Q&A: TENTANG MINDA DAN BAGAIMANA MENYUCIKANNYA (2)
Admin: Assalamualaikum ustadz. Ada pertanyaan dari rekan2 di group Yamas. Mengenai ini.
Kosongkan dulu, baru sucikan dengan dzikrullah.
“Kosongkan” itu maksudnya apakah pembersihan minda dengan kulhu falaq an nas. Atau maksudnya langsung ingat Allah nampak kosong ustadz?
Yang dibingungkan rekan-rekan mengenai urutan
1. Mengosongkan
2. Mensucikan
Mohon pencerahan ustadz
Ustadz Hussien Abd Latiff: Maaf, syarahan ini ialah untuk sahabat-sahabat yg sekarang ini udah bisa mengosongkan minda mereka secara otomatis.
yang masih belum tetapi udah masuk seminar maka hendaklah mereka berbuat begini:
1. Katakan dalam Minda, “Allah”, (jangan dieja atau ditulis). Maka Minda itu mesti kosong ngak ada apa-apa yang dibayangkan kerana kamu tidak ada pengetahuan sedikitpun bagaimana RupaNya.Contohnya, kamu sebut nama bapa saya di Minda kamu “Abdul Latiff”, kerana kamu tidak tahu bagaimana rupa bapa saya maka sudah tentu Minda kamu tidak bisa membayangkan rupa bapa saya.
Begitu juga apabila kamu sebut nama kamu di dalam Minda kamu, kamu tidak membayangkan rupa kamu justeru Minda kamu juga kosong.
Hendaklah kamu latih ini sehingga Minda kamu menjadi kosong bila-bila sahaja kamu mengingati Allah swt.
Kaum Buddhist dan Yoga mengosongkan Minda mereka dengan tidak membenarkan apa jua masuk kedalam Minda mereka semasa “mediation“. Ini dikatakan “No distraction”. Ini makan masa yang lama dan memerlukan latihan yang keras.
Untuk kita tidaklah begitu rumit [praktik kita tidak mengikut jalan seperti meditasi, melainkan dengan dzikrullah], kerana kita hanya mengingati Allah swt; Minda menjadi kosong kerana kita ngak bisa membayangNya, justeru itu Minda kita menjadi aman sesuai dengan firmanNya bahawa Hati menjadi tenteram dengan mengingatiNya. Harus diingati bahawa kalau Minda aman yang 2 serangkai [pendengaran dan pengelihatan] pun aman bersama. Tiga serangkai ini dikatakan Hati.
2. Kalau kamu ngak bisa buat seperti di atas ini kerana ada gangguan maka hendaklah amalkan baca surah Al Fatihah, Al Iklas 3x, Al Falaq dan An Nas kedalam Minda kamu sehingga gangguan di Minda kamu ngak ada lagi. Kalau udah hilang gangguan ini makalah ikutlah cara (1) yang tersebut di atas ini. Sesudah itu, baru ikut syarahan saya berkenaan Minda.
Artikel Terkait :
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR