DZIKRULLAH, MAHKOTA AHLI SUFI

DZIKRULLAH, MAHKOTA AHLI SUFI

Anakku, Mahkota (Crown) Ahli Sufi adalah Dzikrullah mereka. Inilah Nadi (Pulse) hidup mereka. Lilin yg menyala di waktu malam yg gelap gulita. Inilah, mengikut Rasulullah saw, ibadah yg sangat tinggi di sisi Allah swt lebih tinggi darjatnya dari sedekah emas dan perak atau berjihad (kamu bunuh musuh atau musuh bunuh kamu). Sehingga Syeikh Abdul Qadir Al Jilani menasihat supaya kita sentiasa mengingati Allah swt kerana apabila sampai masa Kita mahu meninggal dunia baru mahu mengingati Allah swt maka ini udah terlambat. Contoh, Firaun apabila dia mahu mati lemas di Laut Merah baru dia mengingati Allah swt seraya mengikrarkan kepercayaannya kepada Allah swt maka Allah swt menolaknya dengan berfirman bahawa baru sekarang kamu mahu mengingatiKu.

Anakku, ramai para sahabat bersetuju bahawa Dzikrullah-lah yg dapat menolong banyak manusia di Hari Akhirat kelak. Allah swt juga ada berfirman bahawa kaum lelaki atau perempuan yg banyak mengingati Allah swt akan mendapat keampunan serta keberuntungan besar di Hari Akhirat.

Anakku, ingat juga kpd peristiwa Nabi Yunus (as) yg berada di dalam perut ikan Nun. Allah swt berfirman bahawa kerana dia banyak mengingati Allah swt, maka Allah swt melepaskannya dari perut ikan Nun itu kalau tidak dia akan berada di situ sehingga Hari Kiamat.

Kerana itu anakku Rasulullah saw pesan kepada Sayidina Muadz bin Jabal supaya tidak sekali-kali selepas shalat lupa berdoa: “Allahumma a’inna ‘alaa zikrika wa shukrika wa husni ‘ibadatik” bermaksud: “Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu.”

Anakku, ingat juga akan peristiwa Nabi Ayub (as) dan Nabi Yakub (as) dalam penderitaan mereka tidak lupa mereka mengingat kepada Allah swt lalu mencerita kpd Allah swt akan penderitaan mereka serta memohon pertolongan dari Allah swt (ini yg Kita kata NST) lalu Allah swt memberi pertolongan kpd mereka serta melepaskan mereka dari penderitaan mereka berdua.

Anakku, Dzikrullah ada 3 peringkat Masa (3 S):

1. Singkat (S1)
2. Sederhana (S2).
3. Sentiasa (S3).

Kebanyakan kalian udah bisa mengatasi peringkat S1. Ada juga terkadang-kadang dapat mencapai peringkat S2. Namun ramai masih berusaha untuk mencapai peringkat S3.

Insya-Allah akan bersambung dan akan diterangkan bagaimana bisa mencapai S3 di Tazkirah akan datang.
(Insya-Allah, latihannya S3 akan diadakan di Batam nanti)

Fiamanillah, anakku yg disayangi lagi disenangi.

Anakku, Dzikrullah ada 3 peringkat Masa (3S):

Iaitu:
1. Singkat (S1)
2. Sederhana (S2)
3. Sentiasa (S3)

Ini yg Syeikh Abdul Qadir Al Jilani ada berkata bahawa berlaku warak perlukan 1 jam, Sederhana perlukan 2 jam tetapi bermakrifat mahukan Sentiasa.

S1 merangkumi Dzikrullah dalam Shalat Kita sama ada yg Fardu ataupun yang Sunat. Allah swt berfirman bahawa hendaklah Kita shalat untuk mengingatiNya. Maka perlulah kita:
1. Ingat Allah swt
2. Fokus
3. Kunci
4. Istiqamah

Justeru Kita akan merasa kekhusyukkan dalam Shalat sehingga akhirnya. Maka Rasulullah saw bersabda bahawa seseorang yg khusyuk dalam Shalat mereka, Allah swt mengampunkan segala dosa mereka seolah-olah mereka baru lahir semula (seperti “baby” atau bayi yg baru lahir)

S2 merangkumi keadaan sesudah Shalat di mana Kita duduk atau baring atau berdiri berdzikrullah. Ini tidak membabitkan pergerakan atau perjalanan. Apa yg perlu dilakukan:

1. Duduk atau berdiri atau baring.
2. Ingat Allah swt
3. Fokus
4. Istiqamah.
(Ini yg dikatakan “Meditasi” atau “Meditation”)
Bertahanlah seberapa lama yg Kalian bisa lakukan. Kalau bisa setiap selepas shalat, habiskan masa 2 jam atau lebih berdzikrullah. Allah swt ada berfirman bahawa lelaki atau perempuan yg banyak berdzikrullah mendapat keampunan dan keuntungan yg besar dari Allah swt.

Namun S3 adalah menjadi idaman setiap Ahli Sufi. Inilah keadaan Dzikrullah Kita yg tidak terhenti sesudah S1 dan S2 tetapi terus berjalan sehingga akhir hayat. Inilah yg Allah swt berfirman orang-orang yg tidak dilalaikan oleh hidup keseharian (Jual-beli) mereka dari berdzikrullah. Inilah lilin yg menyala diwaktu yg gelap gulita. Inilah yg dikatakan “Nadi” Ahli Sufi. Walaupun dalam kesibukan menjalankan kehidupan keseharian mereka namun Minda mereka tetap berdzikrullah. Ini yg dipantunkan, “Ikan di laut, Asam di darat, di dalam periuk mereka Makrifat.”
Untuk mencapai keadaan ini, kalian perlu semasa berjalan atau membuat sesuatu pengurusan:

1. Tempatkan Dzikrullah di Pintu Belakang.
2. Membaca Suratul Al Iklas dengan Minda.
3.Penuhkan bacaan itu DI ANTARA Pintu Belakang dan Pintu Depan.
4. Istiqamah (terus.menerus membaca). Kalian akan merasa bacaan surah Al Ikhlas itu seperti sebuah Singgahsana di mana Dzikrullah terletak di atasnya. Surah Al Ikhlas ini adalah Surah Akidah:

“Katakan, Allah itu Satu,
Yang menguruskan atau yg mentadbirkan semua yg Ada ini,
Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan,
Dan tidak apapun serupa denganNya.”

Anakku, kalau S3 diamalkan, Kalian akan Rasa hilang rasa takut dan digantikan dengan keberanian seperti firman Allah swt supaya Kita hanya takut kepadaNya. Lalu fahamlah Kalian kenapa syaitan “U-turn” (pusing kembali) apabila berdua dengan Sayidina Umar (ra).

Fiamanillah anakku, sehingga berjumpa di Batam untuk latihan, Insya-Allah, aamin Ya Rabbil alamin!

DZIKRULLAH, MAHKOTA AHLI SUFI (2)

Anakku, ayat surah Al Ikhlas (surah Akidah) dibaca sentiasa ke dalam Minda ditujukan di antara Pintu Belakang dan Pintu Depan untuk membantu kalian yg berdzikrullah di Base Camp atau di Pintu Belakang supaya berterusan berdzikrullah walaupun sedang menjalankan kehidupan Kalian keseharian. Justeru Dzikrullah Kalian tidaklah seperti ombak yg adakalanya surut.

Selain dari surah ini membantu Dzikrullah, ia juga memenuhi Minda kalian dengan kekuatan Akidah justeru dapat mempertahankan apa jua godaan syaitan yg datang bertubi-tubi dari depan, belakang, kiri dan kanan Kalian. Justeru Minda Kalian tidak dinoda atau dipengaruhi sehingga menjadi bintik-bintik hitam yg lebih sukar disucikan.

Apabila bacaan surah ini mantap di dalam Minda kalian maka Kalian akan Rasa di bahagian atas kepala Kalian terbuka kepada sebuah Dunia Maya.

Maka hendaklah Kalian yg berada di Base Camp atau Pintu Belakang teruskan berdzikrullah dibantu oleh bacaan surah Al Ikhlas sehingga Kalian dapati Jiwa Kalian termasuk dan terduduk di dalam Dunia Maya itu lalu merasai Sakinah iaitu ketenteraman berserta kesucian.

Apabila peringkat ini tercapai maka Kalian udah masuk dalam golongan yg Allah swt berfirman, “Hai Jiwa-jiwa yang tenteram masuklah dalam JemaahKu.”

Insya-Allah akan bersambung, fiamanillah anakku!

DZIKRULLAH, MAHKOTA AHLI SUFI (3)

Anakku, bagi Kalian yg masih ngak bisa mengisikan bacaan surah Iklas di antara Pintu Depan dan Pintu Belakang, cuba ikut cara ini:

1. Naik – Ingat Allah swt
2. Fokus – Kunci
3. Doa.
4. Sesudah itu, tukar bacaan doa dengan bacaan surah Ikhlas sebanyak-banyaknya.

Selamat mencuba, fiamanillah anakku yg disayangi.

Anakku, apabila Kalian ngak rasa aman kerana gangguan syaitan, maka lekaslah kalian:

1. Naik – Ingat Allah swt
2. Fokus – Kunci
3. Bacalah surah Ikhlas (dengan Minda) sebanyak-banyaknya.

Saksikan sendiri impak amalan ini kerana apabila Surah Akidah ini memenuhi Minda kalian, syaitan ngak bisa lagi dapat menodai kalian dan Insya-Allah, Kalian akan menjadi berani.

Ini juga bisa dipakai apabila fikiran atau pandangan jahat masuk Pintu Depan dan menggangu kalian duduk di Pintu Belakng atau Base Camp. Amalkan ini dan saksikan sendiri kekuatan amalan ini.

Justeru anakku, hendaklah Kalian sentiasa:

1. Naik – Ingat Allah swt (Dzikrullah) the
2. Fokus – Kunci
3. Bacalah surah Ikhlas (dengan Minda) sebanyak-banyaknya dalam hidup Kalian keseharian

Fiamanillah, anakku!

 

Anakku, lihat kedudukan kedua-dua ayat ini yg Kalian mesti amalkan sentiasa:

1. Dzikrullah (Ingat Allah swt):

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
(7:201)

2. Mentauhid Kan Allah swt:

Katakanlah Allah itu Satu,
Yang mentadbirkan segala yang ada ini,
Tidak melahirkan dan tidak dilahirkan,
Tidak ada yang serupa denganNya.
(Surah Al Ikhlas)

Anakku maka amalkanlah amalan yg disebutkan di atas ini kerana bukan sahaja Kita Ingatkan Allah swt (Dzikrullah) tetapi juga Kita mentauhidkanNya.

Amalkan ini SENTIASA anakku yg Ayah sayangi sehingga Minda kalian menjadi suci bersih serta bercahaya kerana tidak ada lagi yg busuk tertinggal di dalamnya. Yang ada hanya Ketauhidan kepada Allah, Tuhan Yang Satu.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata bahawa hanya bisa ada satu penghuni sahaja dalam Minda iaitu (ingatan) kpd Allah swt (Dzikrullah)

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani juga menambah dirilah dengan Pedang (Ayat) Tauhid dan dengannya rebaslah (hancurkan) apa juga yg mahu masuk ke dalam Minda Kalian.

Semoga Anakku yg disenangi mendapat pencerahan dalam Tazkirah Ayahmu ini, Aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

2 Responses

  1. mohd kamal ibnu yusof says:

    salamullahialaikum ustaz..saya mohd kamal ingin bertanya,bolehkah kita baca lailahaillallah selain surah al ikhlas ketika kita zikrullah..sekian terima kasih.

    • YAMAS says:

      Ustadz Hussien: Wlkm slm.

      Pertama, bacaan Surah ikhlas hanya perlu sekiranya Dzikrullah diganggu syaitan. Kalau Dzikrullah udah mampat ngak perlu baca Surah ikhlas sehingga ada gangguan.

      2. Surah Ikhlas ialah Surah Tauhid yg menyatakan Allah, Tuhan yg Satu serta KebesaranNya. Digalakkan supaya memahami makna Surah ini sebelum membacanya.

      3. Lailahaillallah hanyalah kalimah Tauhid tetapi tidak menyatakan Kebesaran Allah.

      4. Bacaan 3 kali Surah Ikhlas adalah persamaan dengan satu Khataman Quran.

      Maka membaca Surah ikhlas ada lebih fadilatnya

Leave a Reply to mohd kamal ibnu yusof Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *