Q&A: TENTANG MINDA DAN BAGAIMANA MENYUCIKANNYA

Ustadz Hussien Abd Latiff: Minda (bahasa lama, Akal) adalah sesuatu yg Transient/Impermanent (tidak berjisim).

Allah swt berfirman bahawa Dia memberi kita pendengaran, penglihatan dan hati. Di lain firman pula disebut Hati yg berfikir atau yg memahami.

Kenapa tidak disebut Minda tetapi disebutkan Hati? Kerana jika disebut pendengaran, penglihatan dan minda, ini bisa difahami sebagai 3 anggota yang tidak sepadu. Namun kefahaman ini tidak benar kerana ketiga-tiga anggota ini adalah sepadu dan bukan sahaja itu, beroperasi 24 jam serta tidak pernah “rosak”.

Yang rosak adalah anggota fisikal (Otak, telinga atau mata) yang membuat Minda, Pendengaran dan Pandangan tidak dapat berfungsi. Namun apabila dibaiki anggota fisikal ini seperti menerusi perubatan atau operasi (pembedahan) maka naluri-naluri tertentu itu udah bisaterus berfungsi lagi.

Contoh, air sungai yang sentiasa mengalir ke sawah namun kalau ada yang menyekatnya seperti tanah runtuh dan sebagainya maka air sungai itu tidak dapat mengalir ke sawah. Tetapi sekiranya tanah yang runtuh itu dipindahkan air sungai itu dapat terus mengalir semula ke sawah.

Minda adalah tempat turunnya segala arahan dari LM [Lauh Mahfudz] sama ada yang baik atau yang jahat. Kerana itu kalau rosak Minda itu (semua arahan turun menyuruh kpd kemungakaran) maka rosaklah orang itu.

Minda kerana berkeadaan “Transient” tidak terikat kepada jisim dan juga kepad Roh. Ini bererti ia bisa keluar dan meninggal jasad dan Roh. Contoh,seseorang yang mengelamun atau termenung, Mindanya ke mana sahaja meninggalkan jasadnya. Ataupun semasa wisata jiwa [OBE] ke Awan (cloud), Minda bisa meninggalkan Roh sementara duduk di awan dan pulang ke jasad. sesudah itu pulang kembali kepada Roh.

Minda apabila bergabung dengan Roh yg teletak dekat daerah ulu hati menjadi jiwa. Ini boleh berlaku seperti berikut:
1. Apabila mahu tidur maka Hati (Minda, Pendengaran dan Prnglihatan) turun ke dada (daerah ulu hati) dan bergabung dengan roh menjadi jiwa. Sesuai dengan firman maksudnya bahawa Allah swt memegang Jiwa kita semasa tidur. Kenapa dipegang bukan ditidurkan? Kerana Minda, Pendengaran dan Penglihatan tidak pernah tidur serta sentiasa berfungsi 24 jam. Semasa Hati turun ke dada, inilah saat-saatnya keimanan kita tergugat atau terturun (disebabkan ketiduran) kerana Hati hendaklah sentiasa berjaga sesuai dengan sabda Rasulullah saw. “Mataku tidur, hatiku tidak.”
2. Semasa roh naik ke kepala dan bergabung dengan Hati. Ini bisa berlaku dalam keadaan “Fana”.
3. Semasa wisata jiwa (OBE) atau semasa dikeluarkan menerusi tulang sulbi kita (semasa kita berada dalam rahim ibu kita) mahu diambil kesaksian kita.
4. Semasa Minda menyusuli Roh yg berada di Gerbang (Pintu) Alam Bazakh dan bergabung sebelum memasukinya.
5. Semasa di alam mimpi, kita yg berada dalam mimpi itu bisa berfikir.

Sayugia diingatkan yg naik sejengal, sehasta dan sedepa adalah Minda dan apabila dijemput oleh Ilahi, inilah masa bergabungnya Roh & Minda menjadi Jiwa dalam keadaan Fana. Untuk mencapai keadaan ini, Minda mestilah bersih dan suci

Minda menjadi bersih apabila dikosongkan dan menjadi suci apabila diisikan dengan dzikrullah (ingat kpd Allah swt). Seperti diterangkan di atas ini bahawa Minda adalah anggota bebas tidak terikat kepada roh ataupun jasad dan bisa ke mana sahaja maka untuk Minda mahu bertahan duduk di dalam kepala (otak) kita (duduk di Pintu Belakang atau Base Camp) dan tidak terturun ke dada, hendaklah Minda itu dikosongkan bererti tidak diganggu atau terpengaruh dengan keadaan di luar (jangan turun ke Pintu Depan). Sesudah dikosongkan maka hendaklah di sucikan dengan dzikrullah sehingga dijemput oleh Ilahi iaitu keadaan Fana.

Proses mensucikan Minda itu hendaklah dilakukan secara santai (relak) kerana kalau terlalu menekan akan mengalami kaedah-kaedah Vertigo.

Harap prihatin, buddhist bisa duduk Pintu Belakang atau Base Camp kerana mereka mengosongkan Minda mereka. Namun kerana mereka tidak dapat mensucikan Minda itu-yang hanya bisa dibuat menerusi dzikrullah- maka di peringkat ini mereka akan didampingi oleh mahkluk ghaib dan akhirnya menjadi mistik.

Sesudah kalian kosongkan Minda itu dan sucikan menerusi sentiasa berdzikrullah maka akan datang ketenteraman. Ini sesuai dengan firmanNya yg bermaksud bahawa Hati akan menjadi tenteram dengan mengingati Aku.

Ketentetaman ini membolehkan roh kalian naik dan bergabung dengan hati kalian lalu menjadi jiwa. Justeru datang jemputan Ilahi, “Hai Jiwa-jiwa yg tenteram kembalilah kepada Ku dan masuklah dalam jemaahKu”. “JemaahKu” maksudnya mereka udah sampai ke taraf ini iaitu keadaan di jemput Ilahi atau Fana.

Sampai di sini sahaja anak-anak Ayah sehingga berjumpa lagi, salam rindu dari Ayah untuk kalian semua.

Mujiburrahman: Alhamdulillah terima kasih ustadz. Jad tahap pertama kosongkan terlebih dahulu dngan masuk pintu belakang baru disi dengan dzikrullah ustadz ?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Kalau ngak kosongkan maka susah mahu duduk di Pintu Belakang dan selalu terturun ke Pintu Depan.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *