TENTANG YANG MAHA HALUS (2)

Anakku, apabila Kita Nafikan Sifat Kita berjumpa Hakikat iaitu Dzat dan apabila Kita Nafikan Hakikat maka Kita berjumpa dengan Makrifat iaitu Yang Maha Halus. Semua tercapai kerana Kita udah mempunyai Ilmu yg Yakin serta Matahari yg tajam.

Kalau Kita Makrifatkan bukan Yang Maha Halus tetapi Allah swt maka ini udah menjadi fahaman Wahdatul Wujud. Seperti orang buta yg memegang ekor gajah dan berkata inilah gajah.

Justeru tidak bisa Kita menyatakan bahawa disebalik Dzat atau Hakikat adalah Allah swt. Inilah Garis Merah bagi Kita.

Namun anakku, Garis Merah ini tidak terpakai kepada Allah swt. Kerana itu Dia bisa berfirman bahawa bukan kau (Muhammad) yg melempar tetapi yg melempar adalah Aku. Contoh, Aminah menampar pipi Amin. Maka Amin bisa menyatakan kepada Aminah, “Kenapa kau menamparku?” Prihatin, yg ditampar ialah pipinya Amin tetapi Amin menyatakan bahawa dia yg ditampar.

Begitu juga yang melempar adalah Yang Maha Halus namun Allah swt bisa menyatakan bahawa Dia yg melempar. Bagi Allah swt tiada Garis Merah. Aplikasi Faham Wahdatul Wujud hanya terpakai kepada ciptaan bukan kepada Pencipta.

Dengan pencerahan ini, Kita bisa berkata segala Af’al (perbuatan) Yang Maha Halus adalah sebenarnya Af’al Allah swt.

Insya-Allah akan bersambung sekarang mahu berbuka puasa, fiamanillah anakku!

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *