Q&A: BELAJAR DENGAR DAN TAAT

Ustadz Hussien Abd Latiff: Maknanya “Dengar dan Taat”.
“Dengar” iaitu mendengar atau menerima.
“Taat” iaitu menjalankan perintah atau suruhan langsung tanpa pertanyaan.
Contoh yg dengar & taat:

1) Nabi Ibrahim as apabila menerima perintah untuk menyembelih anaknya Ismail langsung mahu menjalankan perintah itu tanpa bertanya.
2) Rasulullah saw apabila disuruh berhenti dari dakwahnya berkata bahawa baginda tidak akan berhenti walaupun diberi matahari di telapak tangan kanan baginda dan bulan di telapak kiri baginda.

Contoh yang dengar tapi tidak taat:

1) Iblis sebelum itu namanya adalah Azazil yg sangat kuat beribadah kepada Allah swt. Apabila turun perintah bahawa Allah swt akan menjadikan manusia sebagai khalifahNya maka iblis bertanya kenapa Allah swt mahu melantik manusia yang akan bunuh membunuh sesama mereka menjadi Khalifah. Kerana itu dia dihalau dari syurga.
2) Nabi Nuh as bertanya kenapa anaknya dilemaskan oleh Allah swt maka dia ditegur oleh Allah swt supaya jangan menjadi orang jahil.

Untuk Dengar dan Taat kepada Allah swt, Rasulullah saw serta penganti Nabi iaitu waristul ambiya dan di sini Imam Ahmad Ar Rafii ada berkata “mereka adalah Arif Billah” dan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ada berkata “merekalah Naib Nabi-Nabi”, mestilah dapat menerima perintah atau suruhan dan langsumg menjalankannya tanpa pertanyaan.

Justeru itu walaupun Rasulullah saw ada banyak sahabat tetapi yang sangat dekat dan percayai oleh baginda adalah Sayadina Abu Bakar, Umar, Othman & Ali rhm. Mereka ini adalah sahabat yg “Dengar” & “Taat”.

Ibrahim Hashim: Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi atas contoh dan kupasan makna “Dengar&Taat”. ❤❤❤

Zaiton: MasyaaAllah sadakta ya ustaz terima kasih sangat indah penerangan yg matap lagi amat menepati dapat kita jadikan panduan mendidik diri sendiri dalam istilah kami mendegar dan kami taat insyaaAllah jazakallhu khair 🙏👍👍🍀🌸🍀🌸🍀🌸🍀🌸

Efendy Yasin: Terimakasih Ayah … sangat jelas sekali 🙏

Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. Darman syah says:

    Alhamdulilah sgl puji bagiMU ya rhab

  2. Darman syah says:

    Terbaik ya ustaz dn sahabat2 dlm yamas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *