Q&A: TERUSKAN BERIBADAH, JANGAN BERHARAP KELEBIHAN-KELEBIHAN

Ustadz Hussien Abd Latiff : Anakku, Rasulullah saw telah melalui peristiwa israk & miraj. Baginda juga dapat banyak kali bersua dengan Jibrail as.

Sahabat-sahabat pula kuat beribadah. Malam bersengkang mata dan siang mengikat perut. Sehingga Rasulullah saw bersabda bahawa sebaik-baik umat ialah dalam zaman baginda, zaman selepas baginda dan zaman selepas itu.

Namun walaupun macam mana tingginya kedudukan dan taraf ibadah para sahabat, tidak pernah kita dengar mereka berkata kenapa mereka tidak dapat keistimewaan seperti Rasulullah saw.

Iktibar yang mahu diambil ialah teruskan ibadah kerana tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaNya.

Ada masalah – NST.  Taada masalah – ROC.

Jangan macam-macam!


Catatan:

Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *