SESUDAH MAKRIFATULLAH – UJIAN 1

Ingatlah bahawa Allah swt melantik manusia untuk menjadi KhalifahNya.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di bumi. [1]

Maka Allah swt maka memerintahkan malaikat termasuk Iblis dan sekutu-sekutunya sujud (hormat) kepada Adam (as). Di samping itu, Allah swt juga tundukkan ciptaan lain kepada manusia. Walaupun ciptaan yang lain dengar dan taat kepada perintah Allah swt namun Iblis dan sekutu-sekutunya enggan berbuat demikian serta mempertikaikan Kebijaksanaan Allah swt.

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis[2]

Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. [3]

Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.[4]

Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.[5]

Justeru itu, perlantikkan tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Memburukkan lagi keadaan ini, Iblis dan sekutu-sekutunya mencabar Allah swt bahawa dia akan menyesatkan kesemua manusia.

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.[6]

Kerana itulah walaupun agama Islam sudah dilengkapkan serta diterima di sisi Allah swt dan Allah swt tidak akan menerima agama selain Agama Islam namun ramai yang masih belum beriman kepada Allah swt. Melihat keadaan ini, Rasulullah (saw) merasa hiba namun Allah swt melarang baginda berbuat demikian kerana Allah swt ada rencanaNya sendiri.

Perbuatan mereka berpaling terasa amat berat kepadamu (Muhammad) sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia himpunkan mereka atas hidayat petunjuk. Oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil. [7]

Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata). [8]

Rencana Allah swt ialah untuk membuktikan kepada Iblis dan sekutu-sekutunya bahawa keputusanNya untuk melantik manusia menjadi KhalifahNya dan semua Malaikat termasuk Iblis dan sekutu-sekutunya mesti sujud (hormat) kepada KhalifahNya adalah satu keputusan yang bijaksana.

Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.[9]

Kerana itu juga Allah swt membenarkan permintaan Iblis untuk hidup sehingga hari kiamat.

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).[10]

Untuk mempenuhi rencanaNya, Allah swt memerlukan jumlah yang ramai Khalifah-Khalifah yang berwibawa di hari muka untuk mentadbirkan bumi-bumi di Angkasa Lepas yang berjumlah (pada perkiraan terkini) lebih daripada 300.[11] Perlu diingat, bumi-bumi ini dihuni oleh Iblis, Syaitan dan sekutu-sekutu mereka. Kalau bumi kita yang kecil ini memerlukan beratus Ketua Negara, inikan pula bumi-bumi yang ada di Angkasa Lepas yang kebanyakan mereka lebih besar dari bumi kita ini. Khalifah-khalifah ini bukan sahaja akan mentakbirkan bumi-bumi ini, mereka juga akan menundukkan dan menjajah Iblis, Syaitan dan sekutu-sekutu mereka serta membuat mereka kembali menyembah Allah swt. Inilah amanah yang tidak mahu ditanggung oleh lain-lain makhluk melainkan manusia.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.[12]

Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.[13]

Untuk mendapatkan Khalifah yang berwibawa Allah swt menguji dan terus menguji kita (kesemua umat manusia) tanpa pengecualian. Kesemua umat manusia akan diuji mengikut keupayaan mereka. Ujian ini boleh diibaratkan seperti air hujan yang jatuh menimpa kesemua yang sedang berjalan. Ada yang basah, ada yang basah sedikit dan ada yang basah kuyup. Sama ada basah, basah sedikit ataupun basah kuyup namun fakta utama ialah kesemua mereka terkena hujan yang turun.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.[14]

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.[15]

Katakanlah: Dialah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu atau dari bawah kaki kamu atau Dia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah berpuak-puak dan Dia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain. Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya. [16]

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). [17]

Kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Dia hendak menguji kamu apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. [18]

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(-Nya) mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu: nabi-nabi, para shaddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang salih. Dan mereka itulah teman yang sebaiknya.[19]

Bagi mereka yang tidak lulus ujian ini kerana ke engkaran mereka dan tidak mahu kembali ke pangkal jalan, Allah swt akan membinasakan mereka kerana kalau mereka dibiarkan hidup maka keturunan-keturuanan mereka akan menjadi lebih engkar lagi. Ini berlaku kepada umat-umat yang terdahulu.

Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian.[20]

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?[21]

Kami putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.[22]

Bibliografi

[1] Al Baqarah (2):30

[2] Al Baqarah (2):34

[3] Al Baqarah (2):30

[4] Al Jatsiyah (45):13

[5] Al Israa (17):70

[6] Al Hijr (15):39

[7] An An’aam (6):35

[8] An An’aam (6):107

[9] Al Baqarah (2):30.

[10] Al A’raaf (7):14-15

[11] howstuffworks.com: ScienceY!News: Scientists find trawl of 32 new planets

[12] Al Ahzab (33):72

[13] Muhammad (47):7.

[14] Al Baqarah (2):286

[15] Al Ankabut (29):3.

[16] Al An’aam (6):65

[17] Al Baqarah (2):214.

[18] Al Maidah (5):48

[19] An Nisa (4):69.

[20] Al Mukminun (23):44

[21] Al An’aam (6):6

[22] Al Araaf (7):72.

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *