SIAPA ITU AHLI SUFI (2)

18/12/20 07.32 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku yang disayangi lagi dirindui.

Ingatlah, kalian adalah Ahli Sufi, Pakar atau Spesialis dalam Ilmu Ketuhanan.

Kalian juga udah sampai kepada kemuncak dan penghujung Ilmu Ketuhanan ini seperti yang dikatakan oleh Imam Ghazali seorang Hujjatul Islam yang juga seorang ahli Sufi:

Orang yang mengenal dirinya dan mengenal Tuhannya niscaya sudah pasti ia mengenal bahawa ia tiada mempunyai wujud bagi dirinya.

Imam Ghazali, Ihya Ulumiddin Bk. 7, 427 (1981).

Justeru kalian tidak jahil lagi berkenaan Ilmu ketuhanan seperti dikatakan oleh Imam Ahmad Ri’fai:

Andaikata kamu mengenali Allah Ta’ala dengan sebenar-benar pengenalan, niscaya kamu akan diajarkan-Nya suatu ilmu yang tiada lagi sesudahnya sifat kejahilan. 

Sayid Ahmad Rifai, Benteng Ahli Hakikat, 33 (1994).

Maka yang tinggal bagi kalian ialah ibadah dengan kesungguhan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt bukan untuk syurga atau pahala atau mahu menjauhkan diri dari dosa dan neraka. Imam Ghazali berkata:

Setelah ia tahu dan Makrifat pada Allah swt ia pun mulai sungguh-sungguh belajar cara-cara ibadah.

Imam Ghazali, Munhajul Abidin, 10 (1997)

Apabila ahli-ahli sufi berkata tentang taubat, jihad melawan nafsu, muraqabah (merasa kewujudan Allah swt), mereka disanjung oleh para muhaddithun.

Muhammad Abdul Rauf, The Muslim Mind, 76 (1994.).

Tidak ada cara yang dapat mendekatkan hamba-Ku kepada-Ku seperti melaksanakan fardhu-fardhu-Ku dan sesungguhnya ia mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan hal-hal yang sunnah sehingga cintalah Aku kepadanya. Dan sesudah Aku mencintainya aku jadi kakinya yang dengannya ia berjalan, tangan yang dengannya ia memukul, lidah yang dengannya ia berkata , dan hatinya yang dengannya ia berfikir. Bila ia meminta kepada-Ku Aku memberi dan bilaia berdoa Aku menerima doanya

(H Salim Bahreisy, 272 Hadits Qudsi, 76)

Lihatlah contoh sahabat Harithah:

Harithah (ra) malam beribadah dan siang berpuasa sehingga merasakan seolah-olah melihat Aras Allah terkeluar daripada langit. Apabila ini diketahui oleh Rasulullah (saw), baginda telah bersabda bahawa Harithah (ra) sudah mengenal keimanan dan hendaklah dia beristiqamah dengan amalannya itu.

Al Hujwiri, Kasyful Mahjub, 43 (1994); Abdul Qadir As Sufi, The Way of Muhammad, 29 (1975).

Atau, Rabiatul Adawiyah:

Ya Illahi! Jika sekiranya aku beribadah kepada Engkau karena takut akan siksa neraka,

maka bakarlah aku dengan neraka-Mu.

Dan jika aku beribadah kepada Engkau karena harap akan masuk surga, maka haramkanlah aku daripadanya!

Tetapi jika aku beribadah kepada Engkau hanya karena semata-mata karena kecintaanku kepada-Mu,

Maka janganlah, Ya Illahi, Engkau haramkan aku melihat keindahanmu yang azali.

Hamka, Tasawuf dari Abad ke Abad, 69-73 (1953)

Dengan niat mendekati diri kepada Allah swt, hendaklah kalian:

Shalat malam:

Terutama shalat Tahajud dan witir. Shalat Tahajud sekurang-kurangnya 20 rakaat; shalat Tahajud tiada maksimanya. Shalat Witir sekurang-kurangnya 3 rakaat; Shalat Witir mesti ganjil rakaatnya.

Bangunlah sembahyang Tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu.

Al Muzammil (73):2-4

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu.

Al Israa (17):79

Demi waktu fajar;

Dan malam yang sepuluh;

Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;

Al Fajr(89):1-3. (“genap dan ganjil” merujuk kpd shalat spt Mahgrib dan Witir)

Puasa Sunat:

Puasalah setiap hari melainkan 5 hari yang terlarang untuk menundukkan nafsu serta untuk mendekatkan diri kepada Allah swt.

Seseorang itu tidak diwajibkan berbuka kecuali pada 5 hari yang terlarang oleh Rasulullah (saw) iaitu: Idul Fitri, Idul Adha dan hari-hari Tasyriq”

                Terjemahan Sunan At-Tirmidzi, Bk 2, 92, (1993)

Apabila ahli-ahli sufi berkata tentang taubat, jihad melawan nafsu, muraqabah (merasa kewujudan Allah swt), mereka disanjung oleh para muhaddithun.

Muhammad Abdul Rauf, The Muslim Mind, 76 (1994.)

Setiap amalan anak cucu Adam itu adalah untuknya kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKu dan Aku sendirilah yang akan membalasnya.

Sahih Muslim Bk. 2, 374 (1994).

Baca Al Quran:

Bacalah Al Quran walaupun satu ain sehari kerana inilah warkah dari Allah swt, Tuhan yang kita sembah.

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran dan sesesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Al Hijr (15):9.

Di bahagian malam baginda sembahyang begitu lama dan membaca lebih daripada 1/5 Al Quran di dalam empat rakaat shalat baginda.

Muhammad Zakaria Kandhalawi, Op cit, 99.

Sedekah:

Bersedekahlah dengan iklas dan dengan harta kalian yang baik-baik. Allah swt berfirman:

Hai orang-orang beriman nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk mu.

Al Baqarah (2):267.

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu nafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.

Ali Imran (3):92; Akram Diya Al Umari, Madinan Society At The Time Of The Prophet Vol. 1, 80 (1991).

Ada tujuh orang yang akan dapat perlidungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain perlindungan-Nya iaitu: ……..7) orang yang bersedekah secara diam-diam sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.

Sunan At Tirmidzi Bk.4, 42 (1993).

Berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

At Taubah (9):41.

Zuhud:

Zuhudlah iaitu hidup dalam kesederhanaan tanpa dipengaruh oleh Materialisme ataupun keduniaan.

Setelah Pengikut Tabiin tiada maka gelaran mereka berakhir. Memandangkan keadaan ini, ahli-ahli Tarikat Tasawuf yang ada memutuskan untuk menggunakan kembali kekata SUFI.

Mengikut sesetengah orang perkataan (Sufi) ini mula digunakan semasa generasi ketiga selepas Nabi (Taba Tabiin). Menurut sumber yang lain pula, digunakan pada abad ketiga Hijriah.

M.M. Shariff, Sejarah Islam Dari Segi Falsafah, 349 (1994).

Imam Ahmad Ar Rifai ada menulis:

Ahli zuhud pada masa itu itu tidak lagi dinamakan dengan ahli zuhud bahkan mereka dikenali dengan nama ahli Tasawuf (Sufi).

Saiyid Ahmad Ar Rifai, Benteng Diri Ahli Hakikat, 109 (1994).

Kasih Sayang:

Hendaklah kalian mempunyai sifat kasih sayang dalam diri kalian kerana ini adalh tanda-tanda seorang yang beriman.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.

Mariam (19):96

Ada tujuh orang yang akan dapat perlidungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain perlindungan-Nya iaitu: …….. 4) Dua orang saling kasih mengasihi kerana Allah lalu mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.

Sunan At Tirmidzi Bk.4, 42 (1993).

Sesungguhnya pada hari kiamat kelak Allah akan berfirman, “Manakah orang-orang yang saling mencintai kerana KebesaranKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka dalam NaunganKu, di mana tidak ada nauangan sama sekali kecuali NauanganKu.

Sahih Muslim Bk 4 :494 (1994)

Syariah:

Berpautlah kepada Al Quran dan As Sunnah sekiranya kalian berhadapan dengan masalah. Kalau tidak dapat jawapan berpautlah kepada Sunnah Sahabat Rasulullah saw yang dapat pertunjuk. Kalau tidak dapat jawapan, Naik serah dan tunggu (NST). Jauhilah bidaah kerana bidaah menyesatkan.

Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

Al Maidah(5):44

Aku telah meninggal kepada kamu dua rujukan yang sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat iaitu Kitab Allah swt (Al Quran) dan Ahadith ku (As Sunnah).

Al Muwatta, Vol. II, 544 (1994).

Hendaklah kamu ikut Sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah yang mendapat pertunjuk. Hendaklah kamu berpegang cara ini kuat-kuat. Elakkan bidaah kerana setiap bidaah ada pembaharuan dan setiap pembaharuan adalah kesesatan.

Sunan Abu Dawud Vol. 3, 1294 (1990).

Imam al-Haramain (wafat tahun 478) mendakwa bahawa telah berlaku ijma di kalangan muhaqqiqin bahwa tidak dibolehkan mengikut pendapat para Sahabat, tetapi wajib mengikut pendapat-pendapat para imam mazhab…

  Taha Jabiral Alwani, Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, 121 (1993).

Mulai daripada saat itu umat Islam mencuaikan Al Quran dan As Sunnah dan hanya berpandukan kitab-kitab empat mazhab yang telah disyorkan. Dengan ini timbullah generasi Taklid sehingga hari ini. Taklid adalah perbuatan menerima ataupun mengambil pendapat orang lain tanpa mengetahui hujjahnya daripada al Quran ataupun as Sunnah.

Haji Dasuki bin Haji Ahmad, Kamus Pengetahuan Islam, 339 (1976).

Sebenar-benar takut kepada Allah swt:

Berkenaan “Ihsan”, Rasulullah saw ada bersabda:

Hendaklah kamu sembahyang seolah-olah kamu melihat Allah, kalau tidak ketahuilah Dia melihat kamu.

Terjemahan Sunan At Tirmidzi Bk.4, 237 (1993)

Mengikut Syahwaliyullah, kalian sudah berada dalam makam Ihsan. Justeru di mana juga kalian memandang, kalian tahu bahawa Allah swt melihat kalian dan kalian melihat Allah swt.

Seseorang yang sudah mencapai Makrifatullah dapat beribadah di makam Ihsan.

G N  Jalbani, Teachings of Shah Waliyullah of Delhi, 82 (1979).

Maka hendaklah kalian sentiasa sedar kepada Ke Hadhiran Allah swt sentiasa walaupun kedua mata kalian tidak melihatNya.

Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka.

Al  Mulk (67):12.

Anakku yang dirindui, akhir kalam janganlah kalian lupa untuk Dzikrullah sentiasa kerana inilah Nadi Ahli Sufi. Berkenaan ini Rasulullah swa ada bersabda:

Mahukah aku beritahukan kepada kamu semua dengan amal-amal yang terbaik dan paling diredhai di sisi Tuhan kamu dan membuat anda mencapai derajat tinggi dan lebih baik untuk kamu semua daripada memberi sedekah emas dan perak dan lebih baik daripada kamu semua bertemu musuh lalu kamu penggal leher mereka dan mereka memenggal leher kamu semua.” Mereka menjawab, “Mahu!” Baginda menjawab, “Dzikrullah (Mengingati Allah).”

Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk 4, 494 (1993)

Mataku tidur namun hatiku tidak.

Sahih Al Bukhari Vol. 4, 495 (1987).

Aishah rha ada berkata yang bermaksud:

Rasulullah (saw) mengingati Allah swt sepenuh masa.

Sunan Abu Dawud Vol. 1, 5 (1990).

 Anakku janganlah kesibukan hidup keseharian kalian membuat kalian lalai untuk mengingati Allah swt. Kerana jika kalian ingat kepada Allah swt, Allah swt akan ingat kepada kalian dan jika kalian lupa kepadaNya maka Dia akan lupa kepada kalian.

Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu.

Al Baqarah (2):152.

Sesungguhnya Allah swt telah berfirman, “Apabila hamba-Ku mendekati Aku sejengkal maka Aku mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta maka Aku mendekatinya sedepa. Dan bila dia mendekati Aku sedepa, Aku akan datang menemuinya lebih cepat lagi.”

Sahih Muslim Buku 4, 608 (1994).

Aku bersamanya jika ia mengingati Aku. Sekiranya ia mengingati Aku dalam dirinya, Aku akan mengingatinya dalam DiriKu.

Sahih Muslim Buku 4, 608 (1994).

Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah.

An Nur (24):37.

Sentiasalah mengingati kepada-Nya. Jangan kau lupakan Dia. Janganlah kau meninggalkan zikir(ingatan) kepada-Nya kecuali ajal telah mendatangimu. Sebab (baru sahaja mahu) ingat pada saat itu tiada berguna. Ingatlah Allah swt sebelum ajal menimpamu.

Syeikh Abdul  Qadir Al Jalani, Al Fath Ar Rabbani, 2-3  (1996).

Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka.

At Taubah (9):67

Anakku, inilah amalan-amalan Ahli Sufi yang Ayah tinggalkan untuk menjadi pendoman serta panduan hidupmu di Dunia ini. Semoga Allah swt merestui kita bersama sentiasa di Dunia hingga ke akhirat, aamin Ya Rabbil alamin.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *