SESUDAH MAKRIFATULLAH – UJIAN 3
7. Nabi Musa (as)
Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya (Firaun), kemudian katakanlah: Bahawa sesungguhnya kami ini Rasul-rasul dari Tuhanmu, maka bebaskanlah kaum Bani lsrail mengikut kami dan janganlah engkau menyiksakan mereka. Sesungguhnya kami telah datang kepadamu membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu! Dan selamat sejahtera, itu adalah untuk orang-orang yang menurut petunjuk agama Allah.[52]
8. Nabi Isa (as)
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa).[53]
9. Nabi Muhammad (saw)
Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). [54]
Namun dengan kedatangan Nabi Muhammad (saw), Allah swt tidak akan menurunkan bala bencana seperti yang terjadi kepada umat-umat dahulu. Sekiranya baginda tiada lagi, Allah swt tidak akan berbuat demikian selagi ada orang-orang beriman berdoa memohon keampunan daripadaNya. Kita hanya diuji oleh Allah swt melalui anak, isteri, kesempitan kewangan, harta dan sebagainya.
Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun). [55]
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu.[56]
Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.[57]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu[58]
Menerusi ujian-ujian ini dapat dikenalpasti mereka yang boleh menjadi Khalifah-KhalifahNya yang berwibawa dan dengan itu keturunan mereka akan dibenarkan membiak di dunia ini. Daripada mereka ini akan datang Khalifah-Khalifah Allah swt yang berwibawa di hari muka. Allah swt telah menjadikan langit dan bumi dan di antaranya dalam 6 Fasa. Mungkin kemunculan Khalifah-Kahlifah ini dalam Fasa ke empat ataupun lima.
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing). (Mereka berkembang-biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. [59]
Dan Kami telah kurniakan kepada Nabi Ibrahim: (Anaknya) Ishak (dari isterinya Sarah) dan (cucunya) Yaakub. Tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami telah berikan petunjuk dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk dahulu sebelum itu dan dari keturunan Nabi Ibrahim itu (ialah Nabi-nabi): Daud dan Sulaiman dan Ayub dan Yusuf dan Musa dan Harun dan demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria dan Yahya dan Isa dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh. Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Ismail, Ilyasak, Yunus, Lut dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat-umat (yang ada pada zamannya). Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka dan keturunan mereka dan mereka dan keturunan mereka dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus. [60]
Dan Kami limpahi berkat kepadanya (Ibrahim) dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri. [61]
Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh dan dari keturunan Nabi Ibrahim dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayat petunjuk dan Kami pilih. Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. [62]
Allah berfirman: Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. [63]
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam fasa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. [64]
Nabi Muhammad (saw) ada bersabda bahawa Allah swt akan memanjang masa dunia ini selagi Imam Mahdi belum berkuasa ke atas bumi ini.
Seandainya dunia tidak tersisa selain satu hari, pasti Allah memanjangkan hari itu sehingga dia berkuasa.[65]
Imam Mahdi adalah daripada zuriatku dan dia mempunyai dahi yang luas dan hidung mancung. Dia akan mengisikan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana sebelum ini dunia tertindas dan dan ditakkbir dengan kuku-besi. Dia akan mentakbir dunia ini selama tujuh tahun. [66]
Rasulullah (saw) juga da bersabda:
Sesungguhnya Allah memilih Ismail dari keturunan Ibrahim dan memilih keturunan Kinanah daripada keturunan Ismail dan memilih suku Quraisy daripada keturunan Kinanah dam memilih Hashim daripada suku Quraisy dan memilih aku dari keturunan Hashim.[67]
Berwaspadalah kepada Syaitan kerana mereka akan membuat ujian kita ini menjadi lebih berat dan tiada tertahan.
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga.[68]
Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf? [69]
Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.[70]
Dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji.[71]
Jangan samasekali mempersalahkan Allah swt ataupun bersangka buruk terhadap Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. RencanaNya bukan untuk perseorangan tetapi untuk kesemua umat manusia seperti cahaya matahari, ia dijadikanNya untuk kesemua umat manusia bukan untuk perseorangan.
Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku![72]
Kerana itu, Allah swt melarang kita membuat perkara mungkar, maksiat, jenayah, membunuh diri, murtad dan lain-lain kerana ini semua pekerjaan Syaitan dan perbuatan ini akan menjejas kewibawaan kita dan keturunan kita juga.
Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untukmenimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[73]
Sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli Neraka, kekal mereka di dalamnya.[74]
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah kotor dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. [75]
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.[76]
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.[77]
Janganlah engkau membinasakan dirimu kerana menanggung dukacita.[78]
Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.[79]
Bibliografi
[52] Thaha (20):47
[53] An Nisa (4):157.
[54] Ali Imran (3):123.
[55] An Anfaal (8):33
[56] Ali Imran (3):186.
[57] Al Anfaal (8):28.
[58] At Taghabun (64):14.
[59] Ali Imran (3):33-34
[60] Al An’aam (6):84-87
[61] As Shafaat (37):113
[62] Mariam (19:58
[63] Hud (11):48
[64] As Sajdah (32):4
[65] Terjemahan Sunan At Tirmidzi Bk3, 722 (1993)
[66] Sunan Abu Dawud Bk 3, 1191 (1990)
[67] Terjemahan Ad Tirmidzi Bk. 5, 557 (1993).
[68] Al A’raaf (7):27
[69] Yasin (36):62
[70] An Nur (24):21
[71] Al Baqarah (2):268
[72] Al Fajr (89):15-16.
[73] An Nisa (4):111
[74] Al Baqarah (2):217
[75] Al Maidah (5):90
[76] Al Israa (17):32
[77] Al Israa (17):33
[78] At Fathir (35):8
[79] Al Baqarah (2):191
KOMENTAR