Q&A : MENDAKI TANGGA-TANGGA KE ILAHI
Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila kamu berada di Pintu Belakang naiklah berjumpa dengan Tuhanmu (Allah swt). Apabila kamu mendaki “tangga-tangga” ke Ilahi hendaklah kamu berhenti apabila kepenatan. Jangan teruskan pendakianmu kalau tidak kamu akan merasa pening, mahu muntah, susah bernafas, demam dan bisa pingsan. Naiklah santai-santai kerana Allah swt sentiasa menunggumu walau bagaimanapun kamu lambat.
Perbuatan “naik” ini sebenarnya ialah usaha kamu untuk menyampaikan ingatan kamu kepadaNya. Justeru kamu bawa ingatan ini sejengkal, sehasta dan sedepa dengan harapan disambut olehNya. Sesuai dengan firmanNya yg bermaksud bahawa kamu ingat Aku, Aku ingat kamu [1]. Juga firmanNya yg bermaksud bahawa kamu ingat Aku dalam dirimu, Aku ingatmu dalam Diriku [2]. “Diriku” bermaksud DiriNya yg sedikit disebalik Dzat.
Maka apabila kamu di sambut olehNya maka kamu akan berada dalam keadaan kefanaan. Seterusnya, kamu dibawa kePintu Alam Sakinah sebelum kamu dijemput atau dipaksa masuk.
Semasa kamu berada diPintu Belakang (sebelum disambut), kamu bisa melihat ke Pintu Depan dengan dua cara:
1. Melihat semua yg berlaku diPintu Depan sebagai tayangan Ilahi dan kamu berada dalam Bioskop Ilahi, atau
2. Menafikan kesemua sifat di Pintu Depan dan mengisbatkan Dzat. Justeru itu kamu akan lihat Dzat meliputi semua di mana juga kamu memandang.Dalam keadaan (1) kamu akan merasa aman damai selagi kamu tidak turun ke Pintu Depan. Inilah rasa JamalNya.
Keadaan (2) pula kamu akan bergegar dan menangis apabila kamu melihat sifat-sifatNya di setiap ufuk dan dalam dirimu. Inilah Sifat JalalNya.
Maka anakku, sebelum keadaan fana terjadi (sentiasa naik) maka apabila kamu melihat ke Pintu Depan (jangan turun) pilihlah sama ada kamu mahu merasakan lambat laun Jamal atau JalalNya di Pintu Depan.
Semoga keterangan yg diberikan memfaat bagimu anak-anak Ayah yg dirindui lagi dikasihi.
[1] Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. (Terjemah QS Al-Baqarah : 152)
[2] “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku berada dalam prasangka hamba-Ku, dan Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku, dan jika ia mengingat-Ku dalam perkumpulan, maka Aku mengingatnya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada mereka, jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekatkan diri kepadanya sehasta, dan jika ia mendekatkan diri kepada-Ku sehasta, Aku mendekatkan diri kepadanya sedepa, jika ia mendatangi-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku mendatanginya dalam keadaan berlari.” (HR. Bukhari: 6856 )
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR