Q&A: AGAR MENGERTI KONSEP TAYANGAN ILAHI, JANGAN SELALU TURUN KE PINTU DEPAN

Ustadz Hussien Abd Latiff: 1. B. Indonesia – “Ayuh lekas kita lihat tayangan Biskop Ilahi!”
2. B. Melayu – “ Mari kita tengok tayangan di Panggong Wayang Ilahi!”
3. B. Inggeris – “Let us see the film shown in the Divine Cinema!”

Yang ditayangkan termasuk yang menyaksikan tayangan itu semuanya berada dalam (bukan di luar) Bioskop/Panggong Wayang/Cinema Ilahi.

GOT IT PEOPLES!😂😂😂

Rio: Ustadz. Dengan menyadari bahwa kita berada dalam bioskop ilahi. Dan kita bergerak mengikut rentakNya. Maka akan hilang keraguan dalam bertindak. Hilang Kesedihan. Dan sirnalah rasa bersalah.

Karena bukan kita berbuat, melainkan dzatNya sejatinya yg berbuat. Sebuah cerita yang pasti berhikmah.

Baru saya pahami mengapa “saya” tidak boleh ada.

Betulkah begitu ustadz?

Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar Rio,  😂😂😂😇

Ifrikiya Gibran: selalu ingat pesan Ustadz tentang lampu suluh. Makasih banyak Ustadz🙏🙏🙏

Sahry Ramadhan: Ustadz. Ramai diperbincangkan di Indonesia, pemahaman aqidah yang berbeda dengan ahlul sunnah wal jamaah. Dari ****** yang menganggap bathil pendapat yg lain, bahwa Allah lah yg turun sendiri ke langit bumi, dengan sabda Rasulullah saw “Tuhan kami turun ke langit dunia setiap malam ketika tersisa sepertiga malam yg terakhir. Dia berfirman ‘Siapa yang meminta kepada Ku, Niscaya Aku memberinya dan siapa yang memohon ampun kepadaKu, niscaya Aku mengampuninya”. Padahal dari pandangan Dzatiyah segala sesuatu di dalam LM (Lauh Mahfudz) semua adalah Dzat Nya yg kecil….Mohon penjelasan dari pandangan ustad tentang pemahaman ini.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila kamu melihat ada wujud yang lain selain Allah swt maka ini yang membawa kepada kebingungan, justeru itu dikatakan Quran itu penuh dengan pencanggahan.

Fahamkan firmanNya yg bermaksud bahawa bukan Muhammad yang membunuh dan melempar tetapi Allah swt yg berbuat demikian. Fahamkan juga maksud ayatNya bahawa Akulah yg Zahir dan Batin.

Maka fahamlah kita akan maksud ayatNya bahawa hidup di dunia ini adalah senda gurauan, main-mainan, iaitu Dia bermain dengan Dzat/DiriNya.

Maka inilah perbezaan Musa as dan Khidir as, yang membuat khidir as berkata kpd Musa as, bahawa inilah garis pemisahan kita, kerana Musa as tidak sampai kepada kefahaman atau ilmu Khidir as.

Maka sahry jangan selalu turun ke pintu depan dan bermain lumpur.

Sahry Ramadhan: Baik ustad, terima kasih nasihatnya benar sering terpercik lumpur coba turunkan kaki dan bisa bingung. Dengan kembali tidak wujud hanya Dia yg Wujud, terjawab semua kegoncangan bathin ini….terima kasih banyak ustad.🙏😂😂

Ustadz Hussien Abd Latiff: Seorang yang sedang berjalan di sebuah jalan lalu terdengar orang menjerit meminta tolong diikuti dengan bunyi tembakan berapakali.

Orang yang berjalan itu pun menjerit, “Tolong, tolong ada pembunuhan, tolong, tolong!”

Sedang ia menjerit, orang yang berjalan itu merasakan bahunya ditepuk dan terdengar suara, “Mana ada pembunuhan, tuan sedang berdiri di depan kedai menjual radio, dan itu hanya suara yang datang dari drama yang sedang bermain di radio yang ada di depan kedai itu dan tuan juga berada di depannya.”

Maka Allah swt ada berfirman yang bermaksud bahawa mana sama orang yang buta dengan yang celek [melihat], dan juga firmanNya bahawa mana sama orang yang dalam kegelapan dan orang yang berada dalam cahaya.

Semoga kesemua anakku tidaklah “buta”, aamin ya Rabb aamin!

Sahry Ramadhan: Alhamdulilkah, terima kasih ustad. Makna yg sangat tinggi, mengandung hikmah bekal dalam menjalani kehidupan dan perjalanan.

Ifrikiya Gibran: Alhamdulillah Ustadz terkasih. insyaAllah selalu teringat wejangan Ustadz yang kurang lebih begini yang ibra tangkap, jika engkau wujud apapun yang kamu lihat juga wujud, dracula jumpa sesama dracula… terimakasih keilmuan ketidak wujudan yang selalu Ustadz ingatkan kepada kami.. semoga kian jarang bermain lumpur, insyaAllah.. amiiin

Ustadz Hussien Abd Latiff: Anakku, apabila kamu benar-benar mengerti Konsep melihat tayangan di Bioskop Ilahi maka kamu bisa faham kata-kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, “Pada hakikatnya tidak ada pelaku atau penggerak, tidak ada baik atau jahat, tidak ada rugi atau untung, tidak faedah atau anugerah, tidak ada sekatan atau terbuka atau tertutup, tidak ada mati atau hidup, mulia atau hina, kaya atau papa, bahkan segala-galanya adalah dalam tangan (Bioskop)Ilahi” Semoga semua Anakku dapat mengerti![Syaikh Abdul Qadir Jailani dalam Futuh Al Ghaib]

 Ibrahim Hashim: Walhasil balik asal, Alhamdulillah terima kasih Ustaz yang dikasihi.

Ustadz Hussien Abd Latiff:

Anak: Ayah kenapa hanya ada air mana pergi ais yang memenuhi tasik ini.
Ayah : Itu yang dikatakan, “Walhasil balik Asal!”

Makasih prof.

Ustadz Hussien Abd Latiff: Wah Ibra kamu benar-benar rasa selamat dan bahgia sesudah mempelajari dan memahami ilmu ini.. hehehe!☺😇😎

Ifrikiya Gibran: Sangat Ustadz.. berjuta tak terhingga Syukur pada Allah menyampaikan ilmu ini via Ustadz kepada hamba hina dina ini.. ternyata disinilah pemahaman ketidakwujudan itu bermuara, diam yang menjanjikan kebahagiaan🤐🤐🤐.. Terimakasih tak terhingga Ustadz.. 🙏🙏🙏

Ustadz Hussien Abd Latiff: Ini yang dikatakan,“Hanya Jauhari mengenal Manikam” dan terdapat hampir kesemua anak-anak ayah yang boleh dikatakan, “Jauhari”. Segala pujian bagi Allah swt yang mengajar kami ilmu yang tidak diketahui oleh kami, Makasih Allah!

Ifrikiya Gibran: dimulai dari pemahaman Yang Maha Tunggal, Kun, Lauhulmahfudz, semua binasa yang tinggal Dzatnya, diam walau digunting-gunting, pura pura tak tahu, ais yg sejatinya air, laa Maujud illa Dzatullah, katak lompat, dracula, sudah dikalungkan dileher masing-masing, tak ada pilihan, gajah dengan ekornya, lembu (sapi kata salah satu sahabatku..😇 ) sandiwara belaka, bukan addicted tapi ketetapan, ujian, keredhaan, istiqamah, frame, kartun, animasi, layar lepe, bukan 3D, perjalanan yg ada awal ada akhir, Dzat yang tiada awal tiada akhir, memandang pengertian Tuhan sebagai Tuhan saja, ilmu yang yakin, NST, ROC, Dzikrullah, pemandangan kecil yg tak mengganggu pemandangan besar, sambil berurai airmata diterminal tapi bilangnya mata lagi kena debu. seakan dapat durian Bang Yasin yg sedang runtuh… uhfft.. memandang Ustadz kerana ilmunya.. taka da lagi kata2 Ustadz but SubhanaLlah… 😭😭😭😭😭

Ustadz Hussien Abd Latiff: Alhamdulillah, saya di Singapur, kamu yang ada di Malaysia dan ada di Indonesia namun kita dapat sepakat dan bersatu seperti pantun ini:

Ikan di laut,
Asam di darat,
Di dalam periok,
Mereka makrifat.

 Ibrahim Hashim: Subhanallah, madah istimewa buat panduan kami semua dari Ustaz yang kita kasihi. Aamiin.


Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

1 Response

  1. Abdul Zaky says:

    Alhamdulillah. . Terima kasih ayah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *