TAUHID TERTINGGI
Tajuk: Tauhid Tertinggi
Ceramah pada 23/12/17
Oleh Arifbillah: Ustaz Hj Hussien Abd.Latiff
Pendahuluan
Ustaz mulakan dengan 3 scenario dunia:
1. Di Singapura nisbah kelahiran dan kematian kini udah sama. Menjelang tahun 2018 diramalkan kematian akan lebih tinggi dari kelahiran.
Justeru itu, menjelang tahun 2030 separuh rakyat Cina di Singapura akan hilang. Di negara Jepun, kematian juga melebihi kelahiran. Maka telah diramalkan Singapura dan Jepun adalah negara yang akan terlebih dahulu lenyap di dunia ini.
2. Di Pelestin, pergolakan Baitul Muqaddis bertambah teruk dan jika Amerika tak endahkan desakan dunia, apa akan jadi?
Kita semua hanya mampu perhatikan saja sandiwara Ilahi ini.
3. Diramalkan, America mahu menyerang Korea Utara untuk hancurkan prasarana Nuklearnya. America yakin dapat memintas peluru bendu Nuklear Korea Utara sekiranya ada.tindak balas mereka. Namun kalau peluru berpandu Nuklear ini meletup di atas angkasa apa jua negara apabila dipintas, ini akan menjejas negara-negara itu mungkin juga angkasa lepas.
Namun bagi kita, duduklah di pintu belakang dan jangan komen. Cukup sekadar menyaksikan bioskop Ilahi beroperasi.
Akan terjadikah kiamat?Belum.lagi kerana Imam Mahadi, Nabi Isa as. Yakjud & Makjud belum turun lagi.
Sekarang renungkan diri kita ini.
Dari hujung rambut hingga hujung kaki, jelas segalanya hak AllahSWT 100%. Sekarang renungkan pula semua yang ada di Langit dan di Bumi, semuanya itu juga adalah HakNya sesuai dengan FirmanNya, “Fabiayyi ‘aalaa’ iRabbikuma tukazziban”
(Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan- diulang 31kali dalam surah Ar-Rahman).
Sedarkan juga, rupa harimau, lembu, burung dan segala mahlok udah ditetapkan dan ini mengikut KehendakNya serta Dia-lah yg memelihara keadaan itu. Begitu juga, Allah yang berkendak memelihara cara hidup mereka seperti harimau koyak rabakan mangsanya seperti lembu, rusa, kambing dan lain2. Juga, Ular makan katak, musang makan ayam dan sebagainya. Sesungguhnya Allah-lah yang mahu begitu, itu adalah KehendakNya atas HakNya. Justeru Allah berfirman kepada RasulullahSAW engkau berdakwah tapi ramai tak beriman, sebab Aku yg pelihara (keadaannya begitu) bukan engkau Ya Muhammad. Maka orang tak beriman juga dapat matahari, hujan, rezki dll seperti juga orang-orang yg beriman.
Semenjak kita lahir sebagai bayi dan sesudah itu menjadi kanak2, remaja, dewasa dan akhirya mati, semuanya itu atas KehendakNya. Begitu, juga ada yang Islam, kafir dan tidak beragama, keadaan semua itu adalah KehendakNya. Dia berfirman, Ya Muhammad kalau Aku mahu semua beriman pasti akan terjadi.
Sedarkan semua yg kita lihat adalah Hak MutlakNya dan disusun.mengikut KehendakNya. Jelaslah, hanya ada satu Hak dan satu Kehendak itulah Hak dan Kehendak Allah swt.
(Akan disambung)
KOMENTAR