CIRI SEORANG AHLI SUFI

27/09/20 08.06 – Arifbillah Ustadz H. Hussein Bin Abdul Latief: Anakku yg dirindui.

Dalam Dunia Ahli Sufi, kesemua ibadah Kita sama ada yg wajib atau yg sunat, Kita ambil dengan kesungguhan. Maka Malam Kita bersengkang Mata dengan ibadah (Shalat, baca Al Quran, Dzikrullah dll) hingga ke subuh. Siang Kita mengikat perut berpuasa. Hidup keseharian Kita dipenuhi dengan Dzikrullah dan ibadah-ibadah yang lain. Namun uniknya tidak terlintas di hati Kita mahukan pahala atau Syurga atau dijauhkan dari Neraka. Malahan apa jua ibadah yg Kita buat ialah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah swt semata-mata serta meredhai apa jua ketentuanNya. Kerana itu, ayat-ayat seperti “Insya-Allah”, “Inna lilahi Winna Ilaihi Rajiun” serta “Alhamdullilah” selalu bermain di Lidah dan Hati Kita. Justeru itu, kalau diperhatikan syarahan Kita tidak langsung menekan  kepada pahala, dosa, Syurga dan Neraka. Apa jua amalan yang Kita buat adalah ikhlas untuk Allah swt. Apa yg dikhuatiri ialah sama ada ibadah Kita belum cukup lagi atau belum sempurna atau ditolak oleh Allah swt.

Itulah anakku satu-satu ciri seorang Ahli Sufi. Semoga ketemu lagi, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *