TENTANG HATI, ROH, DAN JIWA
Ustadz Hussien Abdul Latiff:
Ayah: Anakku, Allah swt berfirman bahawa Dia memberi kita Penglihatan, Pendengaran dan Hati1. Dan di dalam firmanNya yang lain, Dia berfirman Hati yg memahami atau yg memikir2.
Kenapa dalam Firman yg pertama di atas ini Dia tidak gunakan perkataan “Minda atau Akal” kenapa Dia gunakan perkataan “Hati”?
Ini adalah kerana kalau Dia berfirman bahawa Dia memberi Penglihatan, Penglihatan dan Minda [akal / aql] maka ini boleh ditafsirkan sebagai tiga komponen atau tiga bahagian yang berasingan. Ini tidak tepat kerana Minda [akal / aql] , Penglihatan dan Pendengaran adalah tiga serangkai dan tidak pernah berpisah.
Justeru itu Allah swt menggunakan perkataan Hati.
Maka firmanNya berbunyi bahawa Dia beri Penglihatan, Pendengaran dan Hati. Untuk memaklumkan kepada mereka yang faham bahawa Hati di sini maksudnya ialah Minda dan Minda itu tidak berpisah dengan Penglihatan dan Pendengaran.
Sesudah kita faham maksud Hati maka pertanyaan seterusnya ialah di manakah letaknya “Hati” ini?
Iaitu di mana letaknya komponen atau bahagian tiga serangkai (Minda [akal / aql] , Penglihatan dan Pendengaran) ini? Jawapannya sudah tentu di kepala. Kerana Otak, Mata dan Telinga terletak di kepala. Inilah tempat operasinya Minda, Penglihatan dan Pendengaran.
Justeru itu apabila kita mahu mengingat sesuatu kita ingat di Minda [akal / aql] yg terletak di kepala.
Bila Allah swt berfirman bahawa hendaklah kita semasa Shalat, selepas Shalat dan dalam hidup keseharian ingat kepadaNya, ini merujuk kepada Minda kita yg di kepala.
Maka apabila kita mengingati Allah swt maka Minda kita menjadi Kosong kerana Allah swt tidak serupa dan tidak boleh diumpamakan.
Justeru itu juga Penglihatan tidak melihat dan Pendengaran tidak mendengar apa-apa pun kerana Minda, Penglihatan dan Pendengaran adalah tiga serangkai. Ini sesuai dengan firmanNya bahawa Hati menjadi tenteram dengan mengingati Aku.
Juga diingatkan bahawa Dzikrullah maknanya mengingati Allah swt.
Allah swt juga berfirman bahawa Dia memberi kita Roh. Maka Roh adalah satu komponen atau bahagian yang berasingan dengan “Hati”.
Letaknya Roh dekat ulu hati di dalam dada. Dari situ dia meresap keseluruh anggota jasad kita. Dengan Roh itu Allah swt memberi sedikit kekuasaan untuk membantu kita menjalani hidup kita keseharian. Apabila Roh meresap kpd anggota jasad kita maka berkuasalah kita menjalani hidup kita keseharian.
Kadangkali apabila Roh mahu meresap ke seluruh jasad sari ulu hati seperti bila kita mahu bangkit dari tidur, maka syaitan menahan Roh dari berbuat begitu maka kita tidaklah dapat menggerakkan keseluruh anggota jasad kita. Keadaan ini kadangkali dipanggil “kena tekan” [ketindihan].
Di sini anakku, kalian udah faham Hati itu terletak di kepala dan Roh itu berpusat di Ulu Hati.
Apabila Hati dan Roh bersatu maka dikatakan persatuan dua anggota ini sebagai “Jiwa”. Ini boleh berlaku apabila Hati turun ke dada dan bersatu dengan Roh. Ini berlaku apabila kita mahu tidur. Sesuai dengan firman Allah swt bahawa Dia memegang Jiwa kita semasa kita tidur iaitu Dia memegang Roh dan Hati kita.
Kenapa mesti dipegang? kerana Hati itu tidak pernah tidur. Justeru itu ramai juga di dunia ngak bisa tidur seumur hidup.
Adalah keutamaan Hati ialah untuk Dzikrullah (mengingati Allah swt) tetapi apabila dia turun ke Dada maka keimanan kita akan menjadi lemah kerana akan terjadinya Ketiduran.
Jiwa juga bisa terjadi apabila Roh naik ke kepala dan bersatu dengan Hati. Ini yg dikatakan keadaan “Fana”. Kamu akan merasa kamu duduk di dalam kepala kamu dan seluruh anggota di bawah kepala tidak dirasakan lagi wujudnya. Sesuai dengan firmanNya, “Hai Jiwa tenteram kembali kepadaKu” 3 . Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ada berkata, “Masuk bilik khalwat! “Khalwat makna berdua-duan dengan Allah swt.
Di sini tanpa sedari kamu udah mulai membina Base Camp kamu. Maka setiapkali kamu “fana” maka akan terkeluar dari kepala atau Base-Camp kamu satu “frequency” atau denyutan. Apabila disambut oleh Allah swt maka masuklah kamu dalam jemaahNya. Sesuai dengan firmanNya bahawa apabila kita ingat Dia, Dia akan ingat kita. Justeru itu juga Hati kita menjadi tenteram dengan mengingatiNya dan Dia juga ada berfirman, “Hai Jiwa-jiwa yg tenteram kembalilah kepadaKu dan masuklah dalam jemaahKu.”
Semoga anak-anakku yg dikasihi, kalian dapat pencerahan dalam syarahan Ayah ini.
Anakku apabila kita udah faham Hati maksudnya tiga serangkai iaitu Minda, Penglihatan dan Pendengaran serta terletak di kepala kita maka barulah kita bisa NST, ROC dan masuk Pintu Belakang.
Apabila kita faham maksudnya “Jiwa” baru kita bisa bina Base-Camp serta dapat Fana dan masuk ke dalam JemaahNya
Catatan:
Bagaimana ayat quran yang mwmjelaskn hati bearada di rongga dada.l
Pak Dodi, kami ringkaskan beberapa point-pointnya:
1) yang dimaksud “hati” itu adalah bukan “fisik”, melainkan -mengutip bahasa imam Ghazali- Lathifah Ruhiyah Rabbaniyah, sesuatu yang halus, yang bukan fisik kasar ini.
2) menurut Ustadz Hussien, senada dengan perkataan Imam Ghazali, hati -yang bukan sesuatu yang fisikal- itulah yang memiliki kemampuan untuk memahami sesuatu dan memiliki pendengaran dan pengelihatan.
3) Karena yang dimaksud adalah sesuatu yang bukan fisikal, tetapi mengambil tempat pada tubuh fisikal, pertanyaan berikutnya adalah dimanakah dia bertahta pada tubuh fisik? Jawabannya : kemampuan mengerti / memahami, melihat dan mendengar itu ada di kepala.
4) Karena dia sesuatu yang halus dan bukan fisikal, maka dia punya kemampuan berpindah-pindah. ilustrasi Ustadz Hussien seperti ini, saat seseorang keluar ruh dari badan (OOBE), maka hati-nya bisa ada di jasad (yang dengan itu jasad orang itu melihat ruh-nya mengapung di udara), atau hatinya bisa ada pada tubuh halusnya (yang dengan itu tubuh halusnya itu yang melihat jasadnya terbujur di tempat tidur). jadi hati bisa berpindah-pindah karena dia bukan sesuatu yang fisik.
5) karena dia bisa berpindah-pindah, maka sebenarnya pada jasad pun dia bisa berpindah dari posisinya yang sebenarnya bertahta di kepala (seperti saat seseorang sadar penuh dan beraktivitas), lalu misalnya kesadarannya menurun dan lari ke dada sehingga seseorang itu tertidur.
6) menurut ustadz Hussien, kondisi seseorang dimana hatinya tidak terjaga (hatinya turun ke dada) inilah yang dimaksudkan Qur’an dengan “yang buta adalah hati yang di dalam dada”. karena hatinya di dada, dia buta.
7) Tetapi, hati bisa terjaga / tidak buta. yaitu jika hati tersebut secara langgeng terus-menerus mengingati Allah. Maka hati yang di kepala itu bisa mencapai keadaan dimana dia tetap terjaga bahkan saat tubuh fisik tertidur. Seperti hadits, mataku tidur hatiku tidak.
-admin-
Subhanallah Allahu Akbar, penyampaian yang sangat jelas sekali. Tergetar Hati dan Perasaan saya ini.
Terima kasih diri ini mengucapkan kepada Ustad