Q&A: LEBIH DALAM MENGENAI APLIKASI NST DAN ROC (6)

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, insya-Allah, Ayah akan sambung syarahan Ayah berkenaan Wisata Jiwa.

4. Kerana ibu udah beberapakali keguguran maka pada hamil anak sulung kami (sesudah dipastikan oleh doktor), Ayah buat keputusan untuk mengawal kawasan rumah di waktu malam. Maka pada malam hari dalam jam 11malam , Jiwa Ayah mulai meronda (patrol) kawasan rumah. Pada malam pertama jiwa Ayah keluar udah ternampak Kuntilanak (Pontianak atau Minah Rocker – Dia mengilai sama dengan jeritan Minah Rocker) mahu masuk kawasan rumah maka Ayah jerit padanya dan menerpa kpdnya tapi dia lari. Sesudah itu, Ayah lihat ada lagi satu Minah Rocker di atas dahan pokok mangga yg menghadap tingkap di mana Ibu sedang tidur di katil di bawah tingkap itu dan dia sedang merenung ibu. Maka Ayah jerit padanya dan tendang dahan itu lalu dia tercampak jauh sehingga hilang dari penglihatan. Esok pagi Ayah lihat dahan (yg Ayah tendang)itu patah.  Pokok Mangga ini (ditepi tempat pondok kereta (garage)sekarang udah ditebang/potong.

Ayah teruskan perondaan sehingga, Alhamdulillah, Ibu selamat melahirkan anak sulung kami. Bagi anak kedua dan ketiga kami, Jiwa Ayah teruskan.perondaan tiap-tiap malam sehingga mereka lahir tanpa masalah. Semua lahir di Hospital Pribet(Mount Elizabeth)

Pelajaran yg boleh dipelajari:

1. Jiwa bisa merasa.
2. Jiwa (Roh)mempunyai kuasa (tenaga)
3. Jiwa bisa melawan.
4. Jiwa bisa membuat perondaan untuk melindung sesuatu tempat.
5. Pukulan Jiwa (Roh)memberi kesan kepada yang zahir.

Insya-Allah akan disambung lagi anakku!

Samsul Bahri: Alhamdullillah ustaz terima kasih atas perkongsian pengalaman ustaz yg amat berharga

Winanto: Alhamdullillah Ustadz terima kasih atas sharing pengalaman Ustadz yg sangat menarik.

Noriah M Ali: Alhamdulillah, terimakasih ustaz menjawab persoalan di benak saya tentang kesan pukulan kepada yg zahir. Bermakna pukulan atau tindakan jiwa juga boleh beri kesan kepada fizikal seseorang yang lain, betulkah ustaz?
#teringin nak tahu sebab belum bisa wisata jiwa untuk explore sendiri ☺✌

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar. Ini dipanggil “Pukulan Batin ”

Noriah M Ali: Terima kasih ustaz

Badrol Sham: Utz..sy ada pertanyaan..blh kah kita berkomikasi dgn sesorg melalui Jiwa yg tggl jauh dr kita..

Ustadz Hussien Abd Latiff: Boleh dengan 2 cara:1.Telepathy dan 2. Wisata Jiwa.

Luli Alaydrus: Ustad bagaimana cara telepathy… 🙏🏻

Ustadz Hussien Abd Latiff: Telepathy adalah kita menggunakan tenaga batin untuk menghantar sesuatu melalui Minda kpd Minda seseorang yg lain atau kepada sesuatu keadaan. Lihat syarahan Perjalanan 13. Di Brown University ada kursus berkenaan ini yang dinamakan “ Brain Gate ”

Luli Alaydrus: Alhamdulillah inshallah paham ustad

 

Artikel sebelumnya :


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *