SESUDAH MAKRIFATULLAH – UJIAN 4

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina; Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak).[80]

Kalau kita merasakan ujian itu sangat berat kerana gangguan Syaitan, hendaklah kita mohon pertolongan dan perlindungan Allah swt.

Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. [81]

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar.[82]

Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. [83]

Nabi Ayub (as) juga berdoa kepada Allah swt meminta perlindungan daripada gangguan Syaitan:

Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan kesusahan dan azab siksa (penyakit).[84]

Kalau kita ternoda dan melakukan maksiat dan sebagainya maka segeralah bertaubat dan kembali kepada Allah swt serta memohon dengan rendah diri keampunanNya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (Allah swt) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).[85]

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.[86]

Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya).[87]

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[88]

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[89]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.[90]

Janganlah mereka berputus asa daripada mendapat keampunan daripada Allah swt. RahmatNya sentiasa mendahului kemurkaanNya lagi

Rahmat-Ku (Allah) mendahului kemurkaan-nya.[91]

Kalau tidaklah kerana karunia dan rahmat Allah kepada kamu tentulah kamu mengikut syaitan kecuali sebahagian daripada kamu.[92]

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[93]

Adalah Allah swt itu lebih dekat daripada urat nyawa kita serta Dia memakbulkan doa apabila kita berdoa kepadaNya.

Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya.[94]

Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.[95]

Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat[96]

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.[97]

Mereka (Adam dan Hawa) berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.[98]

(Yunos) berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.[99]

Berkatalah ia (Adam): Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)[100]

Aku (Muhammad) memohon keampunan Allah swt seratus kali sehari.[101]

Allah swt mengampunkan segala dosa melainkan syirik. Syirik membatalkan segala amalan-amalan kita.

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah sesat sejauh-jauhnya.[102]

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu,”Jika kamu mempersekutukan (Tuhan) akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.”

Seandainya mereka mempersekutukan Allah niscaya lenyaplah daripada mereka amalan yang telah mereka kerjakan.[103]

Dosa-dosa yang lain walaupun setinggi gunung Allah swt sedia mengampunkannya.

Sekiranya kamu berdosa sehingga mencapai langit dosamu, kemudian kamu bertaubat, niscaya Allah akan memberikan ampunan kepadamu.[104]

Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan) dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.[105]

Rasulullah (saw) ada menceritakan tentang seorang yang sudah membunuh seratus orang dan sedang berjalan untuk menemui seseorang alim untuk bertaubat tetapi dalam perjalannya ia meninggal dunia. Maka malaikat berselisih sama ada dia adalah penghuni Neraka ataupun Syurga. Maka disuruh ukur sama ada si-mati lebih dekat kepada negeri tujuannya (bertaubat) ataupun yang ditinggalkannya. Apabila diukur maka negeri yang dekat ialah negeri yang ditujuinya. Maka si-mati adalah penghuni Syurga.[106]

Di masa perang uhud, Rasulullah (saw) setelah mendapat kecederaan ada bersabda iaitu bagaimanakah mereka akan selamat apabila Nabi yang menyeru mereka ke Islam di cederakan. Maka datanglah malaikat Jibril (as) menyampaikan firman Allah swt kepada baginda yang bermaksud seperti berikut:

Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), samada Dia menerima taubat mereka ataupun Dia menyeksa mereka kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim. Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.[107]

Maka pohonkanlah keampunanNya sebelum terlambat seperti keadaan Firaun, taubatnya ditolak oleh Allah swt.

(Allah berfirman): Adakah sekarang (baru engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.[108]

Bibliografi

[80] An Nisa (4):36-39.

[81] Al Mukminun (23):97-98.

[82] Al Baqarah (2):153

[83] Al Baqarah (2):155-157

[84] Shad (38):41

[85] Al A’raaf (7):201

[86] Al A’raaf (7):55.

[87] As Sajdah (32):16

[88] An Nisa (4):110

[89] Al Maidah (5):39.

[90] At Tahrim (66):8

[91] Terjemahan Sahih Muslinm Bk.4, 685 (1994)

[92] An Nisa (4);83

[93] Az Zumar (39):53

[94] Hud (11):61

[95] Al Baqarah (2):186

[96] Al Baqarah (2):214.

[97] Al Ghafir (40):60

[98] Al A’raaf (7):23.

[99] Al Anbiya (21):87

[100] Al A’raaf (7):143

[101] Sunan Abu Dawud Vol.1, 395 (1990).

[102] An Nisa (4):116.

[103] Al Maidah (6):88.

[104] Terjemahan Sunan Ibnu Majah Bk.4, 966 (1993).

[105] At Taubah (9):118

[106] Terjemahan sahih Muslim Bk.4,707 (1994).

[107] Ali Imran (3):128-129.

[108] Yunos (10):91

YAMAS

Yayasan Makrifatullah Sedunia (YAMAS) - Indonesia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *