SURATAN LAUH MAHFUDZ DAN PANDANGAN AHLI SUFI (2)

Anakku, Kalian udah dibimbing dalam perkara:

1. Semua perbuatan Kita, Allah swt tahu, Dia udah luluskan, Udah tertulis di LM apabila sahaja Dia berfirman,”Kun!”

2. Apa yg udah Allah swt tuliskan atau tetapkan menjadi Takdir Kita yang tidak dapat diubah (,kerana yg melakonkan dengan taat adalah Dzat) dan sesiapa yg menolak Takdir maka dia belum beriman serta juga mereka yg berkata bisa merubah Takdir maka tempatnya sudah tentu dalam Neraka.

3. Kita termasuk Rasulullah saw diperintahkan untuk menerima Takdir sepenuhnya dan inilah Islam, Agama yg Allah swt menerima disisiNya dan janganlah Kita mati melainkan dalam Agama Islam.

Kesimpulannya anakku, Kita menerima sahaja apa juga yg buruk dan baik akan Takdir Kita itu. Maka apa juga Allah swt ilhamkan kepada Kita sama ada kefasikan atau ketakwaan Kita terimanya tanpa pilihan.

Ini juga bererti bahawa keseluruhan perbuatan Kita itu adalah sebenarnya satu kelakonan yg mengikutpasti akan Takdir Kita tanpa pilihan. Ini juga bermakna bahawa apa yg Kita lakukan adalah sebenarnya, Kehendak Allah swt yg Dia udah tetapkan sebagai Takdir Kita.

Anakku, kalau Kalian bisa faham apa yg disampaikan di atas ini maka kalian, Insya-Allah, bisa faham serta bisa menerima bahawa memori tidak dibawa ke Alam Bazakh kerana memori itu mencerminkan Kehendak Allah swt yg menjadi Takdir Kita yg juga dilakonkan oleh Dzat. Kalau tidak, akan mungkin ada Takdir yg Kedua ataupun Takdir lanjutan.

Maka marahkah Kalian apabila Saya katakan tidak akan Kalian jumpa orang yg Kalian dikasihi di Alam Bazakh seperti anak, suami atau isteri, Ibu atau bapa dll kerana memori atau Takdir itu tertinggal di Dunia semasa Kalian meninggal Dunia.

Harap juga prihatin bahawa Nabi-nabi termasuk Rasul-rasul, Jiwa mereka tidak berada di dalam Alam Bazakh.

Anakku, inilah pandangan seorang Ahli Sufi. Semoga kalian mendapat pencerahan dari Tazkirah Ayahmu ini, aamin Ya Rabbil alamin!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *