BANGKITLAH
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Allah akan ajarmu
Ilmu
Tidak diajarNya pada yang lain,
Tetapi hanya kepada manusia
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Allah akan mengajar kamu,
Ilmu yang tiada kamu tahu,
Menerusi kalam.
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Allah akan tundukkan,
Apa yang di Langit dan di Bumi,
Hanya untuk kamu kerana
Kamulah Khalifah Tuhan .
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Allah sudah bukakan
Pintu langit yang tersergam,
Untuk kamu menembusinya
Menggunakan tenaga yang tahan
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Allah sudah nyatakan,
Langit itu Bumbung kamu
Maka naiklah umatku naiklah
Kerana kamulah
Khalifah Tuhan.
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Allah sudah siapkan Kekayaan
Rezki dan Pembendaran
Di Angkasa Raya
Menunggu Kedatangan kamu
Sebagai Khalifah Tuhan
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Allah akan tundukkan
Bintang-bintang
Matahari dan bulan
Untukmu umatku,
Kerana kamulah Khalifah Tuhan.
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan.
Allah akan memberimu kuasa
Memerintah Alam Semesta
Kerana kamu sudah dilantik,
Menjadi
Khalifah Tuhan.
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Maka bangkitlah umatku bangkitlah
Kuasailah ilmu yang diberikan,
Oleh Allah, semulia-mulia Tuhan
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Maka bangkitlah umatku bangkitlah
Dengan ilmu anugerah Tuhan, Lengkapilah dirimu, Oh, umatku
Kerana kaulah Khalifah Tuhan.
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Maka lengkapkan dirimu, oh, umatku
Kaulah Khalifah Tuhan
Dilantik untuk memerintah
Alam Semesta yang terbentang.
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan
Bangkit umatku bangkitlah
Kau sudah dilantik
Menjadi Khalifah Tuhan.
*) Puisi oleh Ust. H. Hussien Abd. Latiff
KOMENTAR