Q&A: SATU KEHENDAK

Ustadz Hussien Abd latiff : Anakku, apa jua matamu memandang menampakkan Satu Kehendak iaitu Kehendak Allah swt dan segala itu adalah susunanNya serta diTakbirkan olehNya, dan CiptaanNya tidak ada sedikit campurtangan tentang ini.

Inilah kenyataan yang disedari oleh Nabi Ayub as. Dia diuji dengan masalah keluarga, harta dan kesihatannya namun tetap dia pasrah dan berpaut kepada Allah swt serta diam dan tidak sedikit pun rengutan atau sungutan datang daripadanya sehingga Allah swt melepaskannya dari keadaannya itu.

Anakku, apabila kalian mendapati kalian berada di dalam suatu situasi atau keadaan yang sukar kalian atasi seperti masalah kewangan, kesihatan, keluarga, perniagaan, rakan atau kenalan dll maka hendaklah kalian sedar ini adalah Kehendak Allah swt maka seperti Nabi Ayub as hendaklah kalian pasrah dan berpaut kepada Allah swt serta bersabar. Ingat jangan ada rengutan atau sungutan daripada kalian walau sedikit pun sehingga Dia Berkehendak melepaskan kalian dari keadaan atau ujian itu.

Semoga anak-anak Ayah dapat pencerahan berkenaan hanya ada Satu Kehendak iaitu Kehendak Allah swt.


CatatanArtikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Abdul Zaky says:

    Benar ustaz, apabila duduk dipintu depan sedar tak sedar persoalan mulai timbul dan rungutan mulai kedengaran. Lebih mudah untuk diam pada pintu belakang tanpa adanya pengaruh indoktrinasi yang menyebabkan kelekaan dan campur tangan berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *