Q&A: MENCAPAI KEADAAN “ROC”
Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila Hati turun ke dada dan bersatu dengan Roh maka ketiduran terjadi. Tetapi apabila Roh naik dan bersatu dengan Hati maka kefanaan terjadi dan kita akan rasa duduk di kepala kita serta jasad dari leher kebawah rasa hilang atau tidak terasa. Inilah juga keadaan ROC.
Untuk mencapai ini, Minda mesti kosong dan hanya ingat Allah swt sahaja yang tentu tidak serupa dan tidak seumpama. Latihan mengosongkan Minda dan diisikan dengan ingatan Allah mesti dilatih setiap masa sampai alah bisa tegal biasa ataupun terbina basecamp.Justeru itu Hati itu bersih lagi suci tidak menyimpan perkara-perkara maksiat, keduniaan, hasat dengki, tamah haloba dan sebagainya sehingga air muka kita jadi bersih, bersinar, tenteram, bahagia dan awet muda.kerana itu kita diperintah mengingat Allah swt bukan sahaja dalam shalat tetapi selepas shalat dan sesudah itu dalam hidup keseharian.Juga sesuai dengan sabda Rasulullah saw mengingati Allah swt adalah amalan yang sangat tinggi melepasi sedekah segunung emas ataupun jihad. Dan ingat Nabi Isa ada bersabda bahawa hanya orang yg udah makrifat bisa mencapai ini laksana orang yang memukul batu sambil bersiul.Maka anakku, hendaklah kalian sentiasa mengingati Allah swt supaya hidup kalian tenteram, bahagia, air muka berseri lagi awet muda.Selamat berlatih dan yg sedang berlatih teruskan latihan.
Jazaakallah khairan katsiran… telah diingatkan selalu…
💝💝💝🌹🌹🌹💖💖💖
Efendy Yasin: Terimakasih Ayah, InsyaAllah berlatih setiap saat … semoga istiqomah 🙏🏻
Ustadz Hussien Abd Latiff: Dalam latihan ini sesuai dengan firmanNya bahawa kalian tidak boleh memikir dan menetapkan.Apa juga masalah ; NST sampai datang huraian menerusi ilham, dan kadangkali tidak turun ilham tetapi masalah itu terhurai sendiri.Dengan ini, Minda kalian sentiasa kosong dan dapat diisikan sentiasa dengan ingatan Allah awt.Teruskan ROC dan mengikut sebuah hadith bahawa kalau kalian sibuk mengingatiNya dan tidak sempat berdoa kepadaNya maka Dia akan melengkap keperluan kalian keseharian. Kerana itu Syeikh Abdul Qadir berkata hendaklah kita sentiasa dalam.penjagaan Allah swt.Mahu Yakin, haqqul yakin kerana sekiranya kalian mengharapkan kepada manusia maka kalian udah berada jauh dari penjagaan Ilahi.
Ingat dan waspada anakku!
Insyaa Allah… ustadz… Alhamdulillah…
Ahmad Saifudin: Alhamdulillah, benar, terimakasih Ayah, mohon doanya agar anak benar” bisa mengamalkannya.
Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi atas peringatan yang diberi.
❤❤❤
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
Artikel terkait :
- Q&A: ROC DI PINTU BELAKANG, SEMBARI MENJALANKAN HIDUP KESEHARIAN
- Q&A: SHOLAT PAKAI “PINTU DEPAN”, ROC PAKAI “PINTU BELAKANG”
- Q&A: MELIHAT DARI “PINTU DEPAN” DAN “PINTU BELAKANG”
- Q&A: APLIKASI “PINTU DEPAN” DAN “BELAKANG”
- Q&A: APLIKASI “PINTU DEPAN” DAN “BELAKANG” (2)
- Q&A: 4 PRINSIP AGAR TAK MENJADI KATAK LOMPAT
terima kasih ustaz