Q&A: BERSHALAWAT KEPADA NABI, BUKAN KEPADA NURNYA

[2/18, 6:52 PM] Datin Hjh Gayahsaid: *Baca slow² okay. “HASBI RABBI JALALLAH, MAAFI QALBI GHAIRULLAH, NUR MUHAMMAD SALALLAH, LAILAHAILLALLAH”. COPY PASTU BAGI SEMUA ORANG ZIKIR ♡ Forward ke group² lain. Anda akan membuat beribu, malah berjuta² orang berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W ☺*
_sharelah_ *dengan keikhlasan*

[2/18, 6:54 PM] Datin Hjh Gayahsaid: As salam ustaz…adakah zikir atas melambangkan wahdatul wujud..sll didendangkan jemaah masjid bila diadakan qiamulaill…..t.kasih ustaz

[2/18, 10:37 PM] Ustadz Hussien Abd Latiff: “MAAFI QALBI GHAIRULLAH, NUR MUHAMMAD SALALLAH” ertinya ” Tiada dalam hati melainkan Allah. Allah berselawat atas Nur Muhammad. Masalahnya bukan bahagian pertama tetapi bahagian kedua iaitu “Allah berselawat atas Nur Muhammad”. Kerana ini bercanggah dengan yg tertera dalam Al Quran maksudnya, Allah swt & Nabi-nabi berselawat atas Nabi (bukan Nurnya). Hai orang-orang beriman hendaklah kalian berselawat atas nabi. Maka ini bukan dalilnya yg menyokong konsep Nur Muhammad.

Cerita tentang Nur Muhammad terdapat dalam.kitab berzanji yg ditulis oleh orang Syiah. Di mana diceritakan kononnya nur ini terpanca di muka bapa Rasulullah saw kerana itu seorang pelacur sentiasa minta bapak Rasulullah saw berzina denganNya. Tetapi setelah bapak baginda nikah dengan ibu baginda, pelacur ini tidak lagi mahu mendekati bapak baginda dan apabila ditanya mengapa kononnya Nur itu ngak memancar lagi di muka bapak baginda kerana sudah turun masuk ke ibu baginda. Ini cerita Syiah dalam kitab berzanji.

Juga ada yang hendak mengaitkan Nur Muhammad dengan surah An Nur bahagian Nur ala nur. Tetapi ayat ini menerangkan tentang Loh Mahfuz bukan Nur Muhammad. Justeru itu tidak boleh dijadikan dalil.

Konsep Nur Muhammad adalah satu bidaah dalalah yg timbul selepas Rasullah saw dan sahabat-sahabat dan samasekali tidak dipraktikkan oleh Baginda dan sahabat baginda terutama Khalifah Ar Rashidin. Juga udah fatwakan sesat di Malaysia.

Maka Datin, saya nasihatkan jangan diamalkan.

[2/18, 10:41 PM] Sri puji Astuti: Alhamdulillah terimakasih Ustadz TH1🙏

[2/18, 10:43 PM] Malik: Amat jelas dan terang serta faham terima kasih ustaz…

[2/19, 5:28 AM] Datin Hjh Gayahsaid: “MAAFI QALBI GHAIRULLAH, NUR MUHAMMAD SALALLAH”

T.kasih ustaz atas pencerahan mengenai zikir 👆🏿 Semlm saya di post dari group lain diwar2kan baca berulang kali.. lalu saya rasa sangsi bila terdapat ungkapan NurMuhammad


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

 

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *