalian lakukan adalah kesinambungan dari Hari Esok.

Mengetahui bawa Kalian MESTI melakukan apa jua yg tertera dalam Hari Esok setelah Esok menjadi Hari ini maka Kalian tiada pilihan melainkan:

1. Menyerah sepenuhnya kpd Takdir sama ada yg baik ataupun yg tidak. Ingat Rasulullah saw diperintah supaya pertama-pertama menyerah diri dan Kita juga orang-orang beriman diperintah menyerah diri. Inilah Islam menyerah diri sepenuhnya kepada Qadak & Qadar (Submission to His Will).

2. Udah faham maka hendaklah diam.seribu bahasa. Jangan samasekali menyatakan bahawa Kalian berbuat kerana Takdir atau kehendak Allah swt. Ambil contoh Rasulullah saw apabila diherdik kerana membunuh Umat baginda dalam perang Uhud, baginda diam walaupun baginda boleh berkata ini udah ditakdirkan.

Ingat khidir (as) ngak mahu menjawab pertanyaan Musa (as) kenapa dia membunuh dan merosakkan harta benda orang hingga mereka sampai ke akhir perjalanan. Kerana mahu mengajar Musa (as) maka diterangkan sebab-sebab di sebalik perbuatan itu. Dia berbuat begitu kerana diperintah Allah swt untuk mengajar Musa (as)

3. Kerana Allah swt adalah Maha Bijaksana maka setiap peruntukan di dalam Takdir Kita berhikmah. Maka Berserah dan redhalah kepada Takdir Kita. Dengan ini, Kita akan dapat pertolongan Allah swt. Ingatlah bukan amalan yg bawa Kita ke Syurga tetapi keredhaanNya.

4. Udah faham maka mahu banyak diam dan jangan bersungut atau bertanya “kenapa” apabila sesuatu berlaku. Diam serta pasrah dengan duduk di Pintu Belakang namun turunlah ke Pintu Depan untuk mencari nafkah dan sebagainya. Walaupun turun di Pintu Depan, namun di Pintu Belakang tetap pasrah kpd Allah swt.


Anakku yg dirindui. Sesudah kalian faham bahawa apa yg tersirat di Hari Esok di Loh Mahfuz, pasti menjadi kenyataan apabila Esok menjadi Hari ini. Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al Jilani bahawa Kalian tidak ada pilihan melainkan melaksanakannya.

Maka segala kekata yg terkeluar dari mulut sama ada memuji, merayu, bersenda, menghina, mencaci, mengumpat, memaki hamun dll. Itulah kenyataan Esok yg menjadi di Hari ini.

Begitu juga segala perbuatan membunuh termasuk ditabrak, merogol,. mencedera, bergaduh, menipu serta perbuatan disebaliknya seperti berkasih, berbahasa (polite), berseluruh, berpantun, murah Hati dll. Ini adalah juga kenyataan (di Hari ini) daripada Esok.

Perasaan seperti benci, geram, meluat, dengki, kianat, cinta, rindu, murung, takut, berani dll. Ini semua juga kenyataan daripada Esok yg menjadi kenyataan Hari ini.

Pendekkata apa jua lakuan atau perbuatan yg berlaku Hari ini adalah yg udah tersirat di dalam Esok.

Perkara-perkara ini pasti berlaku kerana tidak akan ada Perubahan dalam KetetapanNya. Ini yg buat RencanaNya teguh.

Kerana itu apa jua berlaku hendaklah dikata, “Inna lillahi Waina Ilaihi Rajiun”. Maknanya daripada Allah swt datangnya dan kembalinya. Tepat dengan rukun iman ke6 iaitu percaya kepada Takdir iaitu segala-galanya datang dari Allah swt termasuk yg buruk atau yg baik. Kerana itu juga apabila Kita menyatakan mahu buat atau tidak mahu buat sesuatu, Kita kena sebut, “Insya-Allah”. Maknanya kalau diizinkan Allah swt. Ini sesuai dengan apa yg udah disampaikan iaitu segala perbuatan di Hari Esok pasti menjadi kenyataan pada Hari ini kerana inilah KeizinanNya. Apa yg tidak diizinkan iaitu tiada dalam Hari Esok tidak akan menjadi kenyataan bila Hari ini menjelan


Anakku yg dirindui. Maka Kalian udah faham bahawa perkara-perkara dalam Esok masih belum berlaku. Tetapi perkara-perkara itu berlaku apabila Esok menjadi Hari ini. Inilah Takdir yg udah ditetapkan pasti berlaku.

Ini juga bererti apa yg Kita lakukan Hari ini udah tersirat di Hari Esok dan apa yg tersirat di Hari Esok udah tersirat semasa Allah swt berfirman,”Kun!”. Kerana itu Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata doa yg kamu panjatkan kpd Ilahi Hari ini udah tersirat semasa Azali lagi.

Namun apa yg berlaku Hari ini menjadi sejarah apabila Hari ini menjadi Hari Semalam atau Kelmarin (B. Indonesia).

Maka apabila Kita berada dalam Hari Semalam (Kelmarin), Kita tahu apa jua berlaku di dalam Hari ini adalah yg udah ditakdirkan oleh Allah swt
semasa Azali lagi dan tanpa sedikit pun campurtangan Kita.

Memahami akan apa yg berlaku Hari ini adalah yg tersirat di dalam Hari Esok dan apa yg udah tersirat di dalam Hari Esok udah tersirat dalam Takdir semasa Azali lagi tanpa campurtangan Kita, maka para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw bahawa alangkah baik mereka hidup berpeluh tubuh sahaja dan berpasrah kpd Takdir.

Rasulullah saw menjawab bahawa jangan berbuat begitu hendaklah mereka hidup seperti biasa.

Maksud hidup seperti biasa ialah Kalian yg udah berada dalam Hari Semalam (Kelmarin) hendaklah Kalian hidup seperti di Hari ini (sebelum ia menjadi Semalam atau Kelmarin) iaitu kalian hidup tidak berpeluk tubuh atau pasrah mengharapkan Takdir.

Maka anakku yg masih mahu berpasrah sahaja ingatlah hendaklah Kalian hidup seperti di Hari ini (sebelum menjadi Semalam) mana ada Kalian berpeluh tubuh atau pasrah. Inilah erti hidup macam biasa.


Esok menjadi Kenyataan pada Hari ini dan Hari ini menjadi Sejarah pada Hari Semalam atau kelmarin.

Maka sedarilah bahawa Hari ini sebelum menjadi Semalam, berlalu tanpa campur tangan mu. Apa yg kamu lakukan berjalan mengikut apa yg tersurat dalam Esok. Inilah anakku, hidup macam biasa usah dipikir-pikirkan. Kerana itu Allah swt berfirman bahawa celakalah mereka yg memikir dan menetapkan. Sehubungan dengan ini, Minda yg tidak banyak berfikir dapat di isikan dengan Dzikrullah lalu mencapai ketenteraman.

Maka Esok, Hari ini dan Semalam adalah adegan-adegan Bioskop Ilahi. Rasulullah saw udah menyaksikan “Preview”
(pratonton) adegan yg di penghujung iaitu keadaan di Syurga dan Neraka.

Bagi mereka yg masih belum faham maka dirasai hidup ini dengan kesangsaraan atau kebahagian dan sebagainya. Bagi mereka yg faham, hidup mereka tenteram kerana mereka tahu apa yg berlaku itu adalah adegan Esok menjadi Hari ini dan Hari ini menjadi Semalam dalam Bioskop Ilahi. Serta mereka Yakin apa jua adegan, ia mempunyai Hikmah kerana dibuat oleh Allah yg Maha Bijaksana.

Anakku, kalau Kalian faham apa yg disampaikan di tazkirah pagi ini maka apa jua berlaku dalam hidup Kalian janganlah “emotional”
(berperasaan). Relak bro!


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Hamzah says:

    Alhamdulillah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *