KEUTAMAAN DZIKRULLAH

 

Ayah: Anakku, Rasulullah saw ada bersabda bahawa dzikrullah (ingat kpd Allah swt) adalah satu amalan yg sangat tinggi derajatnya melebihi sedekah emas setinggi gunung Uhud atau melebihi jihad.
Kenapa sedekian? Kerana:

1. Ia membersihkan minda kita.
Dengan mengingati Allah swt dan tidak merupa atau umpama apa jua denganNya dalam Minda kita bererti minda kita menjadi kosong lagi bersih.
Alhamdulillah, minda kita yang penuh dengan sampah-sarap kita dapat bersihkan dan kini tanpa sampah-sarap. Justeru itu, minda kita tidak kotor lagi.

2. Ia menyinarkan minda kita dan sinaran ini dapat dilihat di air muka kita.
Apabila kita berterusan dzikrullah maka minda kita yang kosong akan bersinar.
Nabi Isa as ada berkata bahawa cahaya (makrifatullah) yg disematkan kedalam hati (minda) kita ini di alam azali walaupun dikelaburi oleh dosa-dosa tetapi tidak padam. Hanya memerlukan dibersihkan dan akan bersinar semula. Ini memerlukan bimbingan.
Anakku, ayah telah membimbing kamu dan kini kamu menerusi dzikrullah bisa membersihkan minda kamu dari segala noda justeru itu minda kamu mulai bersinar dan apabila terus dzikrullah maka berterusanlah minda kamu bersinar yg bisa dapat dilihat dari air muka kamu.

3. Ia dapat menguatkan iman:
i. Bisa khusyuk dalam semua ibadah.
ii. Bisa istiqamah dalam semua amalan.
iii. Bisa menjalani ibadah yg dahulu sukar dikerjakan seperti mengaji, puasa sunat, bersedeqah dll.

4. Ia menenteramkan Minda (Hati).
Dengan mengingati Allah swt minda itu dikosongkan dengan segala sesuatu dan di isikan dengan ingatan kpd Allah swt yg tidak dirupakan dan tidak diumpamakan. Natijah daripada ini minda dikosongkan dari segala apa jua masalah lalu menjadi tenteram sesuai dengan firman bahawa dengan mengingati Allah swt hati(minda) menjadi tenteram.

5. Ia dapat mengembalikan kita kepada Allah swt sesuai dengan firman iaitu Hai jiwa-jiwa tenteram kembalilah kepadaKu.

6. Ia membuka jalan untuk masuk Pintu Belakang, NST & ROC.
Apabila minda udah tenteram dan dijemput kembali kepadaNya maka kita bisa naik Pintu Belakang untuk NST & ROC.

7. Ia membolehkan kita untuk berdoa sampai sedepa sesuai dengan hadith bahawa kalau kita memhampiri Allah swt sejengkal, Dia sehasta; kalau kita sehasta, Dia sedepa dan kalau kita sedepa, Dia lebih dari itu.

8. Ia. membantu kita untuk bina Base-Camp.
Dengan berterusan ROC serta dzikrullah maka akan terbinalah Base-Camp. Ini membuat duduk Pintu Belakang lebih istimewa (interesting).

Anakku, setiap kali ayah melihat kamu, ayah akan meninjau (scan) air-muka kamu dan Alhamdulillah, air muka kamu terutama yang udah lama dengan ayah, bersinar dan ada yg berseri. Ini bererti, dzikrullah hidup di dalam diri kamu. Justeru itu istqamah kerana:
1. Maud ibn Jabal ra sahabat Rasulullah saw ada berkata bahawa yg banyak dapat menolong anak Adam di belakang hari ialah dzikrullah.
2. Kelak dikeluarkan dari neraka orang yg ada sebiji sawi dzikrullah.

Sekian untuk sementara hingga berjumpa lagi, wassalam.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Abdul Zaky says:

    Salam perkenalan ustaz, disini saya ingin memohon pencerahan lanjut tentang kesan dan kelebihan didalam amalan zikrullah. Kita telah mengetahui mustahaknya amalan ini dan tingginya darjatnya disisi Allah. Dengan zikrullah ia akan membuatkan hati seseorang itu menjadi bersih dan ia akan membawa kesan dan kelebihan seperti yang telah ustaz terangkan pada point-point di atas. Sehubungan dengan itu, bagaimanakah kita akan mengetahui bahawa kita telah mencapai tahap jiwa yang bersih itu. Adakah petanda-petanda langsung malalui fizikal minda seperti penglihatan, pendengaran ataupun rasa. Atau petanda langsung itu hanya boleh dikesan oleh seseorang yang telah mencapai darjatnya seperti yang ustaz terangkan didalam point perenggan yang terakhir. Semoga dapat dijelaskan lanjut, terima kasih.

    • YAMAS says:

      Ustadz Hussien Abd Latiff : Wlkm. Slm. Petanda-petandanya, kita yang mencapainya bisa lihat & mengerti. Bagi yang lain, dia dapat menyaksikan kelebihan ini sebagai keramat. Selain dari itu, dia juga dapat merasa keimanan, keamanan, ketenteraman dan kasih sayang apabila bersama dengan kita.

Leave a Reply to Abdul Zaky Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *