Q&A: MENYADARI PENTAS ILAHI
Ustadz Hussien Abd Latiff: Assalamualaikum semua anakku. Allah swt ada berfirman bahawa disetiap sudut di dunia ini serta pada diri kita ada tanda-tandaNya.
Justeru itu anakku, sedarkan bahawa setiap kali kita bangun tidur dan membuka mata kita, apa jua yang kita lihat walaupun kepada diri kita maka kita melihat:
1. Semua adalah Hak mutlak Allah swt .
2. Dia tidak berkongsi milik dengan sesiapa.
3. Hak mengurus mutlak padaNya.
4. Semua yang kita lihat adalah dalam PemeliharaanNya.
5. Semua keadaan yang kita lihat mempamerkan KehendakNya.
6. Tidak sedikit campurtangan kita atas HakNya.Justeru itu, Dia memerintah Rasulullah saw untuk pertama-tama menyerah diri dan begitu juga kita.
Kesedaran ini, menyedarkan kita bahawa semua termasuk diri kita adalah satu Pentas Ilahi yang berpusar mengikut KehendakNya serta Dia juga yang Memeliharanya begitu. Kerana itu Khidir berkata bahawa dia berbuat sesuatu bukan dengan kehendak atau kemahuannya.
Maka masuk Pintu Belakang dan ROC [Relax One Corner] dan ikut nasihat Pak Pandir bahawa ada mata lihat, ada telinga dengar dan ada mulut diam.
Apabila menyaksikan Si luncai terjun dengan labu-labunya maka hendaklah kita berkata,“ Biarkan, Biarkan” ataupun, “ Teruskan, Teruskan”
Seperti Luli berkata, “Ekor gajah tidak akan bergerak kalau bukan gajah gerakkannya.”
Efendy Yasin: Maaf ayah yang di kasihi, ada sedikit yang ingin yasdur tanyakan. Apakah yang membedakan pahaman ini dengan pahaman Jabariyah ? Yang yasdur tahu bedanya pahaman ini dengan Jabariyah adalah kalau jabariah “aku ada, aku tak kuasa”, kalau pahaman kita adalah “aku”nya tak wujud, sehingga kalau terjadi sesuatu mulut kita diam dan tak berucap kalau itu “sudah dituliskan” hanya cukup di minda.
Maaf ayah apakah sudah betulkah pemahaman yasdur ini atau kah ada lagi pembedanya ?
Terimakasih 🙏
Ustadz Hussien Abd Latiff: Benar. Bagi Jabariah, Mutazilah dan Asyariah, mereka masih wujud.
Winanto: Terimakasih Ayah…
Maaf Ayah, mau bertanya apakah yg dimaksud dalam point 6 adalah kita sering ikut campur dalam merubah ketentuanNya, seperti seharusnya anak belajar Al-Qur’an,…. kita arahkan ke matematika..
Wassalam
Ustadz Hussien Abd Latiff: Selagi kita nampak kewujudan kita maka kita udah campurtangan, seperti melihat kita yang mengarahkan anak ke matematik atau kita yang menyuap nasi ke mulut kita semasa makan pagi, soreh atau malam. Kita harus diam.
Ibu Elsy: Insyaa Allah paham ustadz…Naaah… pada praktek sehari hari… bagaimana cara kita tak boleh “pikir”? Kita kan punya schedul hari ini…Ada schedul esok… dan ada schedul yang akan datang…
Apa yang salah… ustadz…
Ustadz Hussien Abd Latiff: Seperti Rasulullah saw bersabda bahawa hendaklah kita hidup macam biasa, dan itulah takdir. Makna, kita tahu semua yg berlaku adalah KehendakNya bukan kehendak kita, dan diam (kerana kita tahu kita tidak wujud)
Rio: Ustadz. Kondisi tidak wujud itu apakah sama dengan kondisi pandang dari dalam? Seperti pada syarahan pandangan mata hati?
Yang saya rasakan. Kadangkali “merasakan” saya ada di dalam, dan macam terpisah dengan dunia di luar. Kalau kondisi begini, macam sadar bahwa semua yg di luar itu bergerak automatic. Saya hanya menonton.
Tetapi kondisi itu kadang muncul, kadang hilang. Sehingga lebih seringnya merasa tak wujud itu setakat ilmu saja ustadz.
Mulut diam, tapi reality-nya masih diombang ambing badai.
Baru kalau merasakan seperti di dalam tak bercampur dengan dunia luar, terasa tenang dan seperti nonton drama. Tapi kondisi itu hilang dan timbul.
Sehingga sekarang pegang kuat ilmu saja. Sebagai bekal.
Ini barangkali pertanda link belum lagi steady 😣
Ustadz Hussien Abd Latiff: Apabila kita udah sampai dan istiqamah ke persada yang dikatakan Rio maka kita udah sampai kepada maqam ketakwaan yg tinggi.
Dalam pendakian ini kita akan mengalami banyak ujian sesuai dengan FirmanNya bahawa jangan kata kamu udah beriman sebelum kamu diuji.
Selagi ada sebiji sawi kehendak kita wujud selagi itu kita akan diuji sehingga kita menjadi tempayah pecah atau bola yang disepak-sepak atau mayat yg dimandikan.
Catatan: Artikel tanya jawab ini diperuntukkan bagi yang sudah memahami kajian Makrifatullah. Apabila ada diantara pembaca yang belum memahami, harap terlebih dahulu membaca SILABUS KAJIAN dan mengikuti dengan runut pembahasan satu per satu sejak awal.
KOMENTAR