Q&A: TAZKIRAH DARI SEMARANG (MEI 2018)
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, inilah Tazkirah Ayahmu semalam (kemarin) di Semarang (disampaikan pada acara tarawih bersama di semarang, beberapa waktu lalu):
1. Kita udah faham bahawa kita tidak wujud. Seperti imam Ghazali berkata bahawa apabila kamu mengenal akan Tuhanmu dan mengenal akan dirimu maka kamu tahu bahawa kamu tidak wujud.
2. Maka kalau kita tidak wujud maka siapa yg berlakon ini. Yang berlakon ini adalah DzatNya. DzatNya menyerupa atau terzahir menjadi kita. Sesudah itu DzatNya bersembunyi di sebalik rupa atau penzahiran kita menjadi batin kita.Lantas Allah swt berfirman bahawa (DzatNya) Yang Zahir dan Batin. Juga Dia berfirman bahawa apabila kamu hapuskan (binasakan) atau nafikan yang Zahir ini maka yg tinggal adalah DzatKu.
3. DzatNya juga berlakon mengikut ketetapanNya (di dalam LM) yg menjadi Takdir kita. Ini terjadi semasa Dia berfirman,”Kun”.
Maka apa jua rupa atau zahirnya seseorang itu seperti Muslim atau Kafir, Imam yg sangat bertakwa atau adiknya yg sentiasa mabuk dengan nakoba, pelacur, orang miskin lagi papa atau yg lain lagi, itu semua hanyalah skrip atau lakonan.
Pelakonnya adalah DzatNya yg berlakon dari awal hingga akhir. Seperti bukan kulit (Zahir) tetapi isi (Batin) kita yg bergerak, kulit ikut sahaja.
Lakonan Dzat mengikut Takdir kita yg terdapat dalam LM. Mengikut Syeikh Abdul Qadir al Jailani bahawa kita ngak ada pilihan tetapi mengikut sahaja. Kerana itu Rasulullah saw bersabda bahawa siapa berkata dia bisa mengubah takdir maka tempatnya di neraka.
Maka harus difahamkan bahawa apa jua rupa atau penzahiran spt ulama, pelacur, pencopet, yg puasa dan yg ngak puasa, yg shalat terawih dan yg tidak, yg tadarus dan yg tidak, yg meminum arak atau makan nakoba dll, semua mereka ini adalah sebenarnya Dzat dalam lakonan. Lantas janganlah memandang hina terhadap mereka kerana berbuat begitu kita memandang hina serta tidak menyayangi Allah swt sebabnya pelakon itu adalah DzatNya. Maka Allah swt berfirman bahawa kalau kita tidak mencintaiNya, Dia bisa mencipta suatu ummah yg mencintaiNya dan Dia mencintai mereka.
Kerana ramai yg belum bermakrifat lagi maka terjadi pembunuhan, terorisme, radikalisme, menghina, menaniayai, difitnah, dll. Dengan ini, ramai umat manusia tidak mencintai Allah swt.
Justeru itu, Allah swt mencipta umat yg mencintaiNya dan Dia mencintaiNya. Alhamdulillah, Allah swt memilih kita, keluarga besar yg udah bermakrifatullah yg mencintai sesama sendiri walaupun tidak ada pertalian nasab. Dengan itu, kita juga mencintai Allah swt kerana disebalik kita semua ini (Rupa) adalah DzatNya.
Namun Alhamdulillah, walaupun begitu, kita tetap mengetahui bahawa kita ini tidak wujud serta terus menerus menjalankan amalan kita seperti shalat malam Tahajud (tambahan Terawih dalam bulan puasa), puasa sunat (tambahan puasa fardhu, dalam bulan ramadhan), mengaji al Quran, sentiasa Dzikrullah, dll.
Namun, tidak ramai di luar keluarga besar kita mengetahui akan fakta ini. Sesuai dengan firmanNya, “Orang yg menyembunyikan iman mereka.”
Nah inilah mereka yg dikatakan tidak wujud. Mereka hanya diketahui apabila mereka mendapat tugasan daripada Allah swt seperti Khidir as, Asif (yg memindahkan singgahsana Puteri Balqis), Uwais al Qarni, Mashita dll.
Maka anakku, teruskan “tidak kewujudanmu” dan cukuplah di sini sehingga kamu diberi tugasan. “Taada kerja, jangan cari kerja.” Syeikh Abdul Qadir al Jailani ada berkata bahawa hendaklah kita redha ditempat kita berada dan jangan meminta-minta dinaikkan derajat kita sehingga datang ketentuanNya untuk menaiktarafkan derajat kita.
Harapan anakku dapat pencerahan di pagi subuh dan di dalam bulan yg mulia ini, aamin ya Rabb aamin!
Anakku, inilah tazkirah malam kelmarin:
1. Kolonel Ghadafi (sebelum digulingkan dan dibunuh) ada berkata bahawa kita tidak memerlukan senjata atau pengebom nekad atau teroris untuk menaluki Eropah, 50 miliun imigrasi Islam yg udah ada di sana udah cukup membuat Eropah menjadi negara Islam di hari muka.
2. Kajian demografi (mengkaji nisbah kelahiran dan kematian) juga menunjukkan bahawa:
i. Perancis akan menjadi negara Islam pada 2039.
ii. Jerman akan menjadi negara Islam pada 2050.
iii. Seluruh Eropah (31 Negeri) akan menjadi negara Islam selepas 2050.
iv. Amerika Syarikat dengan bantuan imigrasi dari Mexico dapat mengatasi masalah demografi tetapi sekarang dengan polisi Donald Trump menghantar balik imigrasi dari Mexico maka Amerika Syarikat juga akan di hari muka bermasalah dengan demografi.
v. Kanada cuba mengatasi masalah demografi mereka dengan menerima imigrasi sekarang ini dan yg paling banyak yg datang ke Kanada adalah imigrasi Islam.
3. Rabbi (Pengetua agama) orang-orang yahudi ada membuat kenyataan bahawa dunia dibhari muka akan menjadi dunia Islam dan agama dunia di hari muka ialah agama Islam.
4. Allah swt menghantar 22 miliun imigrasi Islam ke Eropah dan ini akan mempercepatkan lagi Eropah menjadi negara Islam.
5. Memandangkan masalah demografi, pada awalnya, negara-negara di Eropah mengalu-alukan kedatangan imigrasi Islam. Namun kedatangan ini membawa maslahah kpd negara Eropah kerana:
i. Imigrasi Islam di Eropah ngak mahu berintegrasi dengan masyarakat barat. Tidak seperti masyarakat Singapur dan Malaysia walaupun berbilang bangsa dan agama namun bisa hidup sebagai sebuah masyarakat. ii. Imigrasi Islam mahu masyarakat yg eklusif (terkecuali) tidak mahu menjadi sebahagian dari sebuah masyarakat barat. Maka dibunuh anak-anak gadis mereka yg ada pacal lelaki barat atau berpakaian atau hidup ala barat.
iii. Mereka mahukan anak-anak mereka masuk ke sekolah agama bukan sekolah sekular. Dan di sekolah-sekolah agama (madrasah) ini pula ngak mahu di masukkan mata pelajaran sekular. Maka menjadi masalah apabila pelepasan dari sekolah atau madrasah ini ngak bisa bertutur atau menulis bahasa negara barat itu dengan baik. Justeru itu, banyak anak-anak muda menggangur serta tidak bekerja dan menjadi masalah kepada negara barat kerana mereka terbabit dalam jenayah serta berfikiran sempit disebabkan didikan ukrawi mereka yg ngak ada ruang untuk menerima cara kehidupan atau sistem negara barat.
iv. Kerana pelajaran ukrawi mereka tidak ada ruang untuk kemasukan pelajaran sekular, maka pada kaca mata mereka semua bersangkutan dengan barat tertolak.
v. Mereka yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah sekular mengindoktrasikan fikiran anak-anak mereka supaya menolak cara hidup barat. Justeru itu, walaupun anak mereka berpendidikan sekular namun mereka tidak dapat berintegrasi dengan masyarakat barat.
vi. Natijah dari sebab-sebab di atas ini, membuat anak-anak muda Islam membenci cara kehidupan orang barat justeru itu juga membenci masyarakat barat umumnya Sehubungan dengan ini maka timbullah terorisme, radikalisme, jenayah dan sebagainya.
vii. Memandangkan masalah-masalah yg timbul dari imigrasi Islam maka kebanyakan negara barat kini menolak kemasukkan imigrasi Islam ke negara mereka.
6. Kebencian terhadap masyarakat barat termasuk kebudayaan dan agama mereka terbawa-bawa kpd negara-negara kita apabila keluarga-keluarga yg bermasalah ini atau keluarga yg berdamping dengan mereka kembali kpd negara asli mereka iaitu Singapur, Malaysia, Indonesia dan lain-lain lagi. Maka tidak memeranjatkan kita bahawa dalam negara kita ini bisa ada terorisme radikalisme, pengebom nekad dll.
7. Memandangkan masalah yg dibawa oleh masyarakat Islam yg tidak dapat menyeyuaikan diri mereka dengan masyarakat barat iaitu terorisme radikalisme, pembunuhan dll maka negara-negara barat melihat agama Islam sebagai agama keganasan lalu membuat mereka membenci agama kita (Islamicphobia) dan kpd Tuhan kita.
8. Kenapa dunia kita yg canggih lagi moden ini mengalami masalah-masalah yg disebut dibatas ini? Jawapan ialah kerana ada segelintir (bukan kesemua) masyarakat Islam yg masih:
i. Berfikiran ditakuk lama iaitu, kita ngak bisa menerima apa jua yg bersangkutan dengan masyarakat barat kerana mereka itu kafir.
ii. Mereka mesti diperangi dan ditaluki.
iii. Bunuh mereka di mana mereka berada.
iv. Jihad untuk menghapuskan mereka ini dari muka bumi ini.
v. Sesiapa yg mati berjihad akan masukan syurga.
vi. Kebanyakan yg “berjihad” adalah mereka yg persekolahannya ngak tinggi. Mereka lekas terpengaruh dengan kata-kata jihad serta jaminan bahawa mereka yg berjihad itu akan masuk syurga. Mereka terpengaruh dengan cerita-cerita lama berkenaan jihad terutama dalam masa Rasulullah saw dan ayat-ayat dalam al Quran serta ahadith yg menyentuh perkara jihad.
9. Maka bagaimana kita dapat mengatasi masalah terorisme, radikalisme, jihad dan lain-lain lagi?
i. Kita mesti menyedarkan mereka bahawa jihad, terorisme, radikalisme dll adalah konsep yg bersandar kepada asas lama iaitu:
a. Islam di zaman Rasulullah saw baru sahaja bermula.
b. Islam diserangi oleh orang kafir.
c. Umat Islam dibunuh, diusir, disiksa dll.
d. Islam dicegah dari berkembang.
e. Perkara-perkara (a) – (d) ini ngak wujud lagi.
e.Perbuatan mereka berjihad dll lagi menyekat dan melambatkan proses dunia menjadi dunia Islam.menerusi demografi.
f. Islam di zaman ini tidak bisa berkembang menerusi keganasan tetapi menerusi ilmu kerana Allah swz menyuruh kita berbincang dan berbahas dengan mereka secara baik.
g.Keganasan mereka tidak dapat diterima bukan sahaja oleh agama lain namun juga kepada umat Islam.
h. Rasulullah saw melarang umat Islam bersekongkol dengan terorisme.
(x) Rasulullah saw ada bersabda bahawa sekiranya ada perselisihan di dalam umat baginda hendaklah umat baginda berpihak kpd yg ramai maka umat baginda yg ramai menolak keganasan.
Semoga anakku mendapat pencerahan, aamin ya Rabb aamin!
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Alhmdulillah ya ustadz
Terima kasih
Dn hormat segala alam semesta
Ingat akan DIA lakonan akan terasa nikmat
Apapun itu adlh nikmat